Bukit Bendera Pulau Pinang Part 1


Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas George Town, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.
Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut.
Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.

Dari stesen bawah macam biasa naik funicular ke atas. Tiket dewasa Rm10 dan Rm4 untuk kanak-kanak dan pelajar. Tunjuk mykad masa beli tiket tu.
Cuaca di atas sejuk dan berangin macam Cameron Highland sikit dan boleh tahan cantik. Ada food court, masjid, kuil hindu, teropong berbayar dan canopy walk. Ada love lock corner macam kat korea tuh. Jadi kalo setakat nak lock love tu, toksah dok gigih nak ke Korea nun, our Malaysia pun ado.
Dekat astaka yang ada food court, ada kedai yang display ular dan iguana, cafe feeling omputeh dan buggy ride pun ada. Masjid dan kuil hindu pun tersedia.


kaunter tiket
Rega tiket
Bas HOHO Penang sampai Bukit Bendera ni..tiket Rm19 utk warga malaysia untuk 24 hrs

beratur sini masuk

Mak dah start feeling kat England tengok ni..


dalam Funicular panjat ke bukit..abaikan mamat arab yang kachak tu


view yang ada
Then, kalo penat menapak, boleh naik buggy ride yang akan bawak kita ke Fernhill bungalow dan tengok vivew dari bukit di sisi lain. Bayaran buggy ride adalah Rm60 untuk 45 minit dan Rm30 untuk 25 minit.

info

Rm1 untuk 2 minit teropong
gerai kacang


canopy walk

astaka ke medan selera dan love lock corner
canopy walk

love lock corner..bukan kat Korea je ada tau



Entry ni agak panjang dan Mak sambung Part 2 pulak okeh.

No comments:

Post a Comment