Rumah setingkat vs rumah dua tingkat

Dalam proses nak beli rumah lagi sebiji. Insyallah rumah kedua ni akan jadi rumah zaman persaraan, rumah kekal sebelum di jemput ilahi ( ayat tak menahan).Ikut hati aku nak rumah macam ni, tapi tunggu aku pi bersara kat England dulu kot.(tak bersyukur sungguh..kang kena halau baru tau)
English cottage
country kitchen
Jadi sebenarnya aku nak beli rumah dua tingkat. Dah jumpa dan rasa mampu lah nak miliki.
Tetapi setelah survey pendapat kawan-kawan dan lawan..keputusannya berubah. Ada pro dan cons yang sangat besar.
Haih..cepat jgk aku terpengaruh tapi memang kena amik kira  buah fikiran yang menyumbang.
Sebab aku nak pilih rumah dua tingkat adalah:
1. Aku mahu living hall yang luas..bilik aku tak kisah sangat,janji 2 bathroom dan seated toilet
2. Aku nak dapur yang selesa
3. Ada halaman dan tanah sikit depan belakang untuk cucuk tanam (ye la tu..macam rajin)
4. Bila sedara-mara mai,akan lebih privacy utk mereka dan aku sebab ada 2 ruang yang boleh di pisahkan
5. Rumah dua tingkat lebih besar dan nampak elegant (konon nya..org kaya je mampu umah tingkek tingkek ni)

Rupanya ramai kawan-kawan yang ada rumah dua tingkat,tak gunakan sepenuhnya ruang yang ada. Ada yang dok bawah sahaja,ruang atas jadi stor sebab nanti malas nak turun tangga buat susu anak, nak gi minum air jauh, nak tgk tv la, orang mai tak sempat pakai bra la (citer benar) dan macam-macam alasan tah apa-apa. Masa nak beli kemain beria korang ye? nak hias gempak-gempita last-last hangat taik ayam je.hemppp.
Lepas tu alasan paling famous = nak mengemasnya lebih banyak kerja, tak larat nak vacuum/mop serta letih nak turun naik berkali-kali dalam satu hari. Nak panggil dan pantau anak pun susah jugak.
Ye lah,yelah. Aku amik tu semua sebagai cons.

Sebab utama aku taknak pilih rumah teres dan semi-D biasa adalah ruang tamu dia kecil. Memanjang je...
Living hall a.k.a ruang tamu paling penting kerana masa akan banyak dihabiskan disini. Melepak., melingkar dan tido mati lepas tengok Anthony Bourdain/Suits larut malam.
ruang tamu camni rasa sesak dan tak selesa sikit
Tapi setelah memikirkan semua pandangan, aku rasa kena pilih jgk rumah setingkat sebab:
1. Aku malas nak exercise turun naik tangga (spesis ulaq sawa)
2. Aku bukan manusia rajin mengemas rumah yang siap lap habuk semua tiap minggu, hias rumah sarat barat (melanggar prinsip kemalasan aku)
3. Aku nak sentiasa pantau anak-anak dengan mudah,kot depa dok senyap dalam bilik men game aje, mana boleh..anak-anak kena efektif dan aktif dan senang aku nak panggil mereka suruh tolong buat apa-apa. Letih kot kena jerit macam mak Bawang Putih Bawang Merah tu. Save energy ok.
4. Sekarang muda (ehem..rasanya) lagi memang la beria nak buat rajin turun naik tangga 40 kali sehari..nanti dah tua,dok kat bawah je la jawabnya, kesihatan lutut kena jaga ok. Kesian dia kena tampung berat beratus kilo, pastu dera dia pulak naik turun tangga. Excited rumah tingkek-tingkek tu percayalah..hanya kejap je.

Kerana itu jugak aku kena beli rumah setingkat yang corner lot untuk extended bagi living hall luas nanti.
Macam kat bawah ni, dh tgk dan call agent.

Ok,keputusan dah dibuat.Dan mula jgk plan nak deko macamana nanti. So aku tempek gambo kat sini je lah dan senang aku nak tgk..walau aku mampu beli langsir dia je kot.
Dekorasi rumah kalau terlampau moden, mula masuk memang ko nampak impress tapi sebenarnya akan rasa kaku la sikit lama-lama. Yang kedesaan inggeris pulak nampak sweet dan lembut tapi serabut sarat barat pulak.
Orang rajin je mampu jaga, nak kena lap segala pinggan hiasan bunga ros tu dan perabut yang seharusnya warna putih suci murni. Nehi..nehi.
Aku nak ada ciri Inggeris sikit-langsir bunga kecil nampak sweet, dan sofa mestilah fabrik baru selesa nak menghasilkan air liur basi. Leather dan siapan PU tu not my taste. Sofa harus selembut katil tempat tidur. Mendakap damai gitu. Empuk. wallah.

lawa ni

ni ala datin sikit

ni macam ada 4 season boleh la

moden deko
dapur ni sweet

country kitchen

ni sweet
Update on 21 Okt...aku telah menjilat kembali hujah-hujahku... (tolong ketuk kepala den sekali jeeee) aku beli rumah double storey jugak akhirnya kerana hall dia memang luas dan lebih privacy. Kalau sedara mai tido pun lebih selesa dengan rumah dua tingkat. nanti anak-anak dah kawin dan balik raya pun diorg lebih selesa. Dan bahagian dapur boleh di luaskan seperti pecahkan bilik bawah. Rumah setingkat memang takkan dapat luas mana kecuali ko extended hingga ke jalan yang mana akhirnya akan memufliskan ko. Sebab nak extanded kawasan kos sangat mahal seolah nak bina setengah rumah lagi. Rajin tak rajin..yang mana lebih untung?

4 comments:

  1. yang berkesan natural lebih tidak membosankan
    www.peluangproperti.com

    ReplyDelete
  2. saya beli rumah teres setingkat. pinggir KL. oleh kerana rumah ni rumah lama/second hand tapi rumah ni agak luas berbanding rumah baru/modern style.

    Bila duduk rumah ni, terasa untung sangat sebab tak perlu nak turun naik. nak ke dapur senang. nak ke bilik senang.

    ReplyDelete
  3. Rumah setingkat maupun dua tingkat asal rumah nyaman itu jadi pilihan saya.

    ReplyDelete