jarak Sapa - Hanoi |
beli tiket bas kat sini |
staf hotel ni akan hantar kita ke bus station |
Hari ni merupakan hari ketiga di Vietnam dan masih di Sapa. Selepas balik dari Cat Cat village dan beli sobenir serba sikit kat Sapa Square, kami bergerak hantar motor yang disewa.
Kami lepak dulu minum coklat panas kat kafe sebelum ke pejabat tour.
Selepas minum kami gerak ke pejabat tour yang kami amik tiket bas pagi tadi then dia akan hantarkan kita dengan kereta ke port bas berhenti. Bila sampai situ, pergi tukar tiket dan boleh terus naik bas. Bersusun bas menunggu penumpang di kawasan tu.
Aku tak sempat nak amik gambar bas tu, tapi boleh tengok kat bawah keadaan didalamnya.
Tiket bas Sapa-Hanoi berharga 250k vd (Rm 45) untuk lebih kurang 6 jam perjalanan.
minum hot choc time sejuk ni memang nikmatttt |
boleh pilih kafe mana minum |
aku pilih kafe ni |
cute kan |
minum coklat panas dan bfast sini |
nikmat minum dgn makan biskut |
bye-bye Sapa... |
gigih mencari rezeki |
Bas ni akan bertolak jam 3.30-4.00 petang dan akan sampai ke Hanoi jam 9 mlm.
Puas hati aku dapat ke Sapa ni walau plan asal 3 hari 2 malam tapi yang dapat 2 hari 1 malam sahaja.
Bas ni akan berhenti kat RnR untuk rehat dan pergi toilet ke.. makan ke dan lain-lain urusan.
Toilet kat sini jenis yang pintu pendek tu ye tapi bersih dan kena bayar sikit masa nak masuk.
Lagi satu bas kat vietnam memang bawak jenis romantik, takde nak pecut ke apa.
Walaupun Sapa ke Hanoi jarak hanya lebih kurang dalam 300km ++ namun ambil masa dekat 6 jam nak sampai, kalau kat Malaysia dari Kedah ke KL jarak 480 km pun amik masa 4-5 jam je kan.
Negara Sosialis macam Vietnam (negara yang sumber kekayaan dinikmati secara sama rata oleh rakyat namun sudah kurang pengaruh pada masa kini) ini yang masih diperintah oleh Parti Komunis jadi tak hairanlah rakyatnya tak seperti negara demokrasi dan masih takut nak langgar peraturan.
Bus Sapa - Hanoi (38 beds one-way)
[ Duration about 5,5 hours ]
1. Itinerary One-Way
Sapa - Hanoi:
♦ Departure 13:30 PM
13:00: Pick up at our office, No.02 Cau May → 13:30: Departure to Hanoi → 16:30: Stop at Km57 Station for 30 minutes.You can have dinner here and rest room also → 18:00: Our bus will pass Noi Bai domestic and international Airports where you can get off the Bus (Stop at terminal gate in the Airport, no fee, no taxi required) → 19:00: Arrival Hanoi and stop at No.12 Ly Thai To street.
♦ Departure 15:30 PM
15:00: Pick up at our office, No.02 Cau May → 15:30: Departure to Hanoi → 18:30: Stop at Km57 Station for 30 minutes.You can have dinner here and rest room also → 20:00: Our bus will pass Noi Bai domestic and international Airports where you can get off the Bus (Stop at terminal gate in the Airport, no fee, no taxi required) → 21:00: Arrival Hanoi and stop at No.12 Ly Thai To street.
semak sini
keadaan dlm bas..naik bas ni kena buka kasut dan masukkan kasut dlm plastik mcm kat masjid biru Istanbul tu..(plastik diorg bagi). |
bersih dan selesa |
dalam bas ni tempat duduk jenis mcm katil, ada dua tingkat. Selesa dan bersih. Kalo tak nak baring boleh tarik keatas seat tu. |
yg ni dari website bas tu..memang ginilah keadaan basnya |
Jadi aku kena jalan kaki memalam dengan suhu menjunam 11 celcius dari tempat bus drop tu ke Old Quater. Berjalan dalam berpuluh km dan ada la drama sesat sikit.
