Backpack Kashmir- Day 7..hari terakhir di Srinagar


segembala kambing di kaki gunung


basuh winter coat dalam awal musim bunga


Hari terakhir di Kashmir.Penerbangan ke Delhi- Kolkata- KL jam 11.10 pagi dengan Indigo Airlines.
Jam 8.30 pagi dah keluar ke airport.. disambut hujan renyai-renyai membasahi bumi. Dal Lake kelam dan berkabus. Sayu hati melangkah meninggalkan bumi Kashmir ni..dan berhasrat untuk kembali bermain ski dimasa depan semasa musim sejuk..cam duit banyak..
Memang hati terasa sangat tenang dengan keindahan bumi kashmir ni. Adalah sangat tidak adil tanah seindah syurga ini hanya dilawati sedikit pelancong kerana pergolakan.

Hari terakhir kami menginap di Hamburg Hotel, iaitu dalam kawasan Dal Gate.Kawasan ni bertentang Boulevard Road yang merupakan kawasan tumpuan. Kawasan ni adalah tempat mudah mencari restoren, internet cafe dan terdapat banyak guest house disini. Ratenya lebih tinggi daripada guest house di Rajbagh.
Hamburg Hotel berkadar Rs1000/night (rm50-60) dan bilik hotel sangat memuaskan. Hanya di manage oleh jejaka-jejaka dan kacak yang ramah dan terdapat 10 bilik disini.
Kami hanya menyewa auto ke lapangan terbang dan dicaj Rs300.

Boulevard road Srinagar

ni area boulevard..byk bajet hotel kwsn ni

Bila sampai di pondok pemeriksaan tentera,harus berjalan ke sendiri kerana auto tidak boleh memasuki kawasan ini. Kereta boleh tetapi perlu menunggu.
Untuk masuk ke airport terdapat 3 lapisan keselamatan. Oleh itu, keluar awal sebelum 2-3 jam penerbangan memang sangat perlu. Lapisan pertama adalah diluar airport iaitu sejauh lebih kurang 400m lagi ke airport.

Kemudian setelah discan beg dan badan,masuk ke airport dengan menunjukkan tiket@pass flight. Dipintu airport pula, sekali lagi pemeriksaan dibuat. Setelah memasuki airport, pelancong luar perlu mengisi borang tourist departure dikaunter. Kemudian timbang beg dan baggage drop di syarikat airlines. Pada ketika ini boleh makan dan minum dulu di kafe atau berehat.
Kemudian,sebelum memasuki boarding gate, sekali lagi pemeriksaan keselamatan dibuat.Yang ini lebih ketat dan semua barang dalam hand luggage perlu dikeluarkan, sama ada sezarah habuk dan pefume. Aku lak masuk perfume dlm hand luggage, so staf imigresen tu suruh aku pakai perfume tu depan dia..utk buktikan ia bkn bahan berbahaya.
So,pakai je la. Kali ni abis semua badan kena raba dan bra-bra semua dia picit (bukan 18sx..sekadar peringatan).
Lepas abis tu, kena g check laptop dan dapatkan cop verify laptop kita dah selamat utk bawa dlm flight. Kamera aku pun dia buka dan check. Buka dan tengok..bukan check satu-satu gambar.

Delhi airport..kena naik shuttle bas ke aircraft
Selepas selesai semua pemeriksaan badan, sila pergi sahkan baggage yang kita drop di kaunter flight tadi (baggage identification). Dia akan minta kita tunjuk bag kita dan pastu pangkah kat bag kita kemudian bag tu akn dihantar ke cargo nanti.
Dah selesai semua tunggu ke untuk boarding gate.
Memang kawalan kastam sangat ketat di India, berbeza di Malaysia. Dan TAMBAH ketat lagi di Kashmir.
Kat airport ni,gambar tak dibenarkan ambil ye. Dari kita arrive atau masa depart.


srinagar airport
dlm Indigo aircraft
Jam 11 pagi..kapal terbang pun berlepas. Dari atas,sayup terlihat ladang mustard yang kekuningan..dan rumah-rumah yang semakin mengecil. Gunung ganang yang gagah dilitupi salji.

laluan terakhir disini..laluan dari Dal Gate guesthouse

penjual buah-buahan kashmir..epal kashmir berwarna kuning,orennya sangat manis.

keadaan bandar kecil Srinagar

tipikal roti kashmir.

