Wednesday, March 12, 2014

Backpack Korea Selatan-Hari Ketiga di Nami Island

Hari ketiga di Seoul.
Suhu dingin..cakap berasap ko..jakun bin jaki sungguh. Mandi sekali je sehari disini.. dan bila godek-godek, ter baca blog,mention kita leh naik bas ke Nami Island dari Tapgol Park. So itulah harapan dan impian kami kengkonon..senang hati leh terhegeh-hegeh dan kami gerak agak lambat,dalam kul 9 camtu..dan naik subway untuk ke Tapgol Park.
Tapgol park

Dalam taman

Ada event pagi tu..meriah..free show
Aku langsung taktau bas ke Nami pukul berapa..macam gila kan cari bas tu.
.Tanya orang ..satu hapa pun depa tak faham. Kebetulan hari tu ada perayaan bersejarah apatah kat Tapgol Park.
So boleh melepak lagi kat Tapgol tu walau jam dah 10 pagi..apa ko ingat bas nak tunggu ko ke Nami?
Rupanya shuttle bus tu sekali je sehari dari situ ke Nami.Kul 9.30 pulak tu..adeh la.
Akhirnya lepas dah berpusing 360 darjah, dan hentak kaki sambil golek tepi jalan sebab bas dah tinggalkan kami..time to prepared for the emergency plan aka Plan B.
 Walau kena tukar banyak line subway, tak kisah janji sampai.
Akhirnya..ni lah option yang ada,naik subway dari Tapgol ke Nami.

1. Dari station Jongno-3 (sam-line oren) station ke Line 1 (biru) dan ambil tiket ke Hoegi.
2. Dari Hoegi, tukar ke Jungang Line dan amik tiket ke Sangbong Station.
3. Dari Sangbong station, amik train ke Mangu. Dari Mangu tukar ke Gyeongchun Line dan amik tiket ke Gapyeong Station. Nami terletak di daerah  Chuncheon.
Dari Jongno-3 ke Gapyeong, boleh beli tiket direct cuma tukar line je. Tak perlu keluar dari exit subway tu.
Direct ticket dalam 2550 won (RM7) je sorang. Kami beli 2 so dalam 5100 won.

Perjalanan dari Seoul ke Nami memang jauh naik subway yang laju pun makan masa sejam dua..kalau nek bas atau teksi..sendiri mau tau. Sepanjang dlm tren tu, berdiri plak sb ramai org nak ke Nami, hadoihhh memang lenguh kaki tp ok la jgk sb bila pandang kt luar, nampak salji-salji masih ada dan ecxited uolls. Ramai gila ahjussi dan ahjuma nak pergi hiking..penuh seat dgn diorg nih.

Dari line oren tukar ke line biru gelap(Hoegi),dan dari Hoegi pergi Sangbong..dari Sangbong pergi ke Mangu (line biru muda) dan line Mangu itulah stesen Gapyeong yg thru daerah Chuncheon di Nami terletak.

Dari Gapyeong station,amik teksi ke jeti Nami.. perjalanan dalam 15-20 minit.
Harga teksi ke jeti Nami pergi balik= 5300+6400=1170 won (RM35)
Kat station Mangu..tukar tren

Dah sampai yey!kat Gapyeong station
Dari station Gapyeong, boleh nek bas tapi nak cepat,amik teksi jer.
Feri ke Nami dari Nami beroperasi dari pagi hingga 9.30 malam.
Kaalu boleh nak ke Nami,jangan pergi time weekend. Time kami pi,Sabtu..memang sesak la train tu..tak dapat duduk langsung.
Tiket masuk ke Nami 8,000won (RM24) dan feri ambil masa lebih kurang 10-15 minit je. Boleh berdiri kat luar atau dok dalam feri.
Kat Nami, memang cantik dan banyak kafe comel-comel. Alam semulajadi dgn deretan pokok,dan pulau ni kecik je, cuma dah jalan kaki tu,letih la jgk. Basikal boleh disewa.
Enjoy the pictures dan pulau ni tak besar pun. Banyak kafe dan agak risau nak  cari kafe halal. Kami cari tak jumpa pun..tersorok agaknya. Boleh je makan dari kedai lain amik vege.
Sapa yang nak makan, sila sila..jika yakin dan tanpa was-was.
So, kami tak makan pun..just makan pau dan snack. Surau ada kat restoren chinese.

dah sampai Jeti Nami..beratur beli tiket nnti

sepanjang perjalanan dari station ke jeti Namiseom...dah rasa excited sb cantik bangat.
Beratur utk nek feri...ramai gila org

 dalam feri.

 feri yang penuh dgn bendera dan bendera pertama adalah Jalur Gemilang.Adakah tribute to tourist yang ramai dari Malaysia?kembang lubang idung jap
masih ada salji
Entrance Republic Naminara..merupakan pulau yang berkembar dgn Langkawi..sister island gitu
info counter
semua bahasa adaaaa




kafe yang comel byk disini

kafe comel



klu musim luruh mmg cantik abis ni


damai


dekat area winter sonata corner


comel ajee

salji masih bersisa
lapang dan luas


daun yang telah tiada..

Overall, Pulau Nami memang cantik, tenang dan damai disini.
Kalo pi time musim luruh lagi umpppp. syahdu ok berjalan di sepanjang pokok yang cantik nii..romantik. Kalau pergi honeymoon memang best.

2 comments: