Tahun baru 2017


Tahun Baru 2017 dah menjelma..dan selamat menambah satu lagi angka dalam usia ya.
Baiklah macam-macam benda yang berlalu pada tahun 2016- manis, pahit, masam, kelat, teruja, gembira dan mungkin ada yang kurang semangat. No recap needed for 2016..I didn't travel much anyway.

Nothing lasts forever kecuali Allah, jadi kadangkala bila satu detik dalam hidup yang buat ko sedih dan rasa sangat down, hanya satu shj perlu kita ingat- hidup ini hanya sementara. Ada yang mungkin sedih kerana kehilangan orang tersayang, stress kerana masih belum berteman dan orang seliling suka menyibuk, ada yang patah hati dan tersungkur hingga rasa begitu perit untuk bangun semula, ada yang masih tak boleh move on dan banyak pekara lagi. Some people, unfortunately, are not right for each other, or anybody else. You and I may be one of those people.

Dalam lingkungan aku sudah ada kes yang aku lihat depan mata, terlalu stress hingga pendam segala masalah, otak membengkak, darah beku dan terpaksa kena bedah. Dan ada yang meninggal kerana otaknya tak dapat berhenti berfikir hingga terpaksa dikomakan dan akhirnya takdir mengambil alih. Ia bagi kesan dan aku merumuskan bahawa hanya kita boleh menjaga diri sendiri. Berfikir bila perlu dan tinggalkan pekara yang membelenggu selama ini.

Kebahagiaan itu tak bersyarat pun. Kena kaya, ada anak, ada pasangan, ada rumah besar, kena cantik macam tu, baru boleh bahagia kah?
Pernah baca dalam sebuah blog yang sangat positif dan berinspirasi bahawa kebahagiaan itu ada di mana-mana.  Ada yang temui di Prada, di Habib Jewel, ada yang rasainya di kota Paris dan dalam BWM.
Namun begitu jangan lupa bahawa bahagia juga di miliki pada wajah kedut seribu seorang ibu,
di katil lama tempat melepas lelah dan mungkin dalam sepotong aiskrim seringgit.
Bila lihat sekeliling rupanya banyak bahagia kita..terpulang kepada kita nak mencapainya dengan cara mudah atau pun susah. Oleh itu, peganglah kebahagiaan yang ada depan mata kita.

Kita move on. Kita cari hobi, cari pekara yang kita suka. Kadangkala orang masih sedih dan tak tahu apa arah tuju dia kerana terlalu bergantung kepada sesuatu. Lupa bahawa diri sendiri pun perlu ada passion. Buat pekara yang kita impikan dan carilah bahagia kita sendiri.
Pedulikan dengan semua orang. I got 99 problem and bi*ch ain't one.


Travel salah satunya. Tak perlu ko nak travel sebulan sekali dan setahun 12 kali. Dalam setahun 2-3 kali travel pun dah cukup untuk naikkan semangat dan beri kau new eyes. Untuk diri sendiri dan sebagai reward dan banyak yang kau akan temui sepanjang perjalanan itu.

Sometimes, it is impossible to be happy until you take the plunge, force a clean break and insist on making a necessary change.
Your life, your circumstances, they will not change until you change them.
Only you can make your dreams come true.
Step up, be counted, be brave, even if it hurts, take that leap of faith and understand one simple truth – you deserve to be happy.
Take control of your life; it is out there and it is waiting.
Jadi bangun dan hadapilah tahun 2017 dan biarpun masih ada pekara yang membelengggu diri,
Selamat tahun baru dan menempuh hari seterusnya... moga segala yang datang kita mampu hadapinya.
''Perhaps, in the future, I will lie awake at night, an ancient and wrinkled man, my insane ambitions complete but my heart still broken, my life oddly empty. Maybe I will regret this decision more than anything else, perhaps this shall be what haunts me, what drives me to despair. But that day is not today. Today, I am hopeful.''



Comments

  1. great entry kak! happy new year! semoga Allah permudahkan urusan..Insha Allah

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Selamat utk SS jugak..enjoy your trip

      Delete
  3. Kebahagiaan SS... Bila... Dapat Fridge Magnet... Kah Kah Kah...

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru Mak!!! JM bahagia dapat kenal SS dan HH πŸ˜˜πŸ’‹πŸ˜¬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru JM..kita sama bahagiaπŸ˜†πŸ˜†

      Delete
  5. JM juga bahagia bila dpt kenal Mak dan rakan blogger yg lain 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kan..bahagia itu sgt mudah dicapai..nk dgn xnk je

      Delete
  6. Byk jenis bahagia...bila tulis blog ada org dtg baca pun dah buat JM rasa cukup bahagia 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM up cpt entry baru..baru bahagia mak membacanya hehe

      Delete
  7. Lagi bahagia bila dpt travel bersama org kesayangan 😬 Jeling SS dan HH dan berganda bahagia bila dpt borong barang murah hihihhihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii memborong je ye..dah lah kaki tu asik gatal je

      Delete
  8. Semoga tahun ini lebih bahagia dari tahun2 sblm ni, buat Mak juga semoga bahagia ye..ingat JM san SS sokong dari jauh 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu rerupis sapot..terima kasih JM..SS..HH..we sapot each other

      Delete
  9. Mak!! Blog dah nampak baru..header dan pic profail baru 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan pun baru tau..baru sweet seventy😎😎

      Delete
  10. ***Berfikir bila perlu dan tinggalkan pekara yang membelenggu selama ini.**

    Sangat setuju

    ReplyDelete
  11. Sangat terinspirasi dengan entri mak ni

    ReplyDelete
  12. Selamat tahun baru mak.

    Moga diberi kesihatan yang baik.
    Diberi kekuatan untuk menjadi lebih baik.
    Dan sentiasa hidup dalam kebaikan dan kebahagiaan.

    Pls keep me in your doa ye mak.
    Moga saya juga bertenaga untuk menjadi orang yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk nhhas jgk..jadikan hidup kita hidup yg bermakna dan terbaik yang kita mampu..insyallah

      Delete
  13. Bapa ku bilang "Bahagia itu ada pada hati apabila kau kenal erti BERSYUKUR".

    Muka cantik + kaya + princess to people hearts ... tapi tak bahagia juga. Hidup huru hara. I think u know who. Huhuhu.

    Lantas ... apa yang kita cari sebenarnya.

    Deep.

    Jadi orang yang bersyukur.
    Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju.
      Syukur adalah kuncinya

      Delete
  14. Termenung aku sekejap nyah dengan kata kata ko...aku setuju sesangat dengan apa yang ko tulis...hendak hidup bahagia atau derita adalah pilihan sebenornya...dan menjadi seorang yang positif akan memudahkan hidup dan kita sentiasa tenang..ewah

    Selamat Tahun Baru 2017 btw... (walaupun dah terlambat)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru jgk Yati (lagik terlambat bls nih)...tq singgah

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam