Berikan kami keberkatanmu.. |
Ramadhan tiba jua dalam segala kemelut dan kekalutan manusia. Dalam perang menentang musuh tersembunyi, ia tetap tiba dengan keadaan yang sama sekali berbeza dan tidak pernah kita bayangkan.
Dengan pkpnya..sedih melihat tiada yang berpusu-pusu ke masjid berjemaah terawih..tanpa kemeriahan bazarnya...tidak boleh pulang bersama keluarga..maka kita pun terpaksa berkuarantin dah sebulan lebih ..hilang nikmat berborong juadah dibazar..hilang kepuasan nak cuci mata belek tudung/baju raya dan jadi takde mood nak buat persiapan raya.
Namun keberkatan dan kemuliaan Ramadhan tetap seluas lautan dan setinggi bintang dilangit walau apapun situasi manusia.
Banyak keinsafan yang Mak dapat dalam keadaan Ramadhan kali ni..kurangnya pembaziran dan sesungguhnya tiada apa yang terlalu penting sebenarnya..dunia hanya pinjaman sementara.
Tiada yang kekal dengan kehendakNya dan hanya Allah swt tempat kita bergantung.
Semoga kita dapat muhasabah dan menilai semula pekara-pekara yang disangkakan keutamaan kita bila dah berlakunya situasi luar biasa ni.
Oklah jom tengok menu apa yang dimasak selepas dah hari ke-5 berpuasa.
Selalunya Mak masak lauk utama 1 mata je..yg lain tambah sayur atau telur. Kuih- pun beli 2@3 ringgit. Takde nak mewah atau rajin lebih.
Menu fav family .lala retak seribu masak lemak cili api dgn pegaga..cencaru sumbat dan taugeh goreng..air anggur |
Cocktail..potong jelly..campur kn susu cair Dan susu perisa strawberry..sejuk nikmat masuk tekak |
Daging goreng kicap dgn buncis..telur dadar..telur masin..jelly cocktail dgn kuih-muih serba sikit |
Kuih-muih dan air teh cincau |
Daging kicap |
Pizza,ayam kicap,buncis goreng dgn kuih dan sirap bandung selasih |
Beli pizza bagi budak-budak happy |
Asam pedas ikan tongkol..goreng bayam Brazil..kuih muih dgn jelly buah dan air jagung |
Kerabu Maggi order je..butir nangka dgn nasi parboiled sambal sotong+ikan tongkol bakar |
Lala masak lemak |
Cencaru sumbat |
Taugeh goreng |
Kerabu Maggi ni order je |
Butir nangka..sedappp |
Terliur klu siang hari tengok tembikai ni |
Ikan tongkol asam pedas |
Kuih- muih beli je |
Buat oden jgk lps terawih kat umh |
Dappp |
Anak-ank happy la kalo dpt benda ni |
Testing periuk travel baru |
Alhamdulillah
ReplyDeleteRamai dan meriah menunya
alhamdulillah..tq singgah
Deletebestnya tengok oden buat sendiri tu.. puas hati makan..
ReplyDeletetengah teringin yongtaufoo atau seangkatan tapi mana nak dapat time2 mco ni makan kita tabahla dulu..
selamat berpuasa =)