Menu Ramadan 1443H @ 2022 dan nikmat tarawih


 Hai salam semua.

Punyalah lama tak hapdet blog. Sayang blog ni walau dah sendu so kita update la sikit.

Salam Ramadan dan selamat berpuasa untuk semua. Alhamdulillah.

Hari ni ramadan yang dah ke 11 hari. Alhamdulillah tahun ni kembali normal, boleh tarawih kat masjid tanpa jarak dh. Nikmat apakah lagi yang engkau dustakan??

dapat terawih kat masjid dengan suasana normal terasa nikmat syahdunya.

Jom kita tengok menu apa yang di masak dalam bulan puasa tahun ni. Semua simple je. Mak dah kurang nafsu nak makan sedap-sedap. Makan ala kadar je sekarang. 

Yang penting semoga berkah Ramadan tahun ni lebih baik dari sebelumnya dan semua amalan kita diterima. 

Doa yang baik-baik saja.


Mesti kena berbuka puasa rumah akak ..byk menu dia


ada puding coklat


Murtabak ni menu wajib


mee kari pun ada..makan lepas terawih


kuih dia buat..buah melaka dan ada egg tart dari bakers cottage


main menu nasi ayam


banyak juadah..alhamdulillah


kalau mak berbuka kat rumah simple je. yg ni lauk  asam pedas ikan kembong, bendi goreng,  telur dadar, karipap dan popia serta carrot kek

untuk hari lain masak roti john, sambal udang, masak lemak bayam brazil dan mi goreng belen moreh


yang ni masak lemak pucuk paku campur udang, sambal ikan tongkol, kuih-muih, sambal penyet dan buah naga+salak

sebelum puasa pi makan boat noodles dulu

makan aiskrim mokti's

yang ni nasi arab kat Humaira Laguna Merbok SP. sedap jugak. ada set ayam dan kambing.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman buat Intermittent Fasting (IF) 16 jam, 20 jam ,24 jam dan 40 jam berkesan cegah diabetes dan turunkan berat badan

Harga bilik Merdeka Beach Resort Kota kuala Muda Kedah 2019

Harga terkini Coklat di Kompleks Haji Ismail Group Langkawi 2019