Makan Korea food di Dubuyo atau Myengdong Topokki yang mana lagi sedap, kick dan nikmat??

 Salam semua.

Jom kita buat review menu hidangan Korea arini.

Memang banyak francais makanan Korea yang ada kat Malaysia ni, antaranya Dubuyo dan Myengdong Topokki. Aku dah test kedua-duanya. Dubuyo Mak makan di Aman Central Alor Setar (dia jenis Dubuyo Mini restoren)  dan Myengdong Topokki selalunya makan kat Sunway Putra Mall KL. Boleh kata tiap kali pi KL mesti singgah.

Apa beza kedua-dua rasa makanan antara dua restoren ni??? banyakkk sangat beza yer.

Harga menu lebih kurang je, satu set dlm RM18-25 hengget camtu. Beza di Dubuyo set sekali sup dan banchan je. Di Myengdong dapat sup, banchan dan air sekali. Jadi kalau pergi Dubuyo order set kena beli air asing pulak.

Then kat Dubuyo set nasi dia bg nasi kaler kemerahan..mcm wild rice gitu..kat Myengdong topokki dapat nasi putih.

Dua-dua pun ok pada aku.

Dari segi rasa ni yang aku kecewa. Beria nak pergi makan Dubuyo tapi alahai rasa tak kick langsung.

Bland taste kata boyfrend UK nun. Tak pedas, kurang kick dan hambar tawar semuanyalah. Taktaulah kalau Dubuyo KL rasanya sedap dari kat sini..tapi kalau dah franchise tu selalunya standard recipe.

Dan di Myengdong memang paling win la bagi Mak. Rasa pedas menyengat dan kick semua ada. Puas ati makan sampai merah muka. Pedas tapi nikmat. Jadi sape yang nak makan tu pilih lah yang mana nak.

Mak rekomen Myengdong. Harga lebih kurang sama, amik 4 set dan side dishes dalam Rm100 gitu. Topokki dia memang sedap, bulgogi pun banyak daging. Kuah lebih pekat untuk ramen/topokki.

Harga macam lebih kurang makan kat Sushi King jugak.

Nah tengok la meal kat Dubuyo yang baru dikunjungi baru ni. Last pi rasanya ni.

Dubuyo Mini Aman Central

Beratur order menu dan bayar terus, dapat bil tengok nombor order utk pick-up

Kaunter self pick-up, tengok no bil dan pi amik sendiri

order 3 set dulu makanan

ni beef bulgogi..daging tak banyak,urat/lemak yang banyak

ni ramen yang ada ayam goreng tu

cheese topokki

Bingsu ni RM12.90

spicy topokki ni Rm15.90

anak dara makan pun rasa tak kick

Dan yang kat bawah masa makan di Myengdong Topokki KL.
Memang puas ati, portion lagi besar dan jenuh nak perabihkan. Pedas lazat nikmat.
Huhu ni dah lama tak ke KL, nak nek flight pun payah dgn covid nih.
Rindu weh. Sebelum ni tiap tahun jenjalan makan kat sana.

ramyeon

Soodubu Jjigae dalam rm 20

spicy topokki dgn ayam goreng korea tu

apapun makan kat KL jugak paling nikmat dan berbaloi.


Comments

  1. Oh itu beza dia ya.. baru nk try dubuyo ni.. :D

    ReplyDelete
  2. dedua suka tapi ikut menu pilihan juga..
    rumah dekat dgn myengdong jd tu option selalu pegi.. janji makanan korea semua dirasakan sedap hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dusun Riffa @Changlun Kedah

Pengalaman buat Intermittent Fasting (IF) 16 jam, 20 jam ,24 jam dan 40 jam berkesan cegah diabetes dan turunkan berat badan

Ole-ole yang harus di beli dari Sarawak