Thailand - Kem Gajah

Tengok tajuk entry adalah macam bosan kan. Dulu kecik-kecik dah puas pergi zoo, dalam TV dah puas tengok gajah. Tapi Mak peduli hapa kan..janji Mak ada entry baru..boleh gitu??
Actually kem Gajah ni hanya untuk peminat gajah.
Kalau tak minat gajah baik jangan datang.
Sebab rasa macam takdelah menarik sangat pun..plus mak kesian tengok gajah-gajah di siksa sebegitu rupa.
Mak pencinta haiwan dan pemakan haiwan sajork. Bukan penunggang haiwan.
Dalam kem gajah selain ada aktiviti menunggang gajah, ada juga tempat memanah, games tembak untuk budak-budak macam kat funfair tu serta kedai makan yang served buah dan aiskrim. Ada kedai cenderahati jugak.

Bila kita turun je kenderaan,, tetiba ada sorang staf akan mai lekat nombor kat baju..dengan tak bagi salam. Eh dia ni nak meraba akukah? macam terkejut jugak tetiba mai tempek pelekat tu kat dada mak ni haaaa.
Haip..rotan kang. Meraba tak bagi signal. Berani dia ni yer..tau tak dada mak ni ala Pamela Anderson???
Kalau lelaki bestlah lah tetiba awek rela nak meraba.
Rupanya ni untuk monitor berapa orangkah yang melawat ken Gajah ni setiap hari dan untuk senang diorg nak buat bancian la kot.

Ada aksi anak gajah yang nak tergelak jugak tengok, dia pandai buang kulit pisang dengan kaki dia (guna pijakan you) dan angkat dengan belalai dan makan. Bravo dik.(jakunkah aku).
Allright, gajah yang dijadikan tunggangan ni dipakaikan baju cantik-cantik dan umpama Raja Siam gitu.
Agak-agak gajah tu termakan tak umpan tu? kalo uolls mak tau memang dah..bagi baju MNG ke, baju Uniqlo ke.. semua sanggup. Tapi ni gajah, dia tak pakai baju pun, ada aku kesah?
Orang yang menunggang rasa macam Raja Siam jugak..sebab ada payung dan akseksori kilau-kilau tu.
Wah, feeling Raja Ayutthya nak pergi serang kerajaan Gangga Negara. Bayaran untuk feeling Raja ni ialah 500 bath (RM50).

pintu masuk

Bayaran untuk aktiviti

suasana dalam kem ni

Boleh order buah dan minuman dan lepak dalam ni

Ya...semua tempat tourist kat Hat Yai ni memang penuh dengan Malaysian je

Gajah yang dijadikan tunggangan

Anak gajah yang pandai buang kulit pisang dengan kaki..korang mampu??
Kalau nak pergi kem gajah ni tak perlu lama kecuali nak naik gajah tu memang kena tunggu agak lama. Dia pun tak larat nak efisien sangat..asik dok kena bawak manusia yang berat-berat tu setiap hari. Nak bawa badan sendiri pun dah hazab..ni kan pulak nak bawak manusia dua orang sekaligus tu..mau beratus kilo.
Mak tak rela tengok gajah ni dijadikan tunggangan!

2 comments:

  1. Mungkinkah harga entrance termasuk package meraba.... He He He..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS,
      Hehe kalo gitu mak rela asalkan letak yang kacak-kacak depan pintu!

      Delete