Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di
Kedah.
Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor
Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter.
Menara perhubungan ini merupakan yang ke 19 tertinggi di dunia, dan yang
kedua tertinggi di Malaysia selepas
Menara Kuala Lumpur.
Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak
sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini dapat melihat
permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran
dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap
untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan
kalendar Islam iaitu pada bulan
Ramadhan,
Syawal, dan
Zulhijjah, untuk menyambut bulan
Ramadhan,
Hari Raya Aidilfitri dan
Hari Raya Aidiladha.
Malas kan, siap copy dari Wikipedia.
Ok, tahun ni berbuka buat kali pertama kat Restoren Berputar Alor Setar. Nak call untuk tempahan, hubungi 04-7202075. Sila buat tempahan awal sebab orang adalah ramai. Macam aku, hari pertama posa aku dah tempah. Untuk bayaran, bayar kat bawah dan terus naik lif keatas.
Harga buffet Ramadan di sini RM57 Dewasa dan RM28 kanak-kanak. Yang best sebab harga bersih, takde cukai dan takde 90 sen kat belakang. Masa tengah makan dia berputar kat area meja terletak. Tengok tadi meja kita kat kaunter ABC tetiba dah putar sampai ke kaunter daging panggang. (ayat orang jakun)
Agak ngeri jgk naik lif dia,sebab nampak semua permandangan dan hatta dinding bercerucuk tu konkrit tu. Overall semua makanan sedap dan berbaloi. Suasana yang berlainan dan ada surau untuk solat. Lepas dah makan boleh jalan-jalan kat bazar bawah yang meriah tu.
Ada playground untuk anak main semua sekali.
|
kaunter kat bawah
|
|
view dari lif |
|
nampak bukit apatah tu,cam kat area perlis je |
|
restoren bermeja bulat 8 orang |
Menu buffetnya pula:
|
nasi putih dan nasi tomato |
|
sotong sambal sumbat telur puyuh |
|
tulang rawan masak mamak |
|
talapia |
|
sayur lemak |
|
ayam opor ke apatah |
|
kerabu dan sambal |
|
desert |
|
abc.. |
|
ikan bakar (ada keli dan ikan kembung),ada daging bakar,kambing memang sedap..dan sos lada hitam |
|
nuget,french fries dan hot dog |
|
baza kat bawah dan taman permainan |
Outstanding post, you have pointed out some good details , I too conceive this s a very fantastic website.
ReplyDeleteIPL 2018 Prediction