Anjung Keli Restoren Melayu Kangar

 Restoren ni terletak di Kangar perlis.

Memang antara restoren top untuk makan tengahari di Perlis ddengan hidangan nasi campur dan kiosk-kiosk jualan makanan tambahan untuk dicuba.

Harga masih murah, sorang makan campur air baru RM10-hidangan tipikal nasi, satu lauk dan sayur serta sambal ulam.

INFO: Restoran Anjung Keli
* Alamat: Medan Sri Pulai, Jalan Padang Behor, Behor Pulai, Kangar, Perlis
(berhampiran Institut Pendidikan Guru Perlis dan Institut Latihan Perindustrian Perlis)
* Telefon: 019 44 333 84 & 04 976 5368
* Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat (10 pagi hingga 4.30 petang)
* Facebook (FB): anjung keli
* Laman sesawang: www.anjungkeli.my
* Emel: anjung_keli@yahoo.com

Menu utama/istimewa
* ikan keli goreng
* ikan keli bakar
* ikan keli masak lemak cili padi
* ikan keli masak sambal

Menu lain
* ikan selar bakar
* ikan pari bakar
* ikan haruan bakar
* ikan terubuk bakar
* perut bakar
* paru bakar
* kerabu pucuk paku
* kerabu pucuk selom
* kerabu kaki ayam.


kedai dia

top seantero Perlis

ada kiosk jgk utk variety




luas..ni baru masuk ke dlm nak pilih lauk-pauk

ada jgk vendor

ikan keli signature kt sini

macammacam pilihan

msk lomak, gulai, kengsom

ikan keli msk lomak cili api

ayam percik, asam pedas rebus

letak harga siap-siap senang


aneka sayur

aneka ulam


amik pari bakar, telur dadar dan pucuk paku msk lemak..dlm RM10


ABC


overall kedai bersih, sedap, murah dan nyamannn


Bukit Wang Retreat Chalet & Campsite Jitra Kedah

 Bukit Wang Retreat ni terletak di Jitra, sebelum ke Hutan Lipur Bukit Wang tu akan jumpa chalet ni tepi jalan je. Senang sangat nak pi. 

Mak segerombolan keluarga pi bercuti family day pada 10 Februari lepas masa cuti raya cina, memang puas ati dengan chalet dia yang ala resort bertema tradisional.

 Dah tu kawasan luas, ada bbq pit, dapur masak semua cukup. Family ramai boleh bawak khemah, tidur kat beranda pun luas mat. Tepi tu kawasan tempat mandi laluan air dia. 

Harga masa family Mak pi ni dalam RM260 semalam, rate berbeza ikut jenis rumah. 

Ada 2 bilik, 1 bilik air/tandas dan dapur. Mudah sebab toilet dan dapur kat bawah, buaian pun banyak disediakan. Kawasan bersih dan luas.

Maghrib jemaah dan buat tahlil untuk arwah Hj. Othman Salleh, then isyak terus. alhamdulillah walau dah tak ada mak ayah namun hubungan adik-beradik masih erat dan rapat.

tepi jalan je chalet ni

boelh call terus owner dia- 013 5812665

kawasan parking luas jgk

air untuk berendam

cantik dan bersih..ada jambatan ke seberang

kami amik chalet ni

tengah kemarau

tempat lepak, buaian banyak dan kerusi pun byk

rumah kampung style

beranda luas

bilik 1- tilam single

bilik 2-tilam single

kawasan bukit

ruang tamu memanjang tapi ramai tido kat bawah dlm khemah dan atas buai

dari atas rumah

ni dapur dia..sebelah toilet

ada peti ais semua

semua lepak sini dari petang ke pagi



buat potluck- bawak la sushi ke, mee goreng ke semua licin

mee goreng 5 bungkus selamat masuk perut

msk lemak ikan tenggiri dengan belimbing buluh-sedap nak matey



ayam bakar dah licin

chef tengah masak soto bakso

kek pisang



apam coklat

syok mandi dgn budak-budak ni


pokok durian byk

ni chalet yg kami book




jambatan cantik merentangi





suasana pagi




mlm kita bbq



ayam bakar berempah

mlm boleh tido khemah


jemmah maghrib dan isyak

tahlil ank cucu untuk tokwan


pagi breakfast nasi goreng, ikan goreng, roti+baked bean/scramble egg, kopi roti canai/bihun goreng/sosej





alhamdulillah ...nikmat mana kau dustakan lagi

tak cukup korum lagi ni..

semoga ukhuwah berpanjangan

feeling pretty