Ketam masak lemak yang senang

Ini resepi aku yang paling senang...pejam mata pun boleh masak tau. (yo lah tu..mau tumpah periuk ke lantai).
rasa cam terliur je tengok...(perasannya chef ni)


Bahan-bahan:
Anggaran 4 orang makan..sorang makan sekor je ketam,,yg lebih tu untuk tukang masak.

5 ekor ketam-bersihkan,buang cengkerang,potong dua dan potong sepit guntingkan bahagian tajamnya
1/2  biji santan kelapa-mesin dan blend dengan 3 cawan air dan tapis,agak-agak kepekatannya
1 biji bawang besar-tumbuk
sedikit halia-tumbuk
3 biji cili hidup-tumbuk
3 biji cili padi-tumbuk
1 ulas kunyit hidup-tumbuk..kalau takde gantikan dengan kunyit serbuk
2 biji tomato-belah 4 (takyah letak asam keping kalo dah letak tomato)
garam secukup rasa
i helai Daun kunyit-hiris nipis
1 btg serai-ketuk

Caranya:
1.Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali ketam dan perasa.
2.Masak dengan api perlahan dan kacau selalu
3.Bila telah agak mendidih,masukkan ketam
4.Masukkan perasa dan kacau sentiasa
5.Bila kulit ketam kemerahan,tandanya ketam dah nak masak.tunggu lagi dalam 10 minit, tutup api dan adjust rasa.
5.Boleh tambah sedikit nenas,atau kacang panjang.

Santan kalau blend dan tapis,ia akan jadi pekat dari bila kita perah cam biasa tu,so pada aku sebelah kelapa dha cukup.

SF Beauty set penjagaan muka

Aku dah pakai krim ni selama 9 bulan.Mula pakai bulan Januari.
Lepas sebulan dua pakai memang semua manusia yang aku jumpa tegur muka aku glowing dan cerah.
Cara pakai:
-Cuci muka dengan sabun
-Sapu krim siang/malam ikut waktu
-sapu krim mestilah masa muka sedikit basah dan lembab sebab krim ni cam susah nak ratakan sikit
-cuci dua kali sehari,pagi dan malam diikuti dengan sapuan krim

Lepas pakai beberapa minggu,selalunya muka cam gatai sikit dan ada tumbuh biji-biji kecik...dan muka rasa cam sedikit panas.Lepas tu ok dah.
(ikut pada jenis kulit).Mula pakai,memang pakai tiap malam tapi dah lama sikit,aku selang selikan penggunaannya.
Cuma,bila lama tak pakai,akan tumbuh jerawat kat muka aku.Bukan jerawat sgt tapi cam biji tu.
Dan sayugia diingatkan aku ni memang jenis bukan  yang ada jerawat.Susah nak ada jerawat even dari remaja biarpun muka aku takleh putih bersih cam Nicole Kidman.Taktau kenapa.dan biasalah tangan gatal aku ni cepat je nak jorek-korek jerawat tu.
Tapi krim ni tak dapat gak nak hilangkan jeragat keturunan aku.,ye keturunan aku ada campuran mat saleh sikit sebab tu ada bintik hitam,(jgn muntah ok..ini adalah auta bukan fakta).


Dulu aku pakai Olay..(krim bajet,hukhuk) sekarang dh tukar krim ni.Ok la setakat ni...ssabun leh tahun 6 bulan (potong 4 tuu) dan krim dalam 2 bulan.Harga sabun,krim siang dan malam (3 item) RM100.
Cuma dah lama pakai tak nampak sangat bezanya.(banyak cantik muka kau?nak putih tahap orang albino ka?)
Bagi sapa nak try,sila pakai.Muka sensitif boleh cuba sabun Vitamin E tu,yg hijau sebab elok untuk kulit.

50 Shades Of Grey -buku mengarut?


50 Shades Of Grey..buku romantik erotik yang dikarang oleh E.L James,penulis British.
Buku berkenaan BDSM,bondage and cuff dan dominance-submission.Yang akan dijadikan filem.

