Monday, March 10, 2014

Ole-ole Korea Selatan dari Namdaemun Market Seoul

kasut ni puas hati beli sebab 9,000won (RM27) jer..memang kaki tak sejuk bila pi Nami Island dan omey omey dgn bulu2..
 Fridge magnet patung sepasang tu- harga 10,000won (RM30 utk 10pcs)
fridge magnet ni 4pcs 8,00won (RM24)
 Apa yang haru dibeli di Korea untuk souvenir??
Brace yourself okay...harga souvenir dari Korea Selatan ni aka Seoul dari memang pricey.
Tempat popular di Seoul untuk beli souvenir adalah di Namdaemun Market.
Maklumlah negara maju dan antara most advance technology in the world. So kos hidup dan barang-barang memang mahal. Mahal tak mahal,kena beli jugak buah tangan untuk sanak sedara dan kawan-kawan.
Lebur beratus jugaklah walau tu la souvenir paling cikai. Tak kisahlah ko kena makan maggi dan bubur sepanjang kembara..souvenir tetap kena bawa balik.Hukhuk.
Kalo tak tido tak lena dan balik Malaysia pun dibenci orang. Tahan telinga buat tak dengar bila org tanya
 " hai makcik,beli apa kt sana? "..grrrr
So, beli jgn tak beli..Souvenir yang selalu dibeli adalah Fridge magnet, t-shirt,keychain,manisan atau kimchi.
T-shirt berharga 10,000won utk 3pcs (RM30,jatuh RM10 selai ) bagi yang putih/kelabu. Yang berwarna hitam,merah 10,000 won utk 2psc.(RM15 sehelai)

key chain comel 8,000 won (RM24) untuk sepuluh pcs

Kuih Tare..5,000won (RM15) sekotak..tak sedap sebab keras bila bw lik Malaysia. Makan kat sana ok la.Halal sebab buat dari tepung,madu dan perisa almond,peanut dan chocolate je

.nak beli boleh tapi minta stok yang baru dibuat..bukan yang lama
Pembuat kuih Tare..pandai cakap melayu..terpegun ko tgk dia buat. Ada 3 perisa,peanut,almond dan chocolate..rasa disitu sedap tp bila bw balik tepung dh keras..stok lama kot dia bg aku

2 comments:

  1. Kuih Tare tu nampak mcm sedap. Boleh try nnti next time ke Korea. Anyway, saya pun ada juga tulis pasal souvenir dari Korea ni. Mungkin boleh jenguk-jenguk nanti. Hee, thanks!

    http://wanderlust.tripovo.com/things/must-grab-souvenirs-for-malaysian-from-south-korea

    ReplyDelete