Pantai Pandawa Bali- bila nak ke pantai pun kena bayar..kalau kat Malaysia agak-agak??

Sun, Sea and Sand..another day in paradise
white sand


Destinasi kedua hari ni selepas GWK culture park adalah Pantai Pandawa.
Pantai Pandawa, merupakan salah satu destinasi percutian yang indah di Bali. Terletak di Kampung Kutuh, Daerah Kuta Selatan, daerah Badung; kira-kira 3 km dari kawasan Nusa Dua yang terkenal dan Kuil Uluwatu.

Apabila tiba di kawasan Pantai Pandawa, anda akan terpesona oleh laut biru yang indah. 
Pasir di pantai ini putih dan bersih. 

Pantai Pandawa juga pernah dikenali sebagai Pantai Rahsia sebelum ini, kerana ia sangat sukar untuk diakses sebab terletak di lembah yang dalam dan dikelilingi oleh tebing batu putih, sehingga menjadikan pantai ini kosong. Tersembunyi di balik tebing batu kapur besar ini adalah pemandangan luas ke Lautan Hindi.
Namun kini dengan pembangunan infrastruktur maka jalan dan parking serta kemudahan untuk pengunjung telah dibina.
Nama pantai Pandawa diambil dari 'Lima Pandawa'. Ia adalah watak mahabarata epik. Ia dinamakan sebagai Pandawa kerana ada patung-patung besar Pandawa dalam bukit batu kapur yang diukir. 

dari GWK ke Pandawa ni dlm setengah jam jgk


nak masuk bayar tol ok..bkn masuk highway je bayar..masuk pantai pun kena kat sini..dalam rm5 hengget sorang

dari atas

ombak lautan hindi memang besar dan cantik

parking kat bawah

lalu celah batu..luas pantai ni, kat atas boleh tengok sayup ke bawah

ni kat atas

mengadap lautan hindi

turun bawah parking ke pantai dan ada deretan kedai

moh ke pantai


statue ni mestilah ada
deretan payung dan kerusi rehat


byk spot ambil gambar yang cantik kt sini
ouchhh


ni salah satu tempat popular shoot.swing at Pandawa
Pantai ni memang cantik, bersih dan airnya jernih dari Pantai Kuta.

Cuma panas ya Allah, takde pokok tepi tu..nak masuk pantai ni kita kena bayar 15k rupiah (Rm5 seorang). Semua benda di Indonesia kena bayar walaupun ke pantai yang ko akan claim hak awam tu. Hak awam tapi ko taknak jaga, yang bersihkan bukan org awam pun, still kena bayar. 

Elok jugak berbayar sebab duit tu lah guna untuk upah bersih, bangunkan tempat tu, cantikkan lagi, upgrade dll. 
Kalau kat Malaysia pergi pantai kena bayar mampus kerajaan kena maki dah.
Di sini tempat public kena bayar, parking tepi pantai pun berbayar (5k rupiah, rm1.50). Tak syukur lagi?? dah tu dengan buat kotor, lampin anak merata tepi air terjun..sabar je tengok perangai rakyat sendiri.
Lepas parking dan bayar, boleh masuk ke pantai, ada deretan kedai makan minum, payung-payung dan kerusi dan aktiviti berkanu pun ada disini.

lepak lepas mandi pun sodappp



jernih gila air dia..puas mak ber two pieces kat sini

ramai geng bola masa ni

meriah jgk walau panas lit lit

dah puas main air berbikini rasa lapar pulak..jom makan tahu asmara sumedang

beli tauhu sumedang ni..dalam 10k..3 henggit..dapat 10 ketul..sedap

pastu singgah kedai nak lunch..pastikan halal
sedap nasi ni..makan kering macam tu dengan sambal ayam penyet tu je
sedap terok
mkn kt kedai ni

utk 2 orang makan nasi ni,dgn air 73k rupiah (RM21)..murah ke mahal



Selepas makan dah petang, moh kita gerak ke destinasi ketiga pulak.

12 comments:

  1. Tak kan tunjuk kaki jek? Mukaaaa arrr... ha ha ha

    ReplyDelete
  2. Betul tu... Pantai kat Indon memang mostnya berbayar... Tapi ada jugak yang kotor... Duit nak... Jaga x mo...

    ReplyDelete
  3. nak masuk pun kena bayar?? elok mcm tu..barulah pantai bersih dan terjaga

    ReplyDelete
  4. Mak tak mandi laut ke..tgk air biru tu tasa nk terjun...

    ReplyDelete
  5. pesal muka statue tu nampak sedih? x cukup mkn ke hahah

    ReplyDelete
  6. nk pergi pandai ni mmg kena bawak protection (payung, sun glass sunblock, topi)..JM suka pergi waktu pagi..kalau panas tak tahan kulit..jap je sun burn

    ReplyDelete
  7. wow!! Mak main air berbikini keww hahaah

    ReplyDelete
  8. RM21 men mcm tu jek?? mahal la compare kat Msia..nasi lauk macam tu leh masak sendiri jek hahaha...kalau mkn kat negara luar meme x leh nk convert terutama tempat tourist spot

    ReplyDelete
  9. rm21 dua set nasi ayam penyet? consider reasonable kot sebab kat malaysia pun rm9 sepinggan set ayam penyet ni.

    ReplyDelete
  10. kita baru tgk pasal tsunami 2004 malam tadi.
    hwaaaa terus recall bila tgk entri ni

    ReplyDelete