Lailatul Qadar dan Iftar di penghujung Ramadan

Assalamualaikum wbt.

Semoga puasa dan amalan kita mendapat keberkatan dan diterima Allah pada kali ini.
Sedikit catatan ceramah Ramadan 1440H oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Ramli Shafie pagi tadi mengatakan bahawa umat Muhamad Rasulullah s.a.w adalah umat yang paling pendek umurnya namun banyak kelebihan yang telah diberikan Allah salah satunya adalah malam Lailatul Qadar.


Malam yang bermaksud mulia,sempit/sesak kerana banyaknya para Malaikat turun memenuhi bumi.
Malam yang dikatakan petandanya adalah:
- matahari ketika terbenam bewarna kemerahan jingga,
-suasana malam yang hening,sunyi tanpa kicauan burung.
-Masuk isyaknya pula udara menjadi sejuk dan nyaman dan embun besar atau hujan renyai turun pada sepertiga malam.
-Matahari pula selepas malam mulia tersebut hanya akan menyinar dalam pukul 11 pagi. Dan tahun ini kita berpuasa pada Isnin, ulama menjangka malam tersebut jatuh pada 23 Ramadan yakni pada malam ganjil sepuluh malam terakhir yakni pada 28/5, wallahualam.

Untuk mendapat malam yang lebih baik dari seribu bulan ini, selepas maghrib disarankan untuk berzikir sementara menunggu Isyak' dengan menyebut -Ya Latif sebanyak 129 kali, bacakan Salamun qualam minrobbirohim (sambung ayat yassin hingga ''Alam a'had ilaykum yaa banii aadama an laa ta'buduu sysyaythaana innahu lakum 'aduwwun mubiin''), 33 x subhanallah,33 kali alhamdulillah dan 33 kali Allahuakbar.

Pada hari-hari terakhir Ramadan ini, perbanyakkan sedekah kita, dan berikan kasih sayang terutama kepada anak-anak yatim .

Tanda-tanda insan yang mendapat kemuliaan malam tersebut adalah sentiasa dihatinya ingin berbuat kebaikan, dan sentiasa ingin menolong orang lain dan ciri-ciri baik yang lain.
Demikian menurut ceramah yang diadakan pagi tadi.

Ok jom masuk bab gambar makanan pulak.
Makin malas pulak rasa bila ramadan dah cecah hujung ni namun untuk bagi meriah meja, kesian ank-anak yang berpuasa kita raikan lah. Masak sendiri lagi sedap dari beli lauk kat luar tapi apakan daya kadangkala malas datang tu redho..

tom yam, masak lemak ikan tenggiri, sago dan sambal udang
ada yg dibeli

menu senang

ini iftar semalam
tom yam

sambal ayam

beli la serba sedikit kuih

masak lemak ketam

buncis goreng telur

cucur udang

sago gula melaka

manis berkrim
daging kicap goreng kacang panjang

ikan cencaru sumbat *(pais)

betik potong

berbuka kat luar jugak
sheperd pie

ayam bakar

sesekali gantung kuali

berbuka kat pizza hut,anak request ni

Comments

  1. Semoga kita ditemukan malam lailatulqadar.
    sesedap menunya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa- update Oktober 2018

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam