Bharat Tea Plantation

Salah satu ladang teh yang terkenal di Cameron Highlands ni. Kawasannya luas dan ada dua kafe dan point untuk meninjau ladang teh.
Keluaran produk Cameron Valley tea.
Masa aku datang sini dulu pada 2010..rasanya lebih cantik disekitar cafe dgn bunga-bunga yang terjaga.
Tapi kali ni macam dah kurang feeling english.
kedai teh..sesak nak bayar

harga makanan yang reasonable



order teh tarik dan chiken ham sandwich serta curry puff
bahagianya hidup dapat rilek hirup teh sampai melihat ladang teh yang saujana



Cameron Lavender Garden

Terletak di Tringkap Cameron Highlands.
Kebun lavender dan bunga-bunga lain. Tiket masuk Dewasa RM5 dan Rm3 kanak-kanak.
Ada gerai souvenir dan tandas. Surau takde yer. Sangat cantik dan dekorasi dgn taman ala inggeris.
kereta klasik yg jd tumpuan..comel.ramai pengantin amik photoshoot kt sini
gerai aiskrim
ni taman bunga kat atas..ada kafe dan self pick strawberry

Cantikkan?

kedai souvenir



Hotel Jasmine Cameron Highland



view dari bilik mengadap KFC
Terletak di kawasan Brinchang dan tengah bandar Brinchang.
Beberapa minit sahaja ke pasar malam dan sangat dekat dengan pasar malam Cameon Highland yang terkenal tu.
Untuk pengunjung yang pertama kali ke sini.pilih hotel di kawasan Brinchang sebab mudah nak cari makan dan mendapatkan barang keperluan.
Jika tengok ada hotel yang murah..ia adalah di kawasan Tanah Rata yang lebih jauh dari pekan.
Rate hotel ni kalau peak season adalah RM188-RM200 ke atas.
RM188 untuk bilik paling murah.


TYPE OF ROOM
WEEKDAYS
FRIDAY
SATURDAY
Superior Double (2 person)
RM 88.00
RM 128.00-158.00
RM  158.00 - RM 178.00
Triple Deluxe (3 person)
RM 98.00
RM 138.00-168.00
RM  168.00 - RM 188.00
Quad Deluxe (4 person)
RM 108.00
RM 148.00-178.00
RM  178.00 - RM 198.00
Family Suite (4 person)
RM 148.00
RM 198.00-238.00
RM  238.00 - RM 298.00
TYPE OF ROOM
PEAK SEASON
SUPER PEAK SEASON
Superior Double (2 person)
RM 178.00 - RM  218.00
RM 208.00 - RM 228.00
Triple Deluxe (3 person)
RM 188.00 - RM  238.00
RM 238.00 - RM 268.00
Quad Deluxe (4 person)
RM 198.00 - RM  248.00
RM 248.00 - RM 278.00
Family Suite (4 person)
RM 258.00 - RM  298.00
 RM 298.00 - RM 348.00
ALL RATES ARE NETT
* No meal povided

Overall hotel ni agak best..




Pasar Malam Cameron Highlands

Pasar malam Cameron Highlands terkenal dengan keunikannya yang menjual produk tanah tinggi seperti strawberry, keledek purple, cendawan goreng, sayuran segar, nenek bunga segala, madu, dan kaktus segala.
Tentunya makanan yang ada di sini tiada di tempat lain seperti produk strawberry yang di pelbagai kan seperti strawberry bersalut coklat, jem , gula-gula, dried strawberry, teh, puree cekodok strawberry (yang ni aku tipu) dan segala yang bekaitan strawberry termasuk baju, bantal busuk, payung, kotak tisu,beg dan tilam strawberry. We're in Strawberry Land baby! (letih nak taip perkataan strawberry byk kali)
Oh..Majlis daerah Cameron patut buat satu Strawberry Land dekat sini...

Pasar malam ni beroperasi pada hujung minggu, public holiday dan cuti sekolah. Bermula seawal jam 3 petang hingga ke malam. Yang agak stress di sini adalah trafik jam. Madness.
Sapa yang kata Cameron dah tak sejuk??
Meh nak lempang 40 kali. Hapa ko nak sejuk macam antartika? Yang penting lebih sejuk dari KL yang serba membahang. Cuaca pada bulan Oktober masih sejuk..suhu dalam 17c-19C waktu malam. Siang adalah 21C
Mungkin lah tak sejuk macam dulu tapi bangun pagi  masih terasa seperti basuh muka dengan air ais! (apatah lagi nak kencing.. ughhhh)

 Pasar malam ni dekat dengan balai polis dan hotel. Dah berubah lokasi lebih kedalam..bukan dekat parking tu..tapi masuk dalam sikit. Cuma MDCH tolong tgk lawasan pasar malam tu..ya Allah berlopak dan berlubang sana sini. Jagalah sikit..ni kan kawasan tumpuan pelancong tempatan dan luar. Rasa macam kat India bila tgk laluan yang teruk tu.
Cuaca yang dingin..sejuk..jalan jauh pun tak berpeluh..bayangkan masa tu makan pulak jagung bakar dan teh strawberry panas..meletops.
Nak best pergi masa pukul 8-10 malam..sejuk dan sangat best..rasa macam jenjalan kat Seoul gitu.
Sekarang semua peniaga disatukan..tak macam dulu yang peniaga makanan siap dan sayur diasingkan.
Yang jual makanan siap- rasa macam tak byk masa aku pi. Gerai nasi x byk.
Yang terlajak laris haruslah strawberry cicah coklat, cendawan//udang tempura, apam balik coklat, madu lebah dan sarangnya, cekodok keledek ungu (sgt sedap), kentang pusing perisa cheese, jagung mutiara, jambu jeruk dan fridge magnet buah-buahan.

Jom tengok apa yang ada di sini.


strawberry coklat-coklat besar rm5..yg kecik rm3. Strawberry 3pkt rm 10

Limau cameron.nak yang manis pilih yang kulit berkarat. Aku beli 2 biji sb nak rasa..rm3

ni kelapa laut..ubat batuk..selalu tengok dalam tin je isinya

teh yg pelbagai perisa

cendawan,brokoli goreng

udang tepung,sotong tepung dan ketam rm10

keledek dan ubi purple tu


fridge magnet dan key chain..satu rm1




limau cameron sedap dan manis

tak lupa kaktus pujaan hati