biskut kashmir,sedap..ada rasa kelapa dan manis
Kashmir meninggalkan seribu kenangan..insyallah jika ada rezeki aku pasti akan menjengah lagi.
Moga-moga bumi seindah ini akan bertambah aman dan makmur. Semoga nasib umat Islam di sini akan terbela dan syiar islam akan makin menyinar. Ada cerita Kashmir yang kita akan dapat bila berkongsi dengan penduduk tempatan-tentang pergolakan,keganasan dan tindakan ketenteraan India, namun setiap warga kashmir ada pandangan tersendiri. Ada yang ingin merdeka sebagai sebuah negara,ada yang masih merasakan Kashmir tidak mampu lagi berdiri sendiri dan masih perlu berada di bawah India bukannya Pakistan, dan ada pula yang tak ingin mengakui bahawa India adalah mereka. Satu-satunya sebab mereka menyokong pakistan dalam kriket match pun,adalah kerana mereka seagama. Dan bila tau kita islam,mereka sangat teruja berjumpa dengan insan seagama. Betapa mereka menghargai ikatan seagama, kita  pun mungkin patut begitu.

kerutan wajah 

Mereka ada cerita pahit dan sedih sepanjang menempuh pergolakan di tempat berpijak. Betapa bersyukurnya kita lahir di bumi Malaysia yang serba aman. Insaf seketika melihat perjuangan hidup penduduk disini. Di mana survival adalah prinsip hidup utama.
Setiap orang berjuang untuk meneruskan hidup hari demi hari,mungkin di intip oleh perisik-perisik,siapa tahu? namun,mereka tetap menikmati hidup seadaanya..mencuri waktu senggang bermain kriket ditengah jalan laluan tepi masjid. Menghirup teh panas ditengah kesejukan pagi membeku.
sekolah kashmir
anak-anak kashmir

Jika diperhatikan, wajah mereka lebih tua dari usia sebenar. Kerana musim dan suhu sejuk yang mengeringkan dan mengecutkan kulit salah satunya..namun yang pasti kelangsungan hidup yang mencengkam dibawah tekanan keselamatan juga penyebabnya. Mereka memang teramat kacak/cantik meniti usia remaja,20-an,30-an namun menjelang 40-an,ia memakan sebahagian dari mereka dengan rakus. Kerut dan kedut muncul begitu dalam dan jelas.Itu adalah pemerhatian aku.
Kaum lelaki masih mendominasi kerja dan perniagaan dihotel, kedai-kedai dari semua segi.

Sekolah ada yang masih berumahkan teres dua tingkat, masih banyak pembinaan infrastruktur sedang dijalankan disini. Mereka sedang membangun. Namun anehnya dibalik semua itu,jarang sangat ternampak pengemis di lorong-lorong. Tiada kanak-kanak datang minta duit tepi jalan.Tiada yang menggendong anak menadah tangan merayu simpati. Yang ada hanya seorang dua warga emas duduk ditepi masjid lama menadah tangan. Itu sahaja.Tiada yang homeless disini..yang setakat aku lihat. Memang sepanjang backpack kesini selama 7 hari,aku amat berpuas hati. Cantik buminya bagai dikisahkan.
Maruah mereka diletakkan ditempat teratas.
Selamat tinggal Kashmir, ada kesempatan kita bersua lagi.
generasi masa hadapan Kashmir


Pahalgam

keindahan tulip di banjaran 

11 comments:

  1. betul2 indah pemandangan kat kashmir..sgt cantik!!..

    ReplyDelete
  2. Ye Sue,

    Sangat cantik..lebih cantik realiti.

    ReplyDelete
  3. Salam..mintak tlg sgt emel saya info pasal Kashmir ni nak tanya pasal share jeep tu kemungkinan nak pergi Sept ni. Emel me at syu_tweet@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. fa_ruz@yahoo.com
    minta pendapat sket. sy nk g solo trip ke kashmir

    ReplyDelete
  5. kauthsar.niesa@yahoo.com sy nak pergi india. Harap pn bole share pengalaman semasa di sana tq

    ReplyDelete
  6. Apa yg ada di entry blog ni..itulah dia

    ReplyDelete
  7. thanks kak for sharing..all detail each entry saya suka.
    :)

    ReplyDelete
  8. thanks kak for sharing..all detail each entry saya suka.
    :)

    ReplyDelete