PKP fasa ke-3 sedang berjalan. Walau jemu dok umah pun pasrah je la kan.
Dalam tempoh ni jugak Mak cuba kekalkan senaman brisk walk at least 30 minit sehari..dan tukar beras putih ke beras parboiled (beras rebus).
Semuanya sebab takut diabetes atau gula naik. Last year check dia macam border so cubalah sikit ubah gaya hidup.
Parboiled rice ni rendah glisemik index..nak tau lanjut Google la ye.
Mak beli beras parboiled jenama Jati ..harga beras ni tak banyak beza dengan beras biasa.. Rm19 utk 5kg . Warna beras ni keruh..bila masak kena lebihkan air. Then rasanya ok dan memang terasa kenyang lepas makan tu walau semangkuk je nasi..sebab serat tinggi.
Nasi yang ditanak jadi kurang melekit macam nasi putih biasa. Sebenarnya nak juga beli basmathi tapi mahal jugak sebab bila satu keluarga nak makan nasi setiap hari..memang terasa sikit. Lagipun beras rebus ni lagi rendah GI daripada basmathi.
(Bab beli beras ko kemain kedekut dan berkira ye..beli ticket flight tak berkira pulak..ciss dasar kutu rayau)
Jom tengok apakah yang dimasak tu..masak seaadanya dan jangan membazir ok.
Kemaskini Jun 2020- Selepas amalkan beras rebus dah 3 bulan, berat turun 3 kg lebih ya. Berkesan tukar beras ni bagi aku..berbaloi dengan harga dan brisk walk tiap hari setengah jam tu membantu.
Kebaikan beras rebus..tinggi serat. Rendah GI..kaya vitamin |
Maksud GI |
Sedikit info pasal GI |
Ni la rupa parboiled rice..warna keruh..bila masak bentuk sedikit bulat dan sebiji sebiji |
Ni la GI utk jenis beras .parboiled ni paling rendah.aku screenshot je dr Google |
Mak guna jati parboiled rice.
ini lah sepinggan kebahagianku..sehari makan sekali nasi. Nasi beras rebus jati, ikan tenggiri bakar dan sayur sawi goreng.
|
Ini nasi beras rebus ni..Makan dgn sambal sotong petai .perghhh |
Jadilah dapat sotong kecik pun buat sambal petai |
Nasi dgn asam pedas ikan kembung gemok Serta kangkung goreng |
Ni beras parboiled yang dimasak nasi goreng..sedap jugak |
Asam pedas |
Kangkung goreng belacan |
Lauk feveret Kat rumah ni |
Kudapan Masa pkp sambil layan movie. Kacang kuda pedas |
Masak spaghetti meatball bila dah boring makan nasi |
Dapat makan marry brown time pkp ni pun terasa besar rahmat |
Terasa ayam goreng marry brown lagi sedap dari KFC pulak |
dapur yang sentiasa basah |
dapur yang banyak jasa |
hi mak.
ReplyDeleteogenkidesuka.
selamat ber pkp mak.
hihihi.... menu sotong kita ter sama la pulak
Hi huda..sama kita berpkp dan menahan diri tak merayap
Deletekita datang lagi. sebab nak tengok menu.
ReplyDeleteha ha ha.
so okay harini kita masak asam pedas la.
tiru menu mak.
nak carik idea la tu kan? sila sila
DeleteSalam Ramadhan Mak...selamat berpuasa..apa menu berbuka ptg ni?
ReplyDeleteSalam ramadhan JM..menu biasa jerrrr..JM cod ke msak hehe
Deleterumah mampu milik
ReplyDeleterumah teres
tanah rizab melayu
rumah teres setingkat
rumah impian
rumah bandar
tips membeli rumah
rumah teres dua tingkat
panduan membeli rumah
tips beli rumah
rumah townhouse
rumah teres satu tingkat
wreath flower
ReplyDeleteBrp kalori nasi tu lps di masak utk 1 cup
ReplyDelete