Ini yang aku malas nak baca buku sebelum movie tu keluar jadi filem. Kuciwaaaa.
Baik aku tengok movie cam Twilight tu dan baru baca novelnya. Sebab? aku tak mengada-ngada pilih pelakon ciptaan aku masuk jadi watak tu.
Berita yang diterima sebentar tadi (berkurun yang lepas to be precise) , watak Christian Grey tu akan dilakonkan oleh Charlie Hunnam, British actor yang berlakon dalam Son Of Anarchy tu (aku tak penah tengok pun).
Macam biasa, semua peminat novel erotic/BDSM ni kecewa sebab depa dok bayangkan actor pujaan depa akan terpilih. Sorry folks...toksah dok menangis air mata berdarah pasai ni.Takde pekdah.
Nangis atas sejadah lagi baguih.
Siapa hangpa pilih? ni calon-calonnya yang di vote menerusi fanpage.
Untuk pegang watak Christian Grey,syarat utama adalah Kacak, Handsome, drop-dead-gorgeous, oh-so-mighty-fine-look dan tampan setampan tampannya .OK, yang ni ramai actor yang sesuai mcm Ian Somerhalder, Matt Bomer, Henry Cavill, Ryan Gosling and list goes on.

Chris Carmack pun sesuai gak..

drop dead beautiful

ni calon pilihan aku dan semua peminat

As for me,aku mestilah suka kalau Ian Somerhalder jadi Christian Grey.Sebab muka ketat dia tu dan mata panahan arjurna dia tu...apart from he's not a hearts and flowers guy type macam Mr.Grey.
Ataupun Gabriel Aubry yang hot,yummy dan super gorgeous
This is real damn hot perfectt Mr Grey..

Gabriel Aubry is a perfect role for Mr.Grey..tapi i lupa hes not an actor..
Tapi manalah tau, kot si Charlie ni berlakon lagi best,lagi lelaki dengan slag Brits kan sound sexy than American, no? and knowing Brits, they are Mr Gentlemen yang boleh mencairkan semua taik telinga dengan ucapan excuse me, would you like, please ma'am, yada yada. Sarcasm is his favourite weapon. (normally, but don't get offended by his toilet humor)
Dan Anastasia Steele dilakonkan oleh anak si Don Johnson/Melanie Griffith yakni Dakota Johnson. Heroin aku tak kisah sgt, sebab dalam otak tu bila aku baca, aku imagine heroin tu aku..so what?

charlie Hunnam-he's aint bad either
dakota johnson..ok sesuai sebab mata biru dan muka innocent
Aku ada sorang kawan mat saleh yang amat hampeh. Dia Brits dan konon selalu tunjuk dia intelligen sangat. Selalu bagi aku lecturer teori Dr Maslow dan Darwin. (sebab dia life coaching dan merasakan aku manusia yang perlukan coaching, bad ass, isn't?)

Aku malas nak layan dia,sebab bagi dia manusia patut jadi macam haiwan in term of sex. Fuc* everything moves around you. So sad man.  Dan aku pathetic person sebab aku ignore dia..Dia tanya aku ada baca buku Abraham Maslow tak. dan asik la nak debat teori manusia dengan aku. Damn.
Jawapan aku kat dia, aku hanya baca buku mengarut macam 50 Shades Of Grey, Bridget Jones dan buku merapu. Dan suddenly dia generalized aku dengan kata sebab tu la aku tak kaya cam dia, tak pandai cam dia, tak a*s h*le cam dia (hehe,) sebab aku tak baca buku ilmiah. Seriously??
Sebenarnya dia bukanlah nak generalized aku sgt, cuma mangkuk tu memang suka kalo aku marah dan melompat dengan apa yang dia hujahkan.

What the hell man? suka hati aku la nak baca buku apa pun. Kalau 50 Shades Of Grey buku mengarut, sebab apa dia best-seller? sebab dia menghiburkan..tak membosankan, and people want to be entertain. Aku dah cukup stress dalam hidup,dan kenapa perlu nak menambahkan stress aku dengan baca buku yang akan memecahkan otak aku ni/atau make all theories bugged in my head and consume me. like the Joker said : Why so serious??
Dan mangkuk hayun mana yang beli buku tu sampai cetuskan fenomena? sapa? siapa? who? konhe?sex maniac? tak lain dan tak bukan,spesies mat saleh la jugak..dah pengarang dia pun British. Pembeli pun Brits jugak yang banyak. Got it?
Aku bukanlah fanatik 50 Grey, hanya seorang pembaca biasa. so apa kes nak degraded aku?
So who is 50 shades of  fu*ked up afterall?  Even its review as poorly written, poorly literature so on and so forth.

