Saturday, December 31, 2016

Tahun baru 2017


Tahun Baru 2017 dah menjelma..dan selamat menambah satu lagi angka dalam usia ya.
Baiklah macam-macam benda yang berlalu pada tahun 2016- manis, pahit, masam, kelat, teruja, gembira dan mungkin ada yang kurang semangat. No recap needed for 2016..I didn't travel much anyway.

Nothing lasts forever kecuali Allah, jadi kadangkala bila satu detik dalam hidup yang buat ko sedih dan rasa sangat down, hanya satu shj perlu kita ingat- hidup ini hanya sementara. Ada yang mungkin sedih kerana kehilangan orang tersayang, stress kerana masih belum berteman dan orang seliling suka menyibuk, ada yang patah hati dan tersungkur hingga rasa begitu perit untuk bangun semula, ada yang masih tak boleh move on dan banyak pekara lagi. Some people, unfortunately, are not right for each other, or anybody else. You and I may be one of those people.

Dalam lingkungan aku sudah ada kes yang aku lihat depan mata, terlalu stress hingga pendam segala masalah, otak membengkak, darah beku dan terpaksa kena bedah. Dan ada yang meninggal kerana otaknya tak dapat berhenti berfikir hingga terpaksa dikomakan dan akhirnya takdir mengambil alih. Ia bagi kesan dan aku merumuskan bahawa hanya kita boleh menjaga diri sendiri. Berfikir bila perlu dan tinggalkan pekara yang membelenggu selama ini.

Kebahagiaan itu tak bersyarat pun. Kena kaya, ada anak, ada pasangan, ada rumah besar, kena cantik macam tu, baru boleh bahagia kah?
Pernah baca dalam sebuah blog yang sangat positif dan berinspirasi bahawa kebahagiaan itu ada di mana-mana.  Ada yang temui di Prada, di Habib Jewel, ada yang rasainya di kota Paris dan dalam BWM.
Namun begitu jangan lupa bahawa bahagia juga di miliki pada wajah kedut seribu seorang ibu,
di katil lama tempat melepas lelah dan mungkin dalam sepotong aiskrim seringgit.
Bila lihat sekeliling rupanya banyak bahagia kita..terpulang kepada kita nak mencapainya dengan cara mudah atau pun susah. Oleh itu, peganglah kebahagiaan yang ada depan mata kita.

Kita move on. Kita cari hobi, cari pekara yang kita suka. Kadangkala orang masih sedih dan tak tahu apa arah tuju dia kerana terlalu bergantung kepada sesuatu. Lupa bahawa diri sendiri pun perlu ada passion. Buat pekara yang kita impikan dan carilah bahagia kita sendiri.
Pedulikan dengan semua orang. I got 99 problem and bi*ch ain't one.


Travel salah satunya. Tak perlu ko nak travel sebulan sekali dan setahun 12 kali. Dalam setahun 2-3 kali travel pun dah cukup untuk naikkan semangat dan beri kau new eyes. Untuk diri sendiri dan sebagai reward dan banyak yang kau akan temui sepanjang perjalanan itu.

Sometimes, it is impossible to be happy until you take the plunge, force a clean break and insist on making a necessary change.
Your life, your circumstances, they will not change until you change them.
Only you can make your dreams come true.
Step up, be counted, be brave, even if it hurts, take that leap of faith and understand one simple truth – you deserve to be happy.
Take control of your life; it is out there and it is waiting.
Jadi bangun dan hadapilah tahun 2017 dan biarpun masih ada pekara yang membelengggu diri,
Selamat tahun baru dan menempuh hari seterusnya... moga segala yang datang kita mampu hadapinya.
''Perhaps, in the future, I will lie awake at night, an ancient and wrinkled man, my insane ambitions complete but my heart still broken, my life oddly empty. Maybe I will regret this decision more than anything else, perhaps this shall be what haunts me, what drives me to despair. But that day is not today. Today, I am hopeful.''



Saturday, December 24, 2016

Baan Talay Homestay Tanjung Bunga dan pasembur Padang Kota



Kali ni cuti sekolah pergi Penang je. Sebab nak try kelainan, aku book banglo kat Tanjung Bunga ni. Book kat Booking.Com dan kena bayar deposit..peak season sama waktu ni.

