Dari Hatyai ke Chiang Rai dan dari airport ke pusat bandar


Jom sambung entry Chiang Rai..bila la nak abis ni. Intro pun baru dapat 2-3 post.

 Semalam tido di airport, mudah sebab surau semua ada. Wifi pun ada.
Kena dtg awal ke airport sebab flight awal pagi. takut tak sempat.

surau kt belakang ni

suraunya..selesa cuma amik wuduk kt luar

Jadi flight pukul 8.30 pagi, masuk check-in macam biasa. Aku takde amik luggage pun, hand luggage semata. Sekali semua barang makanan yang aku bawak kena rampas!!. Segala mak nenek sardin, rendang,kari dalam tin abih kena. Aduh kecewa. Redho akhirnya. Patut beg yg ada makanan kena masuk check in luggage tapi kedekot punya pasal tak beli luggage..rasakan.
Aku pn mula buat muka kesian dan kaitkan halal food etc etc tapi kastam tu kata len kali amik luggage check-in kalo nak bawak makana dalam tin nih.

Jadi pada yang nak fly dari airport hatyai ke destinasi lain jangan bawak makanan dalam tin. Sambal dalam vacuum plastik takpe. Maggi cup ok. Yang tin-tin je jadi isu, pasal takut bombing ke apa kat selatan Thai ni...aku rasa la kan.
So takpe....be positip waktu-waktu nak start journey ni. walau makanan yang dirampas itu cukup ration untuk seminggu. Kah. Takut kebulur dan nak jimat sangat.

Apapn yang berlaku, ko hadap je lah.
Begin with end mind bak kata Dr. Stephen Covey.
Dah season backpacker ni kita memang rilek je.
Pengalaman mematangkan gitu.

flight ni transit kt Don Mueang airport dulu 

turun flight, kena naik bas sb takde aerobridge. Sampai je kena exit utk ke balai berlepas. Lepas exit (tapi belum keluar sepenuhnya building tu, naik ke ats ke departure hall,escalator sebelah kiri)
jauh jugak jalan kaki masuk ke gate nk boarding ke Chiang Rai tu

Add caption
menghampiri airport Chiang Rai
ini airport nya..Mae Fah Luang Chiang Rai International Airport...aku harapkan cuaca sejuk macam hanoi
ni la airport Chiang Rai..

dalamnya cmni..ada show apatah..nk derma boleh boh duit dlm tu..aku lupa nk amik gambar dlm airport ni padahal lawa nk mampus epot ni dengan bunga-bunga orkid dan lain-lain..dah chiang rai ni kan  tanah tinggi cam cameron tu
keluar airport amik sebelah kiri untuk naik bas ke city centre (bus terminal).
tambang 20 baht je (rm 2.5) perajalanan dalam 20-30 minit
ramai backpackers pagi ni
ramai nk pergi sekolah naik bas

Add caption

dah smpai terminal bas ataupun pusat bandar..sila turun sini

Add caption
ada mural sebelah kanan

Land of lana kingdom

posing la kt sini khen


Cuaca tidak sesejuk yang aku harapkan. Taklah macam Hanoi. Namun taklah sepanas macam KL.
Oklah suam kuku pada penghujung November ni. Kena tunggu january kot baru sejuk.

Lepas dah turun bas, maka kita pun dukung mak tapir carik hostel. Banyak hostel area sini terutama sebelah depan pasar tu.

3 comments:

  1. Jgn risau Mak..JM nye trip thn 2018 pun lom abis cite haahha..share jek janji ada kenangan kat dlm blog ni..leh jadi rujukan kwn2 nk travel lepas ni..doa doa la Covid 19 ni x merebak lagi

    ReplyDelete
  2. Aduh!!! Nk jimat nye pasal kena rampas plak ek..mgkin mknan dlm tin ni kalau tekanan tggi boleh meletop tu sbb x leh bwk naik atas..peringatan utk JM jgk pasni..kira byk jgk la kena buat..x dok rezeki

    ReplyDelete
  3. As claimed by Stanford Medical, It is in fact the ONLY reason this country's women get to live 10 years more and weigh an average of 19 kilos less than us.

    (And really, it is not related to genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING around "how" they are eating.)

    BTW, I said "HOW", and not "WHAT"...

    Tap this link to reveal if this short questionnaire can help you discover your real weight loss possibilities

    ReplyDelete