|
senja di Uluwatu |
''Pura Luhur Uluwatu atau Kuil Uluwatu adalah
candi laut Bali yang terkenal di Bali. Ia adalah salah satu dari sembilan
kuil-kuil yang dikatakan untuk melindungi Bali dari roh-roh jahat.
Candi yang menakjubkan ini adalah satu keajaiban kerana ia bertenggek di tepi
batu yang menghadap ke laut seolah-olah mengawal/menjaga.
Nama Luhur bermaksud "sesuatu asal
ilahi" dan ulu "tanah akhir" dan watu "batu" dalam
bahasa lama. Nama itu sendiri telah menerangkan dengan tepat candi istimewa
ini. Pura Luhur Uluwatu dianggap sebagai salah satu dari enam candi paling
penting di Bali bersama Pura Besakih.
Tempat suci pura (kuil) terletak di pinggir
tebing curam menara di atas pantai legenda Bali di selatan. Kebanyakan
pelancong menikmati pemandangan kuil ini dari dua sudut pandangan yang berbeza,
dari bahagian utara dan selatan kawasan tersebut.''
Aku memang customize tour ni agar dapat lihat sunset di bayangi rupa bumbung kuil ni. So aku tak pergi kecak dance walau orang kata best sangat. Aku tunggu kat atas area kuil nun untuk ambik gambar.
Untuk yuran masuk ke Uluwatu ni adalah 60k rupiah (Rm17) dan kawasannya luas.
Tip ke sini:
-Bawak air mineral, kawasan luas
-Monyet pencuri banyak jadi jaga barang dan jangan cuai, kamera/hp pun pernah kena ragut ok
-Pilih nak tengok sunset atau tengok tarian kecak, kalau nak kecak tu kena blei tiket cepat sebab dia laris..nanti habis
-Pakai selendang oren/purple semasa nak masuk dan ia disediakan di kaunter tiket, lepas keluar temple tu pulang balik
-jaga kelakuan jangan menjerit/ketawa terlampau, ni kawasan suci bagi diorg
|
dari pandawa kami gerak ke Uluwatu lebih kurang hampir sejam |
|
gambar ni dari google, jadi bila tengok sebelum pergi Uluwatu tu nampak besarkan imej kuil tu..jadi happy la... tiber sampai kecik gila bumbung tu..entah berapa juta zooming nih |
|
parking untuk masuk dalam kuil |
|
notis |
|
masuk kuil ambil selendang purple/oren ni dan ikat kat pinggang |
|
pintu masuk.. selendang oren/purple ikat kat pinggang sbg tanda hormat masuk ke pura yang suci ni..yg oren tu kecik sikit, yg purple tu bbesar jadi yang pakai sexy boleh la tutup dgn selendang purple tu |
|
suasana di dalam nya |
|
jalan keliling trek ni..dan akan pusing balik..kalau nak naik ke kuil untuk ambil gambar lawa kena naik tangga banyakkk |
|
tangga |
|
view dia lawa gila |
|
ngadap lautan hindi |
|
depa bina trek ni panjang oii..tak larat jalan |
|
lawa kan |
|
stunning view |
|
lama lepak sini |
|
tunggu sunset |
|
tunggu sambil layan view |
|
kalau rajin boleh ikut trekking ni |
|
i suka cliff cenggini, rasa macam kat Scotland |
Sebenarnya sebelum pi tu aku ingat temple tu besar la imej bumbungnya.. utk ambil gambar sunset tu. Sebab dalam google imej semua nampak sunset Uluwatu tu gah je kuilnya.
Rupanya kecik yakmat..kena zoom untuk bagi nampak fokus dia dengan sunset. Hadoiii kecewa tengok. tu tak kira pokok tepi tu yang lindung bentuk bumbung lagi..jadi memang tak nampak cantik sangat la.
Aku ni bukanlah minat kuil-kuil ni semua tapi sebab landskap Uluwatu ni cantik sangat, terletak tepi cliff laut jadi terpesona terus. Lanscape ialah benda utama untuk bagi gambar cantik dan bumbung kuil tu sebagai titik fokus.
Masa sampai kat situ utk ambil gambar kuil tu kenalah naik tangga..pusing-pusing then what???
Eh takkan yang ni kot?? secoet je..biar betul..rupanya memang kalau kita tengok gambar uluwatu temple memang yang nilah titik fokus dia. Tak sangka kecik gitu.
Tapi takpe..usahakan bagi nampak besar jugak rupa paras bumbung kuil tu agar orang lain pun terpedaya lepas ni hehe.
|
jalan kaki dan panjat tangga utk tengok bumbung kuil tu (yg dibulatkan)..kecik kan bumbungnya??? |
|
bila lautan biru dan kaki langit bertemu |
|
lepak sini..tenang je rasa |
|
mati-mati aku ingt bumbung kuil ni besar..rupanya kecik tet |
|
jadi kena fokus |
|
dah sunset..zoom jangan tak zoom |
|
kena zoom bagi nampak bumbungnya besar |
|
serene.. |
|
tranquillity |
Lepas sunset aku turun, kecak dance pun dah abis. Jadi ko pilihlah nak tengok kecak atau nak tengok sunset berlatar bumbung pura luhur uluwatu tu??
Kecak dance agak mahal jugak lah..dalam 100k gitu.(Rm30++).
Overall puas hati dapat tengok sunset dan ambil gambar yang rasa kebalian sangat.
Lawa giler kalu tembak kat sini... Mmg awesome...
ReplyDeleteSS serik nak pegi kuil kuil ni... Dah terkena sekali dulu... Taubat... Tapi... SS macam mak jugak... Kalu dah landscape lawa... ske tak ske redah jek laaa...
ReplyDeletekecik betul bumbung kuil tu..tahi hidung JM kalau di gumpal lagi beo kah kah kah
ReplyDeleteJM dah tak terpedaya dgn size bumbung kuil tu..sbb dah baca entri Mak ni...kih kih kih
ReplyDeleteOmak ko!! jauh betul track nak ke kuil tu....berapa KM agaknya ehh..mahu berpeluh tiak..bau masyammmm!
ReplyDeleteMakkkk ogenkidesuka.
ReplyDeleteHahahaha terhibur kita baca entri ni:
1) sebab - yeay kita dah "virtually sampai" Bali
2) lawanya view dia mak - macam kat great ocean road pula
tapi kan mak, sebenarnya ap expectation gambar kuil tu ea?
Tengok lautan hindi tu teringat 2 perkara:
ReplyDelete1) tsunami yang tercetus gara2 earthquake dalam hindi oceace pada December 2004
2) MH307 yang bersemadi di Hindi Ocean katanya
Laut adalah misteri alam yang menggerunkan.
Subhanallah