Kembara Bulgaria- Part 3 Hari kedua

Hari ni hari kedua di Ruse. Staf kat reception inform aku..minta kalau boleh aku check-out awal sebab ada booking. Dia takdelah paksa ke apa tapi minta tolong. Aku ok je lah. So pagi dalam pukul 9 camtu aku keluar ke Stesen Keretapi Ruse. Dan merayap kawasan yang terdekat.
Sejuk angin pagi memang terasa..ketar-ketar masa jalan tu.
Aku tukar duit USD100 disini dan dapat 150 Leva. Big mistake sebab aku bukan lama pun disini. Aku guna duit tu untuk beli tiket keretapi ke Romania dan sedikit barang runcit seperti susu, buah dan roti sahaja. Tak luak pun duit tu.
Stesen keretapi Ruse yang dari luar macam muzium ke apa

Dalamannya agak lengang dan ada bilik menunggu yang ada heater.
besar gila stesen ni tapi lengang je..orang tak ramai
nampak gah
Di sini aku beli tiket keretapi ke Brasov. Mulanya aku nak beli ke Bucharest tapi sebab dekat sangat, rasa tak berbaloi pulak. Harga tiket 33leva (Rm73) dan perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam.
Lepas beli tiket aku berjalan dikawasan sekitar sebelum check-out.
kedai runcit Ruse


semua fresh

Aku jumpa budak gipsi ni depan station keretapi.
Depan stesen keretapi ni juga aku berbual dengan seorang perempuan Bulgaria. Baik sangat dan siap temankan aku beli tiket, dan juga ada budak gipsi yang kejap-kejap datang kat aku. Taktau apa motif mereka tapi diorang suruh aku amik gambar diorg, aku amik. Diaorang blah lepas tu datang balik. Nasib ada perempuan Bulgaria tu yang selamatkan aku. Siap tunjuk kat aku nak naik platform mana nanti.
banyak gereja sini padahal inilah jajahan takluk empayar ottoman sekian lama..islam tak masuk dalam hati mereka

Dari train station belah kanan, naik tangga ni terus jumpa stesen bas..suasana usang dan buruk tak terjaga
sejuk gila pepagi ni

daun berguguran

warga tua Ruse

Apa dia tulis? tolong baca sat
warga Ruse yang berehat dalam kebekuan pagi
bagi makan merpati..kasih sayang dimana-mana

klasik

intai umah orang kaya

kedai di Ruse


Balik hotel, aku pun bersiap check-out dan berjalan kaki ke stesen keretapi.
Cukuplah semalam di Bulgaria dan sampai masa untuk meneruskan perjalanan. Ruse hanya satu persinggahan semalaman.

1 comment:

  1. salam
    nak tny pasal train dari istanbul ke romania / kami plan nk pergi thn depan Nov dari istanbul jln2 ke euro

    ReplyDelete