Baan Talay homestay ni rate boleh tahan mahal. Banglo ni tepi pantai dan jika dari Gurney drive terus sampai nampak Flamingo hotel, then u-turn dan amik kat Lorong Abbas sebelah kiri tu, kat kawasan perumahan. Sebelum sampai Sheraton Four Point tu.
Kadar bilik bermula dari Rm80 (takde ekon) sehingga Rm 350. Ia ada semua jenis bilik, share bathroom, private bathroom, bilik family (Rm240), bilik berdua dan banglo ni ada 12 bilik. Free wi-fi setiap bilik. Tujuan utama nak pergi Penang sebab nak mandi pantai. Baan Talay homestay ni memang tepi pantai..dan pantainya lebih cantik dan bersih dari yang dekat Batu Feringgi tu.
Bilik dia ada yang baru, ada yang worn out. Aku amik byk bilik so boleh compare.

'' Hartanah ini terletak 1 minit berjalan kaki dari pantai. Hanya beberapa langkah dari Pantai Tanjong Bungah, Baan Talay Homestay Pantai menyediakan penginapan yang aman dan selesa dengan akses WiFi percuma di seluruh hotel. homestay ini mempunyai meja tempahan lawatan untuk membantu dengan urusan perjalanan dan menawarkan perkhidmatan dobi. Hartanah ini terletak dalam jarak 10 minit pemanduan untuk ke Batu Ferringhi dan 20 minit pemanduan dari pusat bandar Georgetown. Terdapat pelbagai kedai makan tempatan bersebelahan dengan homestay. Straits Quay Shopping Mall berjarak 5 minit manakala Gurney Drive dalam jarak 10 minit pemanduan dari rumah tamu ini.''~ booking.com
ini banglonya..berkunci pagar dan memang privacy..nak check-out key drop je
pintu masuk homestay

common room utk breakfast dan minum

hall

hall dekat dapur

porch


dapur..boleh masak jgk..cuma tak pasti halalnya tu..setakat nak magi cup dan minum milo takde masalah
family room

nampak laut
bilik family kat tingkat atas

bilik double kat bawah

bilik double

bilik utk dua org..agak uzur

bathroom

toilet

ruang utk family room
jalan keluar pagar sedikit dah depan pantai..ramai mancing sini


senja di Tanjung Bunga..ni dekat pantai depan banglo Baan Talay tu

bersih dan jernih airnya



Satu benda yang aku tak suka kalau datang Penang ni adalah masalah parking. Dah berapa kali aku kena saman sebab ni....memang penguatkuasa MPPP ni kerjanya menyaman je dan pantang lepa, ko letak kereta 5 minit pun memang kejap je dia bagi surat cinta. Jangan buat malu tandatangan ba*i pulak kat situ.
Dan malam tu nak pergi makan kat Gurney Drive/ Padang Kota ..parking kat roundbout takde kupon kenderaan MPPP memang kena saman la Rm50. Sapa suruh parking luar kotak. Salah sendiri..padan muka. Jadi sesapa nak pergi makan pasembur padang kota, sila parking dalam Gurney plaza. Bayar Rm6 (ikut jam) dan jalan sikit pun takpelah dari kena saman.
Pukul 9 malam pun still kena saman Majlis Perbandaran Pulau Pinang. pffftt. Ramai kot yang kena saman tu, kaya la MPPP ni.

Lagi satu kat Gurney drive ni gerai makan cina punyalah panjang, meja depa pun banyak dan luas..yang gerai makan melayu cuma secoet je kawasannya. Seksa nak cari meja. Dah kenapa?? ingat cina je ke makan kuat dan kaki makan?? Aku bukanlah nak racis ke apa..korang pergilah tengok sendiri. Gerai Melayu adalah dalam tak sampai 20 gerai kot..yang gerai cina punyalah panjang...mau empat lima enam puluh gerai...Eh Guan Eng ni..kang aku cakap ko racis ko marah.
Nak redakan hangat hati, ko orderlah pasembur padang kota tu puas-puas..memang sedap baq hang..jilat pinggan makan...kuah dia memang terbaik cukup rasa manis dan pedas.

kena saman semata nak makan benda ni..sedap wooo

beratur nak amik pasembur ni..pilih jangan tak pilih

sotong..udang..perghh

punyalah payah nak cari kerusi meja..eh brader ni dok usha tuu amik gambo curi dia

lepas amik sotong goreng tu semua, bagi kat tukang potong utk kira dan masuk pinggan serving
lazat nikmat..lupakan bab kena saman tu

pasembur padang kota..dalam Rm40 sepinggan nih..ada sotong, fish cake, cucur udang, kentang,tauhu,telur dll. Udang dan ketam je aku tak amik

Sunday, December 18, 2016

Backpack Medan- Dari Medan ke Parapat

Bagaimana cara untuk ke Danau Toba atau Samosir island dari bandar Medan?
Meh nak kabor.
Perjalanan melalui jalan kampung dan pekan selama 4-5 jam

map medan ke parapat..peta dari blog jhazkitaro
Danau Toba terletak di wilayah Parapat, dan jaraknya lebih kurang 200km yang mengambil masa sehingga 4-5 jam perjalanan dengan kereta atau bas. Jalannya jalan kampung, tiada highway setakat ini (highway sekarang dalam pembinaan). Kalau kita jarak 200km tu kejap je sampai lalu highway..tekan minyak 110/km plak. Tapi ni Indon bang.

