Hari kedua dan hotel bajet Sa Pa Hotel 2

Entry sebelum ni rujuk SINI
bas bersusun

Selepas turun dari minibas, kami di serbu oleh makcik-makcik etnik H'mong/Red Dao yang menawarkan penginapan di rumah mereka.
Ramai bersaing untuk menambat hati pelancong macam aku nih. Ada la dua tiga orang minah saleh yang terima dan terus ikut mereka dengan motor untuk ke rumah etnik Hmong ni yang terletak
 di gunung-ganang terpencil.
Nak rare, boleh menginap kat rumah diorang yg style B&B dan dekat kawasan teres padi yang femes tu. Lebih feel. Tapi sebab aku semalam je kat sini, mudah lagi nak balik Hanoi nanti dan cadang spend masa kat Sapa town jer.

Aku pandang sekeliling Sapa town nih.,mak oiii sejuk gila dan kabus tebal. Jalan bermumpur yang basah namun suasana tetap jugak hiruk-pikuk.

tebal kabusnya..gigil ok


cute kan

depa ni dok pujuk aku check-in umh depa
sesi pujukan

Boleh je kalau nak cuba menginap cuma makanan la persoalannya. Sebab diorg ni bagi harga penginapan sekali makanan. Ko nak masak dalam periuk ajaib camna senah kalo buatnya takde letrik kat umah diorg tu. Jadi aku cakap kat diorang ni, nanti aku fikir dulu, kalau nak aku akan datang cari kat area Sapa square tu.
Pandai jugak diorang ni cakap english kan, tengok tak pergi sekolah pun pengalaman yang mengajar.
Cuaca memang dah sejuk terketar jadi jom cepat carik hotel murah. Salah satu sebab aku tak nak nginap kat rumah diorg selain bab makanan halal tu adalah sebab aku semalam je kat Sapa ni..patutnya 2 malam tapi disebabkan aku bertolak lewat sehari dan tiket burn so plan asal terjunam ke laut. Dan sebab sehari je aku malas lak nak stay jauh-jauh dari Sapa town. Dah la lawa view kat sini, aku nak tengok nightlife nya jugak. (ceh, macam nak pergi hottest club in town tonggang tequila).

Banyak jugak hotel murah yang kami terjah tapi semuanya penuh. (padan muka sapa suruh tak book dulu). Pemilik hotel ni semua kata hotel penuh sebab  hari ni sabtu, peak day kan. Selepas dah tanya dalam 5,6 hotel akhirnya kami stop kat hotel SaPa legend ni, tengok hotel memang luxury type tapi manalah tau kan.
So pi tanya kat lobi dia..reception tu baik, dia tau aku jenis backpacker sengkek. Dia bawak aku pi ikut pintu belakang dan wallah..ada hotel bajet kat laluan belakang tu. Hotel Sapa 2..anak kepada hotel luxury Sapa.
Jadi jangan malu kalo sekadar pi tanya celah manapun..mana tau rezeki dan dipermudahkan.

ni hotel Sapa 2, yang Sapa 1 tu jenis luxury punya..blkng dia jenis bajet

ni la Sapa Legend hotel..dekat simpang jalan besar..imej google

nampak mewah tapi try dulu tanya kat lobi..depa ada hotel murah kat belakang tu

Untuk info uolls, pasar Sapa square di dibuka pagi petang hari minggu, so kalo pi hari lain mungkin tak ada kecuali public holiday kot. Jadi atur hari jika nak kesini. Masa aku pi ni takde sorang pun muka Malaysia ke, Indonesia kat sini. Banyak pelancong dari China, Korea kat sini.
Jika nak rasai pengalaman pasar etnik diorang boleh semak sini.

So kami setel check-in kat hotel bajet tu,  lepas check-in terus masak maggi asam laksa..sedapnya makan panas campur sayur fresh yang kami beli kat pasar Sapa square tu. Kami tak makan kat luar pun dan memang aku rasa payah nak cari kedai halal kat sini.
Semua babi panggang dok bergolek pusing tepi jalan dan bau menerjah kuat.
Jika nak kesini aku cadangkan bawak je periuk ajaib comel tu, kurang-kurang dah tak perlu nak susah payah risau pasal makan dah. Hati pun tenang nak makan.

beginilah keadaan babi panggang di Sapa..byk mcm ni tepi jln..selera ko nak berenti mkn kat kedai even order nasi goreng Vege je??       (imej google)
hotel Sapa 2

meriah tepi ni

reception


dlm bilik

cerah sikit

bilik selesa dan bersih

toilet..bersih

view dari tingkap bilik


jom mkn maggi asam laksa

masak dgn sayur segar


Hotel ni bersih dan selesa, rate 500k (Rm 90) vd semalam. Share berdua murah la.
Ada wi-fi, tv, jug heater dan katil queen.
Bersih dan rekomen.

jalan dekat hotel

nak keluar hotel pun rasa malas sebab sejuk

Pada aku, orang kat Sapa ni mostly semua muka lawa dan bergaya ala Korea. Memang ramai pelancong Korea kat Vietnam. Pakaian depa pun trendy dan tak terasa ko dok kat atas gunung terpencil tu kecuali bila jumpa orang etnik kat jalan.

Dan kedai tepi jalan yang macam orang korea dok minum soju diorg tu ,yang ada dinding plastik cover memang banyak kat sini.
Boleh kata orang Vietnam ni banyak sesuaikan citarasa dengan budaya Korea utk jana ekonomi mereka.
Malah kalo ko buat research ramai wanita vietnam kawin dengan lelaki Korea macam lelaki Malaysia kawin dengan orang Indonesia.
Malam di Sapa..banyak kedai mcm kedai soju kat Korea tu tepi jalan




diorg bakar sayur, daging,bebola..nmpk best la sejuk gini


malam yang sejuk


So malam tu just meronda bandar Sapa.

Kos bagi seorang backpacker hari ni ialah:

- Minibus Lao Cai-Sapa = 26k vd  (rm4.6)
- Hotel 500k vd/2 = 250k vd  (rm 45)
- Makan , beli sayur buah = 50k vd  (rm 9 )

Jumlah belanja hari kedua : 326k vd (Rm58.7 digenapkan)

13 comments:

  1. Babi panggang tu... Bau dia... Adehhh... Memang tutup idung laa...

    ReplyDelete
  2. Jalan dia basah... Hujan or kabus basah tu mak?

    ReplyDelete
  3. hahahah terapi betul datang sini

    ReplyDelete
  4. nape saya tak reti nak share bajet ngan orang ... kadang kesian betul ngan orang yang dok mintak bajet travel saya g ausie... sy betul2 tak ingat dan tak catat... hihih... sy buat kira2 sebelum pergi pastu spend selagi ada ... hahaha... boleh gitu ? sebab dah memang tetapkan bajet gitu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena catat..klu x memang lupa..mak bwk buku 555 ms travel hehe

      Delete
  5. serious ke nama dia sa pa? hihihi mujur nampak "Hanoi" ... baru nak tanya sa pa ni kat mana

    ReplyDelete
  6. menariknyaa idea terjah2 ni CT memang tak berani. suka juga benda2 adventurous tapi belom seberani ini. jadi baca dulu cerita2nya mana tahu timbul semangat nak mencuba =)

    ReplyDelete