Meronda The Charming Little Town Chiang Rai


Sedikit mengenai Chiang Rai ni:

Chiang Rai  terletak di Daerah Mueang Chiang Rai, Wilayah Chiang Rai. Chiang Rai ditubuhkan sebagai ibu kota dalam pemerintahan Raja Mangrai, pada 1262 CE.

Chiang Rai, bekas ibu kota Kerajaan Lanna yang gah, adalah sebuah wilayah yang penuh dengan keajaiban budaya dan alam semulajadi, termasuk Segitiga Emas di mana Thailand, Laos, dan Burma bertemu; kawasan yang pernah menjadi pusat pengeluaran candu, perdagangan candu yang mempunyai banyak pengaruh terhadap amalan budaya dan gaya hidup penduduk hill tribe nya.

Chiang Rai terletak di bahagian utara Thailand. Ia adalah kawasan pergunungan dengan Sungai dan hutan, banyak tarikan alam semulajadi sekelilingnya. Di utara Chiang Rai bersempadan dengan Myanmar, sempadan selatan Phayao Province, sempadan timur Laos, dan barat bersempadan dengan Provinsi Chiang Mai.


Bandar ini adalah 860 kilometer  utara Bangkok, kira-kira 200 kilometer dari utara Chiang Mai, 62 kilometer selatan Mae Sai dan sempadan Burma; 60 kilometer  selatan-barat bandar Chiang Saen di Sungai Mekong di seberang Laos; dan 90 kilometer utara bandar Phayao. 
Segi Tiga Emas, tiga points dari sempadan Thailand, Laos dan Myanmar, adalah 55 kilometer.
Kawasan metronya mempunyai penduduk 200,000 dan merupakan pusat komersil utama  wilayah sempadan Golden Triangle Thailand, Myanmar dan Laos.

Penduduk Chiang Rai terdiri daripada orang-orang dari pelbagai latar belakang etnik, termasuk dari suku-suku bukit dan keturunan Cina. 

Chiang Rai telah didiami sejak abad ke-7, tetapi Raja Meng Rai menubuhkannya sebagai ibu kota pertama Kerajaan Lanna. Ibukota itu kemudiannya dipindahkan ke Chiang Mai dan sejak itu Chiang Rai telah ditenggelami kemasyuran Chiang Mai.

Sampai je kat Terminal Bas Chiang Rai tu kami terus merayap cari hostel atau hotel.
Tengok dalam booking.com memang ada cuma nak pilih tu kena yang ok sikit. Jalan la sampai ke depan area simpang tu..tengok rate Tanya house dalam booking.com ni murah untuk 2 orang.
Hotel pulak dan boleh masak la kan.

Setel check-in jamak semua sesiap baru keluar merayap. Dekat je hotel ni dengan pusat bandar, dalam 5 minit jalan kaki.
Cuaca nyaman, tak panas tapi taklah sejuk mana.
Bandar kecil, bersih dan semua santai kekdahnya.

kedai bunga banyak tepi jalan
lawanyaaaa

untuk upacara keagamaan

geram tengokkk

bopa henggit je ni
kecik je bandarnya

ada tempat puja merata

vintage item

baju memang lawa-lawa kat sini..semua cute..mana backpakcer selekeh semua jadi chic bila dtg sini

mural dekat building terminal bas tengah ditambah


ada byk hostel area ni

pilih mana nak je

end up kita check-in kat Tanya house ni..rate 400 baht semalam (rm54) je.


ni la bandar Chiang Rai..malam ada uptown sini, pertujukan budaya tiap malam pun kat sini
geram tengok
masuk pasar basah..banyak sayur rare dlm ni

pasar bersih
beli sikit utk masak dinner

sayur hijau

bawang siap sekali dengan akarnya
buah pun banyak

pastu masuk 7e nak beli sardin..byk jgk yg halal termasuk burger yg femes kt hatyai tu

lagi murah burger halal kat sini dar hatyai sebab tak byk demand sangat kot

ni sardin halal yang boleh kita beli dan masak
Add caption

burger ayam bbq..sedap jgk

2 comments:

  1. Let me tell you something...

    What I'm going to tell you may sound really weird, and maybe even kind of "out there"....

    BUT what if you could simply click "Play" to listen to a short, "musical tone"...

    And magically attract MORE MONEY into your life??

    What I'm talking about is hundreds... even thousands of dollars!!

    Do you think it's too EASY?? Think this couldn't possibly be for REAL???

    Well then, Let me tell you the news.

    Many times the largest blessings life has to offer are the EASIEST!!

    Honestly, I will PROVE it to you by allowing you to PLAY a real-life "miracle money tone" I've produced...

    You simply press "Play" and watch how money starts piling up around you. it starts right away.

    CLICK here to play this magical "Miracle Abundance Tone" - it's my gift to you!!

    ReplyDelete
  2. fuhh...tgk sayur kat paso tu freshh..rasa nk beli semua...pasar ikan Mak x pergi tgk ke?

    ReplyDelete