Salam Ramadan 1442H@2021 dan menu berbuka puasa

 Hai Assalamualaikum..salam Ramadan semua.

Ketibaan bulan berkah yang dinantikan. Marhaban Ya Ramadan.

Sedih rasanya tahun lepas tak dapat jejak langsung terawih di masjid ..so sementara kita masih boleh ke masjid berjemaah terawih ni, ambillah peluang sebanyak mungkin. 

Jom tengok menu Ramadan tahun ni. Bazar pun letih nak pi, dengan jem dan juadah mencekik darah. Sesekali boleh lah merasa.


alhamdulillah masih berkesempatan untuk meraikan ramadan tahun ini

Masih IF ke bulan ramadan ni Mak?/ tanya mereka yang curious.
Ya bulan posa mak IF jugak sehari dapat la 19 jam/21 jam.
Mak masih istiqamah IF. Berat maintain dan taklah turun sangat yang penting masih selim melim dan cantik jelita gitu. kah.
Tengok gambo tu dah 290 hari Mak ber IF ya..setiap hari tanpa miss walaupun 12 jam minimum.

-Macamana nak IF bulan posa ni Mak?

Caranya begini, buka posa makan nasi, ikan bakar, sayur semua tu. Minum air kosong. 

 Lepas tu pergi terawih. Balik terawih boleh la nak makan kuih/murtabak/buah ke roti john semua. 

Bulan puasa ni senaman brisk walk pun selang hari buat 30 minit, jadi terawih pun dikira exercise jugak ya. Last makan pukul 12 malam ke atau 1 pagi. Lepas tu rehat kejap dan tido.

Esok bangun sahur minum air kosong je ye. Mak memang tak suka makan sangat time sahur ni. Sebab lepas makan perut rasa berat dan nak pergi kerja pulak.

 Jadi bila set puasa start pukul 11/12 malam camtu ko akan IF 21 jam lebih kurang sehari bila tiba waktu berbuka jam 7.30 ptg. 

Maknanya kau makan time berbuka hingga ke malam tu je. Sahur air kosong. Jika nak sahur jugak amik yang light je macam sekeping roti/biskut/buah atau secamca mee goreng okey.

Perut rasa ringan nak pergi kerja. So last makan meal sebelum tidur puan-puan ye. Esok masih cargas dan elok je puasa wajibnya. 

Berbuka puasa makan sedap dengan pelbagai juadah, dapat beribadah elok serta sihat tubuh badan diusia hujung-hujung ni.. maka nikmat Tuhan manakah yang engkau dustakan??


pajeri terung, daging hitam manis, murtabak,kuih ayam goreng dan air milo

mee goreng tu sedap..baru rm3


air milo beli dari bazar rm4


masak lemak udang campur rebung, ikan air-fryer, roti john, kangkung belacan dan terung sambal.
Buah oreng dan kurma

ni memang feberet, tiap kali posa kena masak

roti john buat sendiri lagi puas hati, letak daging bebanyak

bawal sweet sour, kangkung, puding roti dan tembikai


sedapnya makan tembikai berbuka ni

puding roti dgn kuah kastard ni buat sendiri. Guna roti putih dgn roti coklat gardenia

pi rumah akak dan berbuka sesekali serta terawih.

rajin dia masak tauhu bergedil, buah melaka, nasi ayam.
sedap semua pulak tu.

bawal sweet sour yg mudah tanpa aksesori dan nenas.

ikan kembung sambal, peria telur, udang goreng kunyit dan jus tembikai memang nikmat sgt time berbuka. kuih semua beli je. Mango shake anak dara beli.



peria telur ni sedap

jus tembikai beli je

puding roti

ni kaswi pandan

tom yam campur, kuih muih, sambal sotong kering dan pucuk ubi masak lemak

tom yam campur, anak dara suka ni

udang goreng kunyit dan sambal ikan. Yg lain semua beli- otak-otak, ayam percik dan kuih.

udang goreng kuniyt dan kacang buncis

ikan cencaru bakar

ayam percik


imej google

jadi jangan lupa ke masjid terawih berjemaah malam ni ok


Makan-makan February 2021- masih IF hingga kini

Hi semua..Salam pkp lagilah ya walau dah nak dekat setahunnn.

Fengsann. Masihkah Mak berdiet dan IF hingga ke hari ini??
Ceh macam ada orang nak tanya. Iya dong Mak masih IF setiap hari dan jaga makan dan berat masih maintain selepas IF lebih dari 6 bulan.
Jom tengok menu apa yang dimakan sebab sayang nak delete gambo makanan. Dan mak pun macam korang jugak suka tengok gambo makanan masa boring PKP nih. 



sarapan kat rumah..omellette, buah pic dan blueberry


nasi secawan, bayam goreng, ayam sambal dan buah pic


bila mood datang buat jugak nasi ayam nih


nasi parboiled, sotong goreng kunyit dengan buncis dan sardin


nasi, bayam goreng dgn ikan air fryer



tekak teringin nak makan spagheti olio

nasi, ikan kerisi air fryer dgn sayur sawi+taugeh goreng



nasi, sambal udang petai, telur mata dgn sawi goreng


order scone dari Cameron bila ngidam..RM20+9 postage 

ayam masak lemak cili api utk penghuni rumah..orang diet kena makan kering okeh

buat jugak kek batik bila anak mintak

nasi goreng telur mata untuk anak-anak dinosour yang keje nya laporrr aje bila kelas pdp kat umah


nasi, timun, ikan masak asam kedah style


buat oden cikyana..ok la not bad. Nak kata sedap viral sgt tu tidak le

main lebur semua benda

nasi, sambal udang petai, bayam brazil masak lemak dgn lala

bawa bekal gi opis-kacang kuda, keledek rebus dgn overnight oat


utk ank-anak breakfast..roti hot dog, fries air fryer dgn brokoli rebus


makan kat luar masa PKPB ritu-spagheti cabonara chicken grill..sedap nyeee


grill chicken chop kat PotLepak


sesekali berjimba dengan BFF sambut birthday makan tom yam dgn siakap.
Pumya tamak 4 orang makan order ikan 2 ekor. terduduk nak perabih tu


kambing bakor



kena konsisten briskwalk/exercise setiap hari 30 minit


lepas tu makan nasi kandar..punahh

masih rasa diriku gemok biarpun orang kata kau dah slim mcm YB Rina Harun..walau orang dok puji kita segak cantik jelita hakikat lemak kat badan kita ja yang tahu.


yang ni  sebetulnya..buat something konsisten at least 6 bulan baru dpt hasil




berat aku mcm ni jugak la..jap turun pastu naik sikit tapi beza 1kg camtu..jangan putus asa key nya


nah kenangan kurus 2020-2021-hrp berkekalan

belanja pic sikit gituh