Sareeneen Halal Restoren Chiang Rai

Restoren ini terletak berhadapan dengan terminal bas chiang Rai, sebelah lukisan mural kat building terminal tu. Sederet dengan 7-11 dan deretan kedai.
Bagi aku harga makanana dia lagi murah dari kat Hatyai dan Pad Thai dia sedappp..banyak daging.
Ramai orang selalu kat kedai ni, yang pelanggan dia bukan muslim pun ramai. Sebab dia banyak variety macam kedai manisan,ice cream dan shave ais.
Kalau order kailan goreng dengan ayam..puas makan sebab ayam banyak..tak macam makan kat kedai Thai dimalaysia,bawang yang banyak.
Tom yam dia kaw..jenis manis sikit..overall memang berbaloi la makan kat sini.

Masa aku pi tu ada staf food panda amik order dari sini so jika request halal food area sini memang depa order kat restoren ni.

ini kedainya
lokasi memang strategik
kedainya


dalam kedai

ada jual manisan

agak sempit kalau ramai



menu..semua berpatutan dan berbaloi

nasi goreng

lauk pauk dgn nasi putih

telur

noodle

noodle

lauk-pauk..semua big portion dan puas makan

pad thai baru RM6

Add caption
tum yam gung..sedap niiii

kailan dgn ayam..byk ayam slice

nasi putih dgn telur
bismillah...

jom makan..meletup baq hang

pad thai dia sedap..puas makan

yum

curry noodle dgn mee sup..not bad


makan dua manisan 60 bath (Rm 8)


keadaan selepas..

Total makan utk 3 orang:
-2 nasi putih
-1 nasi dgn telur
-1 tom yam udang galalh
-1 kailan dgn ayam
-1 pad thai daging
-air mineral bawak sendiri
 Harga baru 270 bath (Rm 37)

Hari kedua makan:
-1 mee kari
-1 beef noodle sup
-1 air lime honey
Harga 110 bath (Rm15)

Dari airport ke bandar Hatyai dan dari Hatyai ke Danok cara termurah guna public transport

Entry kali ni berkenaan pengangkutan naik van/tuktuk termurah untuk pembaca yang mencari harga termurah untuk ke Hatyai city dari airport hatyai. atau yang dari Hatyai nak ke Danok/Sadao yakni nak balik ke sempadan Malaysia/Thai.

1. Dari airport (HDY) ke pusat bandar Hatyai:
Guna bas atau tuktuk.
Haytai International airport


Lepas arrival, ikut sign exit. Pastu kat luar belok kanan, ada tersedia bas airpor-pusat bandar. Tambang 20 bath je (Rm 2.7). Tuktuk pun ada tunggu sini tapi tak byk..cuma harga dia kena nego.
ni bas airport-haytai..beli tiket kat kaunter tepi bus stop tu sebelum naik bas

tu kaunter tiket basnya..sebelah bas parking je

dalam bas..ada wifi dan bas mini je ni
Bas ni akan berhenti di hentian-hentian terpilih. Antaranya Van terminal-Hatyai district office-Gimyong market-Hatyai clock tower- Nipat Uthit-Hatyai Wittayalai school-Ko Hong junction-Prince Songkhla Uni-Central Festival Hatyai-last sekali di Hatyai terminal bas.


Aku turun di Lee Garden, bgtau je pemandu tu. Bila sampai dia laung Lee Garden!Lee garden!.
Aku soping sikit di area centre ni. pastu ambik tuktuk ke Terminal bas hatyai. Nama terminal bas tapi macam terminal van dah. Tambang tuktuk dari Lee Garden area ke termnal bas hatyai tu dalam 40bath(Rm 5.5) je sorang.

2. Dari hatyai ke Danok guna share van. (perjalanan dalam sejam):
Guna share van.
Van ni beroperasi dari pukul 5.30 pagi hingga pukul 8.30 malam setiap hari.
Kat sini beli tiket van sorang 60 bath  (Rm 8.2) untuk ke sempadan Malaysia-Thai.
Beli dikaunter yang bertulis destinasinya.
Ada nombor di kaunter tu. Untuk ke Dannok beli dikaunter nombor 53/54
area Lee garden


amik tuktuk ni ke terminal bas tu 40 bath sorg (Rm 5.5)

ni terminal basnya..tapi van yang banyak. van yang share penumpang

beli tiket kat sini

ni kaunter ke Danok/Sadao
tiket harga 60 bath ke Danok/Sadao
van ke semua destinasi sekitar ada

dalam van..driver pun sumbat apa yg boleh
Perjalanan selama sejam lebih kurang dan akhirnya boleh dah makan daging bakaq dgn tomyam kaw kat sini.
dah sampai danok/sadao


jom pekena tom yam

dap dap

green tea ice pulakkk..huhhhh

Chiang Rai end of November 2019

Wat Rong Khun aka White temple

Karen long  Neck women tribe
The beauty

Blue Temple aka Wat Rong Sues Ten

Baandam House

Lana dance

Sop Ruak


Where the Mekong meets  the Ruak river
Mae Sai Thai-Myanmar bordertown


city of flowers

beauty exist