Intermitten Fasting on off selama 5 tahun

 Salam Ogos uolls.

Apa khabar semua..moga ceria dan tenang melalui 2025 yang dah bulan ke-lapan ni.

Baik..topik intermitten fasting atau IF ni memang dah semua boleh kata familiar. Mesti ada sorang dua orang terdekat yang amalkan cara diet ni. Mak dah amalkan sejak 2020 lagi dan memang turun berat dan inches loss banyakkk. Dah 5 tahun rupanya buat IF ni. Mak start berat dalam 65-66kg tahun 2020 dan paling banyak dapat turun dalam 10kg dan peak time masa tu 56 kg. So nak dapat 56kg tu lepas 5 tahun rasa seksa jugak laaaa.

😊2020-memang konsisten habis..selalu IF 20-24 jam

😎2021- IF 18-20 jam most of time

πŸ˜€2022-Pun sama IF konsisten

😁2023-- dah start longgarkan IF sikit..buat 16-17 jam

😜2024- lagi ltak konsisten jugak..buat jgk 14-16 jam

πŸ˜”2025- IF 20-21 jam sepanjang Ramadan..waktu lain 14-15 jam

Selepas sekian lama sayugia diingatkan IF ni akan melalui fasa plateau (statik) dan berat tak bergerak. Jadi bila dah lama buat IF ni frust jugak la..makan hanya window time dan mostly dalam fasted state. 

Waktu Ramadan mak akan puasa 20-22 jam camtu sebab last makan lepas terawih pukul 11 pm dan esok sahur minum plain water je. Jadi IF dari 11pm- 7.30 pm. Everyday kecuali tgh ABC (Allah Bagi Cuti) dan berat turun sekilo dua camtu. Frust jugak kn bila IF beria tapi berat tak turun byk mana.

Rasanya sebab dia makan carb berlebihan..yelah kita nasi lover. Then body kita dah adapt dengan IF nih..jadi kebijakan dia takmau bagi loss weight bebanyak dia trick kita plak.

So dah 5 tahun IF, ada mak on off..tapi akn buat jugak dalam 12-14 jam selalunya. Tapi tahun ni rasa mcm berat naik dalam 4kg (64kg) camtu..muka dah kembang..aduhh jadi kena displinkan balik dan mulakan untuk kesihatan. Briskwalk dulu everyday..sekarang seminggu 2-3 kali je.

Sila salahkan hubs yang sokmo masak malam jamu kita makan. Masak tapi nak bini makan byk dan tetap cantik slim. Gimana dong. Dah tu rutin keluar makan malam pun ya. Redho jela nokk..mana yang boleh kita buat kita harung..mana yang tak tu buat tak kisah sudehh.


kena kurangkan carb patutnya

Bulan Ogos ialah bulan buat medical profile. Jadi insaf la kan sekejap gitu. Tiber semangat nak puasa OMAD (one meal a day) atau IF 16 jam or longer.

Kah..sebab dah last minit kan..Ahad nak check-up so Selasa petang jam 6pm dah start IF.

Tapi kan..itula tahan atau tidak godaan makanan.

Mula: 6 petang Selasa

Tamat : 1 pm

Total fasting : 19 jam

Selasa IF, pagi Rabu timbang berat dah turun 500gm. Ni yg dikatakan water loss. 

Buat la sikit-sikit asalkan istiqamah.

https://www.modernmindmasters.com/what-is-water-fasting/

berat turun 1 kg bila 4 ari IF

timing IF


total jam IF
Kalo takde godaan boleh la buat 20 jam lebih


konon menu OMAD-nasi lemak beras parboiled dan ulam..snack kekacang

mkn kering-kering ms diet

ayam gepuk makan jugak

bila IF dgn exercise memang cepat la turun penimbang tu

boleh la briskwalk sikit

so 3 Ogos 2025 kita g buat medical profile..amik darah, check blood pressure, check mata dan timbang berat semua

dup dap masa ni..takutttt

muka ada senyum tapi sbnrnya tgh stress



balik amik darah g buka posa..haha punahh

No comments:

Post a Comment