Review 50 Shades of Grey :

Buku ni pun pada aku cam novel biasa, plot je berbeza,hmm...hero jelmaan Greek god dewa tampan Adonis, lelaki kacak nak mampus sampai menangis kau tengok, handsome sampai kau sanggup cakar muka kau bila tenung dia ,oh-so-impossibly-handsome, juga heroin haruslah perempuan cantik nan jelita bak si Aphrodite dan body to die for yakni  SLIM, big tits ,ohhh ...so cliche', - ditambah dgn lelaki kaya raya billionaire juta-juta kalah Bill Gates. .(ok aku tipu..dia no.2 kaya di Seattle) dan heroin si gadis biasa pelajar universiti baru nak grad..ia adalah drama yang hero-heroinnya watak tipikal .

 Kisah cinta yang pelik..si watak hero melalui detik yang abnormal sewaktu remaja dan terbawa dengan tabiat BDSM itu hingga dia menjadikan ramai wanita sebagai submission menjelang dewasa. Hingga akhirnya bertemu si heroin lepasan Uni yang datang secara tak sengaja  interview kisah kejayaannya dan dari situ kisah mereka bermula. Dimana dari menawarkan si gadis menjadi submissionnya.. dia jatuh cinta dan berlanjutan hingga ke trilogi seterusnya..watak dikembangkan ke dalam keluarga Mr Grey dan kembali ke zaman chilhood dan sedikit unsur psiko menjadi asasnya.

Beza novel ini adalah dari segi bdsm dan unsur erotik yang ada. Adegan erotik di gambarkan secara jelas dan perasaanya begitu kuat. Paham-pahamlah kalau baca adegan tu..petuanya, baca waktu malam dan nak tido okey? so takde gangguan anak dll.
Kaum hawa akan terpesona dengan watak Christian Grey kerana sifat melindunginnya dan kejantanannya yang terserlah. Sifat gentlement yang sangat di idamkan ada padanya..Well..maka jadilah kita pemuja watak Mr. Grey yang menyebabkan fenomena seantero dunia.

Seriously after you read second and third installment, I got tired of it.
(woihh cam bagus nak buat review..bape byk dah novel best-seller ko ado?)

PS= So if you haven't read the trilogy... Where the hell have you been??

Check it out here:
http://www.jamesaltucher.com/2012/11/why-50-shades-of-grey-is-great-literature/

Mee sotong Padang Kota Penang

Entry berkaitan makanan.Dah beribu kali aku makan kat sini,baru sekarang dapat hidayah nak masuk dalam blog..sebab?blog dah bersawang dan takde entry umpp nak diupdate.
 Entry masuk dari sebelah laut..

 Bersebelahan dengan Fort Cornwalis.

ini kedai minuman..coconut shake harus dicuba


Kat medan selera ni ada banyak gerai..nasi campur,nasi goreng,mi rebus,mi goreng dan memang meriah waktu lunch.Tapi petang rasa macam dh tutup.
Jom tengok apa ada.
coconut shake..sedap

kutiew sup..not bad

nasi ayam berempah...RM5.50..tak sedap okay...out.nasi lembik dan tasteless

menu popular.Mee sotong Hameed Pata.

yang ni confirm sodappp
ada taman..boleh bawak anak main lepas makan



laut bergelora

Joyah: ni entry mee sotong ke entry padang kota??

Kos lepas kerana backpack dan isu backpackers vs flashpackers



Apakah keutamaan kita dalam hidup?
Semua orang nak rumah besar dan selesa. Kereta mahal dan mewah.Perabot yang berjenama dan keperluan seharian yang hebat.
Tetapi..sebenarnya apakah yang kita pentingkan?

Jika orang kaya, tak perlu nak kira semua ni kerana semua boleh dimiliki dan dibeli.
Tetapi bagi warga marhaen seperti aku, kena utamakan mana yang sangat-sangat diidamkan.
Untuk itu, jika kau seorang travellers, backpacker atau flashpacker sekalipun, kaki gatal nak kesana kemari maka kau akan rasa hidup kau seperti beggar. Itu pengorbanan demi mencapai matlamat nak ke suatu destinasi.

Hati gundah gulana jika tak pergi jalan-jalan selama beberapa bulan. Dok tengok langit biru dan awan,kau rasa, heh..bilalah aku nak naik kapal terbang lagi?
Jadi..ada orang suka menghabiskan duit berjuta untuk lengkapkan hobi memancingnya,atau beli seekor burung beribu ringgit sebagai koleksi..dan seseorang yang kaki berjalan pun begitu.

