Cat Cat Village dan kampung yang takde kucing tapi babis yang banyak

entrance


permandangan tipikal Cat Cat village..babis yang banyak

kat dataran bawah
byk gerai tepi rumah


menunggu pelanggan


Cat Cat Village ni  terletak sekitar 1 km dari bandar Sapa di bahagian bawah Lembah Muong Hoa dan berhampiran Air Terjun yang femes tu. Ia adalah kampung lama etnik H'Mong yang tinggal berkumpulan dan mempunyai amalan unik turun-temurun.

Untuk melawat kampung, boleh berjalan melalui pasar Sapa . Atau sewa motor merempit macam aku. Atau amik tour dengan kereta..byk tour yang ditawarkan di hotel-hotel.
Nak masuk cat-cat ni kena beli tiket kat kaunter depan jalan tu dan harganya 50k vd seorang.(Rm9)

Aku nak bagitau sesiap, untuk melawat kampung ni, kena ada stamina okeh, sebab ia jalan jenis curam turun bukit melalui tangga batu. Masa masuk ke sini, ko akan menuruni bukit dan jauh ke bawah tapi masa balik ko kena naik balik ke atas untuk exit. Penat dan sakit lutut bagi orang yang takde stamina.
Melawat kekampung ni umpama ko pergi hiking jugak kekdahnya.


pintu depan cat cat..dekat palang merah tu kaunter tiket

byk jual baju north face dan jenis-jenis tu kat sini

ramai yang jln kaki jgk ke sini



Wanita muda hmong duduk dengan alat tenun dan kain yang berwarna-warni brokat yang dihiasi reka bentuk bunga dan burung setia mengajar  pelawat  menenun . Apabila kepingan brokat ini selesai, ia dicelup dan disulam cantik. Penenun H'mong menggunakan tumbuh-tumbuhan dan daun untuk mewarna kain brokat ini secara natural dye.  Selain itu kaum ini juga adalah tukang yang mahir dalam pembuatan emas dan perak. Ada jugak rumah lumpur kaum hmong nih.
Itu adalah permandangan bila melawat kampung tradisi ini.

Adatnya yang unik, termasuk adat "isteri yang menarik". Seorang lelaki boleh meminta rakan-rakannya untuk memikat seorang gadis yang dia suka dan menyimpan perempuan itu selama tiga hari dirumahnya. Dalam tempoh tersebut ini, jika gadis tersebut bersetuju menjadi isterinya, perkahwinan akan diadakan. Walau bagaimanapun, gadis itu boleh pulang ke rumah selepas tiga hari jika takde spark. Gitu..takde kes kena rogol ke apa dalam rumah tu. Mampo ko? ngorat dia dalam umh sendiri takde sentuhan apa?

Cuma untuk info banyak la ternakan yang berkeliaran a.k.a babis. Jadi buat biasa sudah, jangan bagi malu orang kampung dengan lari tak tentu hala bila tengok binatang nih. Dia pun tak kacau orang cuma dok nyondol lumpur tepi tangga batu tu je.
Kalo rajin bolehlah pergi ke tempat air terjun kat bawah nun..aku dah penat dan cuaca tak mengizinkan..jadi aku tak pi. (tak ngaku dah pancit haha)

boleh amik gambar kat sini

babis yang bunting heavy


tangga kejayaan

budak ni muka masam sb penat panjat



kabus teruk nih

apapun tak nampak masa ni

gerimis dan sejuk

nah..kepala lembu pun ada


kampung kat bawah


sini boleh stop minum dan berehat..

jom sambung lagi..letih nak sampai bawah..bertabahlah

dah sampai bawah..tu rumah diorg dan kawasan yang ditanam segala

yang ni sapa paham?
pokok canola/rapseed yg byk

view kat bawah lawa sb tu kena tabah berjalan jauh


sini view cantik tapi berlumpur lecak masa aku pi
alat pemberat  air yang hidupkan penumbuk padi


berdiri tengok org lalu lalang

bila dah sampai bawah ko akan jumpa macam dataran nih

view sini lawa..boleh rehat kejap dan amik gambar


bunga apa taktau..aku search keluar macam-macam..peach blossom la..cherry blossom la..plum blossom la

byk bunga masa ni

view dari bawah


teres padi diorg
babis lagi


lawa gila view kat sini


pokok canola ni banyak ditanam

view dari atas

boleh turun off track lalu kampung

lawa tapi berkabus





membuat kraftangan

Selepas posing selpie semua kat bawah ,silalah ya mendaki beratus anak tangga ke atas semula kerana itulah pintu masuk/keluar yang sama. Pesanan aku, bawak air kosong, pakai sneakers dan baju yang sesuai. Bila balik memang lumpur/tanah penuh dikasut dan baju/jeans.
Pakai but Phua Chu Kang boleh jugak, lagi selamat kasut dan jeans namunnn..tak stylo lah kan??

Overall, Cat Cat ni destinasi wajib jika ko ke Sapa. Memang view sesangat lawa dan cantik jika pergi masa yang sesuai seperti musim padi masak dan tak berkabus. Oleh kerana aku aku pilih cuaca sejuk berbanding view cantik musim menuai maka itu la gambar yang aku dapat, kelabu asap.
Bagaimanapun masih cantik dan puas ati ke sini.

26 comments:

  1. memang cantik kampung ni, view lawa. tapi kena heret kaki lah kan. berapa kg turun pas redah sini? hehe

    ReplyDelete
  2. SALAM.. tahun lepas dah sampai sini, program bersama galeri shah alam

    ReplyDelete
  3. ada sebarang email tak boleh saya berhubung untuk bertanya tentang program yg saya nak buat.. saya mahu ke 16 negara bermula januari tahun 2018 nanti

    ReplyDelete
  4. Sangat menarik..sibuk jg tempat ni ..unik

    ReplyDelete
  5. Mummy suka tengok pakaian tradisional dia.. lawoo selalu tgk kat buku atau muzium je.. hahahaha

    ReplyDelete
  6. dah boleh tukaq nama village tu.. babis2 village..ahahah :P

    ReplyDelete
  7. Mak lain kali bawak adidas kampung.. grip sikit.. kalo tak dalam lumpur/lecak tu boleh mengelongsor tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..mak pkai but je masa ni..mmg berlumpur la

      Delete
  8. Kalo tak berkambus, mau ohsem gambar kan.. terutamanya pic padi teres tu..

    ReplyDelete
  9. Cat Cat Village nama nya..x sesuai langsung..CAT mana leh hidup cuaca sejuk camtu....masuk pun kena bayar? adeh..antara tourist spot lah ni....kena hati2 la kan..tgk jalan pun basah tu..kena pakai kasut yg sesuai...buatnya salah step dah mcm naik papar gelongsor lak..adeh..bertangga tu x sanggup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena byq la jm..cukai sekali maintainance..klu gelongsor mau terjatuh patah riuk

      Delete
  10. "Mampo ko? ngorat dia dalam umh sendiri takde sentuhan apa?"----kuat betul iman..x mcm org msia..anak sendiri pun nak di baham..adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal..berpegang teguh pd adat..kita...hemmm paham2 je

      Delete
  11. semua babis tu di buar berkeliaran mcm tu jek..x masuk dalam kandang..mgkin x byk ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu kt bwk dkt umh diorg lg byk..ni yg berani je dtg kt main road ni

      Delete
  12. bunga warna pink tu nampak cam bunga sakura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani nk kata sakura sb tak pernah tgk sakura live

      Delete