Akhirnya jumpa kawasan high end street kat tepi tasik Hoan Kiem, tu makna dah kawasan Old Quater. Lega dah jumpa. Jadi jika ko jenis takleh buang masa dan terus nak ke hotel, sila cari info dan google dulu. Aku memang jenis redah dan tak kisah, jadi berjalan jauh tu memang aku dah biasa dan suka jumpa apa-apa yang tak dijangka dalam pada mencari hotel tu.
Jika kau taknak berjalan kaki lepas turun bas, ada je taxi dan prebet sapu yang offer untuk hantar ke Old Quater. Boleh bargain dengan pemandu sendiri.
Tasik ni memalam pun ramai jugak yang masih duduk dibangku berehat, bersosial dan dengan lampu sekitar membuatkannya masih meriah.
lepas penat mengusung mak tapir..maka jumpalah tasik ni |
lili putih |
Huc bridge |
menara penyu |
tasik yang tenang |
pusat bandar Hanoi |
lawa tasik ni waktu malam dgn pencahayaan lampu |
sejuk nyaman.. |
dekat bulatan Highlands Coffee |
gambar guna hp cap ayam je ni |
Kos bagi seorang backpacker hari ni ialah:
- Tiket masuk Cat Cat Village = 50k vd (rm 8)
- Tiket bas Sapa- Hanoi = 250k vd (Rm 45)
- Hotel 400k vd/2 = 200k vd (rm 35)
- Sewa motor 150k vd/2 = 75k vd (Rm 13)
Jumlah belanja hari ketiga : 575k vd (Rm 103 digenapkan)
"Lagi satu bas kat vietnam memang bawak jenis romantik, takde nak pecut ke apa"... Bukan ke pecut lagi romantik ke mak? Keh Keh Keh...
ReplyDeleteTu pecut ke neraka haha
DeleteKosi bas tu... Mak aihhh... Macam kosi urut pon ada....
ReplyDeletebagi org blkng urut hehe
Deletemasa SS ke Old Quarter tu.... Suhu biasa jek... Redup gitew... Tapi bila mak kata suhu 11... SS dok membayangkan... Sejuk giler kot... Perghhh... Biasa suhu gitew suhu bandor2 beso jek...
ReplyDeleteSS pi bulan bopa tuh..mak pi bln feb..sejuk lagi tau
DeleteKalau bas selesa mcm tu 6 jam pun x de hal la..membuta jek! Adeh! Jom SS kita ke SAPA 😬
ReplyDeleteIskk jm..kurang kan travel tahun niii...
DeleteMak pergi berapa orang ni? Berdua? Bila Mak nak show of wajah cantik jelita Mak tu..nak kenal kenal 😬
ReplyDelete2 org je jm..iskk malu kita tau
DeleteLawo plak view kat tasik tu waktu malam..ehh pesal huc bridge tu laao plak..time kami pegi tgh nak renovate..x aci!
ReplyDeleteJm pi lambat sikit kan..ms mak pi belum start lagi renovate tu.syg la
DeleteMak main redah jek cari hotel mlm tu jgk? Pergghh kami punya style mmg x boleh mcm tu
ReplyDeleteSS dan JM organized orangnya..mak ni malas nak survey sgt
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBas beli walk in eh?
ReplyDeleteYa beli walk in di travel company
DeleteHmmm kt sapa ade snow kan
ReplyDeleteada pada masa tertentu seperti tahun 2015 klu tak salah
DeleteBoleh beritahu nama company bas?
ReplyDeletetak ingat..cuma yg pasti ambil di travel agent
Deletehai nak tnya la.. selalu sgt baca org pergi sapa then sewa motor kat sana. harga motor yg bro bagi tu. untuk 2 motor ke. ke 1 motor naik 2 orang.
ReplyDeleteya harga sebijik motor. dia kira motor bukan orang
Delete