Kin Kin Thai Food Changlun Kedah

Restoren Thai ni terletak ditepi highway. 

Memang popular lah kat sini dengan daging bakar ala Danok Thai tu.

Service cepat pantas dan staf ramai. Cuma meja selalu full dan kena tunggu kalau time peak hour dari jam  8.00 hingga 10 malam tu. 

Buka kul 4-5 ptg hingga 10 malam setakat ni. Mungkin lps fasa 4 dia ubah operasi.

Ramai bff yang rekomen kedai ni, depa kata sedap sup dia. Jom kita try pulak.

So mak pun pergilah try haritu. Order nasi putih 2, nasi pad kra seafood (rm7), tom yam campur (rm12), sup tluang (rm15), daging bakar danok (rm10) , telur dadar dan air.

Bagi Mak  ok la makanan kat sini, walau full house food cepat cuma rasanya takdelah wow sangat. Heran ramai sangat orang tapi food macam kat kedai lain jugak cuma daging bakar tu sedaplah, tak liat.


alamat kedai..tepi highway..jgn terlepas pulak.


ini kedainya

Kinkin bermaksud makan-makan dalam bahasa Thai

yang di order

tom yam campur- agak pekat jadi tak best kalau nak hirup 
Daging bakar ni signature dish dia..tak banyak pun portion dia- RM10


nasi pad khra seafood- sedap
sup tulang ada taugeh- sedap dan daging banyak..tak kedekut-Rm15


jom melantak


Lepas ni boleh try nasi goreng dia pulak.. mana tau sedap. Nak order pad thai dah habis masa ni.

Total semua order ialah RM65.00 tiga orang makan.

No comments:

Post a Comment