| The Beauty of Sa Pa town in winter |
| etnik minoriti |
Assalamualaikum,
Untuk entry last backpack ke Hanoi, Vietnam kali ni aku akan bentangkan kos sepanjang backpack aku ke sana selama 5 hari 4 malam. Itenary taklah pack, aku hanya pergi ke tempat yang memang aku aim/ highlightkan iaitu Sa Pa dan Halong Bay sahaja.
Selingan adalah jenjalan cuci mata di Tasik Hoan Kiem, shoping di Old Quater dan makan minum masak sendiri. Takde masa nak carik kedai halal dan belasah je apa yang ada asalkan kenyang.
Okay, untuk itenary backpack ke Hanoi dan kos nya macam kat bawah:
1. Hari Pertama (24/2/17):
KL-Hanoi (3jam)
Ronda Old Quater
Sleepers train dari Hanoi-Lao Cai-Sapa (9-12hrs)
-Tiket bas airport - Old Quater = 40k vd ( Rm 8)
- Tiket ketapi Hanoi- Lao Cai = 385k vd (Rm 71)
- Kasut but+stoking = 190k vd (Rm 35)
- Coffee/teh = 50k vd (Rm 9)
- Hotel day use ( 400vd/2) = 200vd (rm 37)
Total : 865k vd (rm 160)
2. Hari Ke-2 (25/2/17):
Sapa town market
Ronda/shoping di Sapa
- Minibus Lao Cai-Sapa = 26k vd (rm4.6)
- Hotel 500k vd/2 = 250k vd (rm 45)
- Makan (masak sendiri), beli sayur buah = 50k vd (rm 9 )
Jumlah belanja hari kedua : 326k vd (Rm58.7 digenapkan)
3. Hari Ke-3 (26/2/17):
Cat Cat Village
Bas dari Sapa-Hanoi
Ronda Old Quater
- Tiket masuk Cat Cat Village = 50k vd (rm 8)
- Tiket bas Sapa- Hanoi = 250k vd (Rm 45)
- Hotel 400k vd/2 = 200k vd (rm 35)
- Sewa motor 150k vd/2 = 75k vd (Rm 13)
Jumlah belanja hari ketiga : 575k vd (Rm 103 digenapkan)
4. Hari Ke-4 (27/2/17):
Halong bay trip
Shoping di Old Quater
Lepak di tasik Hoan Kiem
- Trip ke Halong Bay = 700k vd (rm 125)
- Air Mineral = 45k (Rm8 )
- Shoping di Old Quater 305k vd (RM 53-55), seperti list kat bawah:
~beli Waterproof Dry Bag Outdoor 2ltr 100k vd (Rm 17)
~Key chain 100k vd (Rm 17)
~ Kopi 55k vd (Rm 10)
~ tali pinggang 50k vd (Rm 9)
Jumlah belanja hari keempat : 1050 k vd (Rm 188 digenapkan)
5. Hari ke-5 (28/2/17)
Dari Old Quater ke airport (flight awal pagi)
Teksi ke airport = 220k vd (rm40/2)
Jumlah belanja hari kelima : 110k vd (Rm20)
6. Tiket flight KL-Hanoi-KL = RM 400.00
Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi seorang backpacker ( tapi pergi berdua boleh share kos hotel&taxi) untuk 5 hari 4 malam di Hanoi adalah 2926k dong bersamaan RM530.00 termasuk souvenir/belanja peribadi. Campur flight Rm400 semua kos termasuk flight adalah RM930.00.
Apabila belanja hanya dikira ketika menjejakkan kaki di Hanoi.
Apabila kita bawak periuk nasi ajaib dan makanan segera dari tanahair seperti sardin, kari daging tin dan mee maggi.
Dan untuk malam terakhir tu aku melepak di tasik sampai pukul 4 pagi sebelum ambil taxi ke airport. Jimat duit hotel sebab masa tu balik dari Halong dah lewat. soping lagi kat Old Quater jadi rugi amik hotel. Namun tak jimat jugak sebab hari pertama sampai Hanoi kami ambil hotel untuk day use kerana train ke Lao Cai tu bertolak malam. Dan amik taxi pulak ke airport.
Oleh itu, adalah terlebih dan ter kurang di mana-mana. Ada ke backpacker yang perfect segala kos dan itenary nya? tak kan. Jadi travel la ikut cara dan kesesuaian masing-masing.
Do it your way.
| Ha Long Bay |






























































