Cicerello's Fremantle

Restoren seafood yang musti ko try kalo pergi Perth atau Fremantle.
Kalo tak makan kat sini, tak payah nek kapai terbang mahai tu, pi makan je kat Kola Perlis nun.
Dah glamer sangat maka Mak redho makan cekik darah kat sini. Tapi berbaloi sebab memang sedap Fish n cipnya. Ikan fresh dan big portion.

Periuk ajaib dan beg backpack cara kedekot

Entry ni adalah untuk geng marhaen dan mungkin takde makna bagi uolls.
Aku tujukan entry ni untuk SS dan beberapa pembaca yang pernah tanya pasal benda yang aku bawak masa backpack. Nak tunjuk periuk/beg kena post entry hehe.

Perth - Part 5 di King's Park

Hari kedua di Perth.
Plan hari ni nak ke King's Park. Kena naik Blue CAT ke Esplanade Busport dan tukar ke Green CAT.
Cara untuk ke King's Park ni:

-Amik Green CAT
-Turun di stop no. 5 iaitu di Havelock Street. Jangan turun di stop King's Park road sebab nanti kena jalan jauh.
- Dari Havelock Street turun bas tu jalan ke kiri. Sebelah itulah King's Park
- Untuk balik pulak lintas jalan dari point Havelock street tadi, tunggu di situ (point no. 17, Havelock Street jugak namanya). Bas Green CAT ni akan pusing dua kali di jalan yang sama.

Semak SINI untuk semua jadual CAT Perth.

Perth- Part 4 Hari Kedua

Hari ni hari kedua di Perth.
Baru nak merasa ukur jalan kat Perth selepas sampai semalam terus ke Fremantle.

Untuk ke Perth ni, aku takdelah study sgt pun, just print Perth wikitravel dan baca sikit-sikit info. Takde gigih nak hafal road segala.

 Backpack setakat mampu di bandaraya yang paling terpencil dunia ni.
Jom tengok sikit info mengenai Perth ni.

London Court ..inspirasi dari Tudor/Elizbethan England..di buka pada 1937, landmark bersejarah Perth

Perth -Part 3 EShed Market Fremantle

EShed Market ni memang terkenal dikalangan rakyat Malaysia yang gigih membeli belah.
Cenderahati dari Aussie yang harganya berpatutan dan boleh dikatakan paling murah.
Kedai dalam ni yang top tentulah Megabes dan Aussin. Dua taukeh dari Singapura dan Indonesia.
Abis peniaga-peniaga Aussie takleh cari makan dalam ni. Kelebihan mereka yang boleh berbahasa Melayu dan staf pun ada yang terdiri dari student Malaysia dan Indonesia.
Dan bila aku survey di bandar Perth, memang aku jumpa souvenir yang paling murah adalah di EShed..sanggup datang 2 kali ke Freo semata-mata nak borong souvenir yang tak cukup-cukup lagi tu.