Salam semua,
Macamana hari pertama Perintah Kawalan Pengerakan uolls?
Bila dok rumah asiklah makan tido pastu kerja dari rumah memang taklah begitu produktif sangatkan.
Sebenarnya sebagai wanita berkerjaya ada faedahnya kita keluar bekerja yang mana selama ni kita tak hargai sangat. Contoh self-esteem kita tinggi kerana kita rasa power/yakin, boleh melawa sikit, pakai high heel,berwangi-wangian, make-up seaadanya dan rasa diri itu penting..ye tekanan kerja ada tapi bila dapat bersosial/lunch date dengan rakan sekerja membantu jugak. Manusia perlukan ketawa, luahan dan keadaan fikiran yang merangsang. Baru stabil.
Bila dok umah mula jadi rimau, marah anak dan tekanan jugak. Sebab tu respek cikgu dan pengasuh. Tahan sabar dengan anak-anak yang kita bila jaga 24 jam pun letih.
Ok, masuk bab Kedai Kek Lapis Warisan Sarawak
Kedai ni terletak di luar bandar sedikit.
Kedai jenis rumah kampong.
|
alamatnya |
|
kedai sempoi..ada toilet yg bersih utk kak kiah yang tak tahan kencing balik dari serikin |
|
depan pintu kedai |
|
dalam kedai |
|
sample kek |
|
selain kek ada jgk snack lain |
|
kuih cincin |
|
pes laksa sarawak dan popia pun ada |
|
pilih mana mau |
|
demo buat kek pun ada |
|
ada yang biasa Rm10 dan premium Rm25 |
|
tick kek mana nak..depa boleh hantar ke hotel |
|
cadbury tu sedap |
|
terubuk pun ada jual kt luar cuma tak byk pilihan macam kat Satok |
Kek dia ok, sedap cuma saiz dia kecik tak macam beli kat Pasar Satok.
Sebab bila kita rasa dan terus order kita dah tak tengok saiz, dia hntr dalam kotak terus ke hotel.
Dan aku lagi suka kek lapis Dayang Salhah..meriah situ.