Oleh itu kalau kita tengok walaupun jaraknya tak jauh mana, tapi perjalanan sangat lama sehingga
4-5 jam kerana melalui kesesakan, lori bersusun atas jalan, orang kampung longok sayur, budak sekolah berlari-lari, anjing melepak atas jalan serupa jalan tu dia punya dan pelbagai ragam lagi. Kematu bontot bahasa mudahnya.

Danau Toba ialah tasik terbesar di Indonesia, terbentuk selepas letusan gunung berapi dan di tengahnya terletak pulau samosir.
Pulau Samosir merupakan sebuah pulau gunung berapi di tengah Tasik Tobadi provinsi Sumatera UtaraIndonesia. Pulau Samosir merupakan pulau dalam pulau terbesar di dunia, dan dengan ketinggian 1,000 meter di atas permukaan laut menjadikan pulau ini menarik perhatian para pelancong.
Danau toba dan samosir..google image
Ada beberapa pilihan jika kita nak ke Parapat dari Medan. Bermula dari stesen bas Amplas lebih senang, naik becak dari Medan ke stesen Amplas agak jauh jugak, tambang bermula Rp30,000 
(Rm 10). Deal sesiap berapa harga sblm naik becak. Kalo mahal tawar sikit.
Naik becak sini ngeri sebab dia main belasah dok tengah jalan, kereta hon pun dia buat bodoh je. Bila kereta tu potong dari kiri, takde nak angkat tangan ke maki macam kat jalan raya kita. Sporting kan.

Dah tu ikut suka abang becak nak jalan melawan arus..berapa kali dah jantung aku macam nak tercabut naik becak ni. Aku takut kena langgar dari belakang dengan lori dan kereta yang besar-besar tu ..dah tu brek sedekat mungkin dgn kereta kat depan. Hadoiii..sabor je lah.

naik becak ke Amplas..Rp50,000 (Rm15)..boleh tawar lagi..ngeri bang oiii

perjalanan ke Amplas..waduh sayurnya golek-golek di jalan..tak pulak timun tu kena langgar
suka suki je letak sayur atas jalan diorg nih

terminal Amplas..nak masuk bayar tol Rp2,000 (70 sen) bagi becak yg nak masuk hantar kita

banyak shared taxi sini

terminal dah macam pasar borong
Dah sampai kat Amplas stesen, bolehlah pilih nak naik apa. Masa aku sampai tu ada mamat medan ni datang tanya..''kok kamu kuliah sini..bagaimana Medan?? enak ya?'' okeh, dia ingat aku student Malaysia yang study kat Medan ni. So aku jawab ''Ya bapak, enak bangat kuliah di Medan..aman''. Ceh, mati-mati dia caya aku student. Jadi sila perasan diri muda saploh tahun. Stesen Amplas ni ribut-ribut jugak macam pasar borong. Banyak van/bas dok menunggu penumpang dan ulat-ulat tiket cari mangsa. Ko belum turun becak diorang dah serbu. Tapi bagi aku orang Medan ni ok, mesra je dan takde nak paksa ke apa.
Pilihan untuk ke Parapat dari Medan ialah:

1. Bas Sejahtera Medan- Parapat- tiket berharga Rp40,000 (Rm 13) dan mengambil masa sehingga 5 jam kerana bas berhenti-henti. Bas betolak dari stesen bas Amplas dan berhenti di Parapat. Naik angkot untuk jeti Tigaraja.


2. Shared taxi/van/kereta.- Van ni ada 10 seat penumpang dan tambang sebanyak 
Rp60,000 (Rm20).
Aku naik yang ni konon akan sampai Parapat lagi cepat dari bas. Van berhenti di pekan-pekan untuk ambil dan turunkan penumpang di pekan utama. Ada aircond dan takdepun monitor dipasang atau wifi walaupun dia letak logo ada kat cermin tu. Beli tiket di stesen Amplas. Walau van tak penuh tapi driver tu jalan jugak..masa aku pi tu ada 3 orang je penumpang. Yang aku naik ni under Sejahtera jugak.