Kebanyakan yang kaki berjalan (yang berpendapatan suam kuku)  ni selalu pakai kereta kelisa atau kereta local,  pakai baju pasar malam,makan kat kedai tepi jalan dan sangat hati-hati untuk beli sesuatu yang sedikit mahal. Duit tu lebih baik simpan untuk beli tiket ketapi atau flight atau belanja semasa backpack nanti.
Masa tu dok fikir,huh seronoknya  Anthony Bourdain, Ian Wright yang dibayar semasa bekerja. Ughh.

-Isu lain,antara pelancong atau pengembara :

Ehh...jangan gaduh antara backpacker atau flashpacker, sama ada pergi ke tempat pengembaraan tu sekejap atau lama,hidup macam pengemis atau pelancong- sebab semua kita ada pengisian tersendiri.
Tak kisah sama ada ko nak pergi Paris semata-mata nak posing depan Eiffel Tower atau ko pergi Siberia berbulan-bulan hidup nomad -yang penting adalah pengisian diri kau sendiri.Walaupun ada quote begini:
~ ' The traveler sees what he sees, the tourist sees what he has come to see.'

Jadilah diri sendiri, jangan pedulikan apa pendapat orang yang konon backpacker tegar bahawasanya kau ni tak se'adventures' mereka. Kau bukan backpackers tetapi flashpacker, itu katanya. Mutekan ok. Kau adalah diri kau, buat apa kau suka dan dengan beraninya melalui semua tu.
Dan tak perlu generalized semua orang yang bercita-cita nak mengembara. Itu melancong bukan mengembara.Itu flashpack bukan backpack. Jika kau memang takde duit nak mengembara tapi nak jugak mencabar diri, silakan. Hidup seperti pengemis dijalanan dan menumpang kenderaan yang lalu lalang.The risk is yours and yours alone..mungkin kena tangkap dengan polis foreigner kerana tidur tepi jalan.

Atau kau nak keselesaan dalam kembara, stay kat B&B bukan hostel, makan direstoren, silakan. Kau ada duit lebih dan nak sedikit privacy, so apa salahnya?
Jadi sama ada aku seorang backpacker, flashpacker atau tourist bahkan traveller.. itu ikut suka aku nak letak mana kategori aku.

Dan jika pembaca sendiri nak judge aku bukan seorang backpacker pun..itu terpulang. Aku belum sampai tahap hard core backpacker yang sanggup tinggalkan kerja, tinggalkan segala untuk hidup dijalanan berbulan-bulan..belum sampai tahap sanggup hidup sekadar cukup makan untuk bernomad di negeri asing.
Aku ada komitmen hidup yang lain..yang mana aku kena jawab di akhirat jika aku tinggalkan.
Aku tak boleh ber backpack berbulan-bulan seperti orang lain.

Sebenarnya ko jadilah diri sendiri..buat apa nak impress orang lain dengan kononnya ko lah backpacker sebenar..nak brag tentang berapa ratus negara ko dah travel hitch hike dan sebagainya.
Jika itu adalah diri kau, buatlah..tak perlu nak pandang orang lain rendah.

Kau nak tido hostel atau hotel, nak makan mee maggi atau steak di restoren, nak naik bas tau train, ikut suka hati. Bagi mengembara ke negeri asing ni memang aku adalah tersangat cheapskate.
Selalu bawak brg makan untuk dimasak demi berjimat. Duit tu lebih baik buat bayar hostel.
Makan pun sekali je sehari bila aku dijalanan. Tiada istilah soping bagi aku kecuali di hari terakhir di jalanan. Bagaimanapun jika ko mampu..terpulang.
Asal bahagia sudah, itu motonya okeh??
Berleter pulak.

-Apa itu flashpackers -
Flashpacking is a term used to describe backpackers who upscale their travels. They travel with a backpack but they stay in nicer digs, carry fancy electronics, tend to be a bit older, have a bit more money to spend, and don’t cook in hostels every day. They are backpackers with means. This distinction has been around for a few years and, as I’ve traveled around this past year, I think is totally meaningless. In fact, I believe we have all morphed into a “flashpacker.” The old way of travel- a backpack, a few bucks, and a worn guidebook is well behind us.
travelers.http://www.nomadicmatt.com/travel-blogs/are-we-all-flashpackers-now/

