Malibest Resort Cenang Langkawi

 Hotel ni terletak ditepi pantai Cenang.

Malibest Resort menawarkan penginapan selesa di Pantai Cenang dan akses terus ke pantai. Penginapan di tepi pantai ini mempunyai kolam renang. Dalam gambar nampak luas tapi fizikal je taklah seluas mana.

Kawasan ni memang hotspot la bagi yang datang ke Langkawi kerana pantainya yang bersih dan berpasir halus.

Malibest Resort berjarak 550 meter dari Cenang Mall dan 900 meter dari Underwater World Langkawi. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terletak 13 km dari resort ini.

Masa mak pi ni rate RM150 sebab promo. Selalu rate dia 250 ke atas dgn sarapan. hotel agak lama dan tengah upgrade so lobi pun masih dalam kawasan pembinaan. Kena jalan kaki dari lobi ke bilik melalui tanah berpasir. ada lif dan banyak bilik di sini. Tepi pantai sangat resort ni dan dekat semua kedai di tepi jalan tu. Malam boleh jalan ke Cenang walk dan duty free Warisan shop.

Overall ok stay sini, aku tak amik sarapan so takleh nak review bab makan tu.


kolam tepi pantai

ni lah tel dan adress nya


lobi dia..tgh upgrade ni 

kena jalan dari lobi ke luar ni untuk masuk bilik
ni lah rupanya tgh renovated


jalan masuk lobi


biliknya..twin bed




bathroom

bilik ada yg luas sikit dan yang biasa 


view dari balkoni

best lepak hisap rokok murah takde cukai kat sini hehe

naik lif nak ke sini..jauh juga dari lif..kalo brg byk request troli dr staf dia ye


cantik pool dia tp pedih mata klorin byk sgt

ada jgk accommodation style pondok ni kat resort ni


keluar je ke depan dah nampak view ni

malam boleh jalan kaki kepantai lepak tengok fire show tu..best jgk..bg semangat dekat bdk-bdk muda buat performance dan derma la sikit

Dah stay tepi pantai kena la OOTD ya..panas lit-lit pun gagah jugak


No comments:

Post a Comment