3. Sewa private kereta dan driver. Yang ni driver biasanya akan caj Rp700,00 (Rm240) untuk 2 hari dari Medan, Parapat dan kawasan sekitar. Sesuai untuk family yang ni. Yang ni selesa, naik livina dan sewaktu dengannya.

4. Naik kereta api dari Medan ke Permatang Siantar. Then dari Siantar  kena naik bas/shared taxi/angkot selama sejam untuk ke Parapat.

5. By flight - 
Ambil domestik flight ke airport Sibisa, Ajibata. Parapat sejam dari Ajibata. Boleh naik bus atau shared van ke Parapat.

Jadi aku pilih naik shared van tu. Ok la selesa sikit, tiket pun tak mahal mana compare dengan bas.


bas Sejahtera ke Parapat..murah jek..Rp40,000





aku naik shared van ni..under sejahtera jugak

beli tiket kat sini..kaunter sejahtera

tiketnya..Rp120,000 utk 2 org..murah gila..dalam Rm20 sorang untuk 5 jam perjalanan

dalam van..dia tak tunggu penuh pun..jalan je walau masa tu ada 3 org je penumpang
 Lelaki yg ikat rambut tu driver van aku..baik gila kot..cakap pun malu-malu sambil senyum..makcik turun van pun dia tolong pimpin..mana nak cari

view sepanjang jalan..lalu kampung

masjid berselang seli gereja di sepanjang jalan

ada kebun getah, ladang sawit dan kebun ubi kayu
makcik ni nak pergi rumah anak dia di Simalungun..anak dia 17 org, cucu 25, cicit 5 orang....bravo makcik!!

orang becak
Perjalanan ke Parapat akan melalui wilayah seperti Lubuk Pakam, Tebing Tinggi, Perbaungan, Simalungun Jaya, Serdang Bedagai dan Permatang Siantar. Bila sampai Siantar tu, cuaca dah beransur sejuk. Dalam van biasanya lagu dangdut dipasang kuat-kuat untuk kasik semangat drivernya bawak ala F1 racer kot. Dan syok layan corner baring sambil dengar lagu dangdut. Orang Indonesia memang sangat fanatik musik. Mana ko pergi pun musik adalah halwa telinga.

Dan bila sampai kat Parapat, jalannya macam Tapah ke Cameron Highlands/ Batu Feringgi, scary bengkang bengkok dan nasib aku amik van. Lalu cenuram yang tepi tasik Toba tu. Kalo naik bas mau urut dada. Dah selisih dengan bas dan lori kat jalan sempit tu. Driver kat sini memang tak takut mati.
Van isuzu ni under company Sejahtera dan memanglah sejahtera penumpangnya jika driver bawak ala F1 tapi ko boleh sampai dengan sejahtera ke Parapat tu. Steeady bang.


van selalu berenti kat simpang tiga ni..jadi nak pergi jeti jalan ke kanan

selepas 4 jam lebih..akhirnyaaa dah sampai Parapat..bagitau kat drebar nak turun kat jeti tigaraja
jalan ke jeti..
jeti nya

dekat jeti ni ada banyak jugak hotel/motel/gueshouse

ini lah rupa Jeti Tigaraja

Ada orang yang pergi Danau Toba tapi tido di Parapat (tak tido di Pulau Samosir.). Ada yang memang terus ke seberang ke Samosir dan tido sana macam aku. Ikut pilihan memasing, namun kalau tido di Parapat lebih meriah sebab lebih banyak tempat soping dan happening macam pasar malam Batu Feringgi tu. Jika terus ke Samosir pulak, terus check in bagi setel boleh dah rilek dan selpie ke apa.

Selepas van sampai ke Parapat, bagitau dia kita nak turun kat Jeti Tigaraja, so dia akan turunkan kita kat situ. Jalan kaki ke jeti dan ambil feri ke Samosir. Ada dua feri, satu ke Tuk Tuk jeti dan satu ke Tomok. Kalau nak ke Carolina Hotel/Cottage amik feri ke Tuk Tuk. tambangnya sebanyak Rp15,000 (Rm 15) seorang untuk 30-40 minit perjalanan.

Eloklah sebelum ke samosir tu makan dulu kat Rumah Makan Muslim, nanti kat Samosir taktau keadaannya mudah ke tak nak cari kedai muslim. Dan taklah kalut nak makan bila sampai sana..boleh check-in bilik dan rehat. Ramai orang Batak kristian kat sini dan cik bab dalah pujaan mereka. Dekat area jeti ada kedai makan minang/muslim.
Nak tukar currency pun ada banyak kedai jugak kat Parapat.