-Dan Backpackers
Backpacking is a form of low-cost, independent international travel. It includes the use of a backpack or other luggage that is easily carried for long distances or long periods of time; the use of public transport; inexpensive lodging such as youth hostels; a longer duration to the trip when compared with conventional vacations; and an interest in meeting the locals as well as seeing the sights. It is typically associated with young adults, who generally have fewer obligations and thus more time to travel. They also have less money to spend on hotels or private vehicles. It may include wilderness adventures or be limited to travel within settled areas.-wikipedia

 http://www.bootsnall.com/articles/09-10/is-flashpacking-killing-the-art-of-backpacking.html


Eh terkeluar tajuk pulak aku ni. OK, sambung balik.
Sebagai manusia yang bercita-cita nak kembara sebanyak mana mungkin, maka aku pun hiduplah ala kadar. Jangan meratap ketika melangkah kaki masuk kerumah aku atau datang peluk aku kerana nak kongsi penderitaan itu, dan tak perlu buat muka sadis dan berkata 'berjalan kesana sini boleh,rumah dah macam reban ayam pun tak reti nak cantikkan rumah, labur duit?'

Jugak, jangan buat terkejut beruk bila pergi rumah aku, aku masih menggunakan TV zaman jepun, makan ala kadar dan toksah komplen bila aku hidangkan mi maggi cepat dimasak sedap dimakan. Tutup je mata bila tengok aku pakai baju bundle. Anything more than RM50 is damn expensive for me now.
Semuanya demi menjimatkan setiap sen untuk ketempat yang diidamkan.
Inilah kos lepas dalam hidup. Melepas sesuatu untuk memiliki yang lain.
Pejam mata kepada kemewahan kerana ia  bukan keutamaan.

 Jadi,  jika kau rasa nak pergi backpack, kumpul duit dan pergi saja. Kerana umur tidak menunggu kita. Aku rasa terkilan kerana sedikit lewat mendengar kata hati aku sendiri..aku leka meneruskan hidup. buat sesuatu yang lain tapi bukan backpack sedangkan itulah yang aku impikan dari remaja lagi.

Akhirnya aku buat resolution bahawa, aku akan kembara solo ke Eropah sebelum usia mencecah 40 tahun dan pergi backpack jika ada bajet. Dan duit pun tak masuk dalam simpanan bank sekerap dulu.
Dulu, aku terlalu takut nak backpack sebab nanti duit habis, membazir dan macam-macam alasan lagi.
Tapi semakin lama aku tunggu untuk jadi kaya..(dan tak kaya-kaya jugak jadinya), badan semakin tua..masa tu kau fikir..kenapalah masa muda aku tak buat begini? bila kaki tak larat baru nak berjalan tengok dunia.

Bila badan mudah lemah barulah rasa menyesal tak mencabar diri seawal mungkin. Jadi, aku tak mau begitu. Tunggu sampai usia tua, duit banyak tapi badan dah tak larat nak nek flight atau bawa beg berat-berat.
Tak boleh nikmati alam ciptaan Tuhan sebab jalan sikit, penat. Semua serba tak kena.
Ikut travel package pun asik komplen itu ini sebab ko dah penat, dah letih sebenarnya dgn usia macam tu. Yang takkan selesa berjalan jauh serta mudah penat.

Dan bila orang berkata 'wah, kayanya kau asik pergi backpack je'..ini adalah kurang tepat.
Kerana bukan orang kaya saja boleh keluar negara. Kau boleh..tapi mungkin kau lebih pentingkan TV Plasma 45inci, suka modified kereta habiskan beribu RM, atau setiap bulan beli baju-kasut-beg tangan MaNGo, Bonia, Coach-, maka backpack bukan keutamaan kau. Itulah kos lepas kau dan apa yang kau sanggup buat untuk mencapainya.

Tapi jika kau memang nak backpack juga, jika bajet tak banyak,pergi ke negara jiran dulu, mungkin Indonesia atau negara ASEAN. Ia juga akan buat kau berfikiran terbuka. Mungkin buat kau rasa bersyukur jadi rakyat Malaysia.Yang penting, pengalaman. Rome wasn't built in a day honey.

Tak dinafikan travel buat kau buka hati,  buka minda,buka mata,dan buka segala. but NO open s*x ok.
(ohh..aku rasa aku kuat mencarut sekarang adalah kerana terlalu banyak mengadap  blog AmirHafizi)

Dan kadang-kadang ia adalah kerana sesuatu peristiwa yang berlaku dalam hidup kau yang membuatkan kau tiba-tiba menurut kata hati. Yang penting first thing first.

 ~ 'Travel makes a wise man better, and a fool worse' -Thomas Fuller