Speed Trap Locations @ Hari Raya 2011

To all Malaysian drivers going back hometown,here's a hot spot speed trap during festive season.

Plus North Highway (From KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting

2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting

3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan

4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara

5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai

6- Km 296 berdekatan exit Gopeng

7- Km 352.6 selepas exit Sungkai

8- Km 373 berdekatan exit Slim River

9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar

10- Km 308.6 selepas exit Gopeng

11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora

12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun

13- 2 km after tol Juru (90km/j)

14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang


Plus South Highway:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan

2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)

3- Km 253 selepas exit Senawang

4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah

5- Betul2 di exit Jasin

6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak

7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara

8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam

9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Center:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh

2- Betul2 di exit Bukit Lanjan

3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh

4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang

5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE:
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)

2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)

3- Betul2 di exit Damansara

4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi

5- Betul2 di exit Shah Alam


KESAS:
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP

2- Berhadapan Endah Parade

3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA):

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3

2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro

3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ

4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN:

1- Bersebelahan Hotel Mint

2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan

3- Berhadapan dengan Istana Negara

4- Berhadapan dengan Muzium Negara

5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)

6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)

7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)

9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)

10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)

11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)

13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai

14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)

15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)

17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas

19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang

20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru Selayang

Have a safe journey and Selamat Hari Raya.

traffic kat blog

Kalau tgk traffic kt blog aku...yg ramai search keywords 'oprah'.
Ramai gila pemuja Ms. Oprah Winfrey ni..termasuk aku.Rupanya ramai nak view rumah dan ofis dia.
Aku pun amik dari Oprah.com jek cuma aku gather sume sekali,senang sikit.Takyah nak asik click next and previous jek.
Ramai surf internet cari idea pasal home decoration rupanya..dan mestilah nak amik idea dari rumah selebriti yang jutawan dan kayo2..hangpa duit byk takpalah..aku ni takat boleh tiru idea deko reban ayam sajok.

Post aku yang len,selain lonely quotes,hampeh takdo sapo nak view dan baca.Pasal post lonely quotes,bila tgk traffic tu,baru tau rupanya ramai warga kt India,Bangladesh,Pakistan dan kawasan sama waktu dengannya tu suka post cmtu.. jiwang karat,dalam hati ada taman belaka..sebab tu pakat dok view lonely quotes post,patut filem hindustan jiwang nak mampus.Tu lah budaya warganya..i lap u,i die for you.. (ceh,tukang tulis blog pun jiwang jgk sekali sekala..)

Padahal banyak post lain yang best hapa,korang jek tak nak baca,hehe..
balik-balik tukang tulis jgk yg baca,apa kes??Siokk sendiri apa?sendiri tulis sendiri baca sudahla...

Selamat Hari Merdeka...ke 54, 2011

Malaysia oh tanah airku, Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku

Usahlah  berpecah belah kaumku..
Tiada makna kemerdekaan ini jika tiada perpaduan
Jalan kita masih panjang..masih jauh
Fikirkanlah kepentingan negara..jgnlah jadi seperti bumi Palestin.
Itukah yang ingin kita tinggalkan pada anak-anak keturunan kita?

Geli dan benci

Benci tetap benci
takder benci tapi sayang
benci bawa ke mati
jangan kata hadap muka,dengar nama kau pun aku dah geli
Apatah lagi kau cuba nak menyibuk pasal diri ini
Nak tahu aku hidup ke dah mati??

Jangan percaya apa aku janji
Sebab aku hanya melepas diri
Mintak simpang aku nak ngadap muka kau hari-hari
You're not very my cup of tea!!

Sekarang kau aku dah anti
Jadi takpayah perasan kau hensem bagai Gabriel Aubry
Kalau awek kau macam tong guni
Lah..kesian dia kemaruk nak laki

Rupa buruk perangai teruk
Kau manusia atau pun beruk?
Muka aku mana nak taruk
Bila kau hemoi mcm kemaruk

Geli aku bila ingatkan
Kau bajet hensem tak sedar aku geli geleman
Sekarang kau berambus boleh jalan
Jangan cuba nak tunjuk rupa macam orang utan!!


Resepi Popia Goreng

Popia ni dibuat masa nak berbuka..biasa ja rasa tapi lg sedap dari yg jual kt bazar ramadhan tu...aku gantikan udang dgn isi ayam..saja nk try.Sedap jgk..

Resepi:

Kulit popia mini-boleh buat 20-30 biji
1 batang carrot-potong julienne@racik
segengam taugeh
1/2 btg timun-potong  @julienne
200 gm isi ayam-dadu
1 nos onion-cincang
2 nos bawang putih-cincang
2 biji telur- 1 utk inti,1 utk binding kulit popia
1 sudu sos tiram
lada/garam
Minyak masak

Cara:
1. Tumis telur yang dah siap dipukul.hancurkan dan angkat. kemudian,guna kuali yang sama,tambah minyak dan tumis segala bawang.Masukkan isi ayam.dan sos tiram.kacau
2.Masukkan carrot,timun,taugeh dan telur hancur tadi
3.Masukkan perasa (lada,garam sedikit) dan kacau.. sebatikan.
4.Tutup api dan angkat.

Method:

Kulit popia dan inti..

Letak inti atas kulit-aku guna mini spring roll skin sb tak suka yg besar-kulit dia nanti tebal sgt.

Lipat begini rupa..hati2 nnti terkoyak.Takleh ganas sgt

Cenggini rupanya walau tak secantik Nicole Kidman dan sila goreng dlm minyak yg banyak

Dah siap..sos guna thai sos kimbal jek.