Menu berbuka pertengahan Ramadan

Assalamualaikum, Ramadan dah masuk ke pertengahan bulannya pada hari ini.

Sebelum kita jamu mata dengan menu berbuka Mak nak berkongsi tazkirah Ramadan oleh Ustaz Mohd Isa Abd Rahman, Imam 1 Masjid Zahir yang mengatakan bahawa bulan puasa adalah bulan mengumpul pahala sebanyak-banyaknya. Beliau memberi contoh bagaimana kita boleh berkreatif dalam mencari pahala. Contohnya disini apabila sang suami balik terawih, duduk di ruang tamu dan kita telah siap sedia hidangkan air. Kita turn situasi katanya. Jangan buat air dulu, waktu tersebut bertanya kepada si suami 'abang nak minum air?'' dan apabila si suami menjawab 'buatlah air panas' -maka suruhan itu yang sunat jika kita sediakan sendiri tanpa bertanya-telah menjadi wajib kerana suruhan suami. Banyak lagi benda kreatif boleh kita fikir utk tambah pahala.
Pahala buat benda yang wajib dan sunat tidak sama. Kadangkala pekara kecil begini lah yang akan menjadikan lubuk pahala kita.
(tp klu jenis somi nak marah sb sikit-sikit kena tanya dan habaq, takyah la ikut, tu mengundang bala namanya)

 Jika tiada suami maka ibu bapa adalah lubuk pahala kita. Kata Ustaz Mohd Isa lagi, walaupun peluk, pegang tangan ibu bapa,usap dan tengoklah/pegang kedut-kedut wajah mereka adalah pahala. Peluk dan ucapkan terima kasih setiap kali balik dari kampung. Makna terima kasih untuk semua-pengorbanan dan jasa baik dalam menjadikan kita siapa pada hari ini.
Banyak lagi ilmu yang dikongsi namun Mak share yang ini dahulu.

Ini adalah juadah berbuka yang simple dan memang tiada pembaziran.
Biar juadah sedikit masa berbuka asalkan habis dan memenuhi selera semua orang.

terliur dak

udang lauk utama menu

asam pedas ikan nyok-nyok

yang ni rajin sikit

yang ni menu mudah.

.
udang masak lemak dgn belimbing buluh dan pegaga

sambal ikan bilis+kentang+kacang

kuih cara ni dibeli

Bubur lambuk dari masjid

asam pedas ikan nyok-nyok

telur dadar

kacang panjang goreng
udang goreng kunyit

ayam percik

murtabak ni beli

sup daging
mee goreng

kari kepala ikan

sawi goreng campur

asam pedas ni sedap sgt..sendiri puji hehe

nikmat berbuka kita jadi rajin nak masak 

alhamdulillah
kadangkala berbuka diluar jugak

tapi makan kat umah jugak puas, bukan puas sb makan byk tapi sb mudah nak solat, takyah berebut dll..nmpk sgt dah tua

Comments

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa- update Oktober 2018

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur