dipetik dari:
http://parpukari.blogspot.com/
Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin boleh dikatakan sebagai antara figur dunia yang paling banyak diperkatakan. Meskipun dia tidak memimpin bala tentera dan berperang seperti Stalin, Kar Marx, Hitler, Churcill mahupun Patton atau Arthur, malah banyak pula pihak yang mempertikaikan agama dan amalannya, namun lelaki yang dilahirkan dari kalangan keluarga bekas Menteri Besar Kedah yang terkenal dengan pembinaan Terusan Wan Mat Saman selain hubung kait dengan keluarga Mahsuri, tetap terkenal di seluruh dunia walaupun dia telah lama meninggalkan perkhidmatan dan pentadbiran awam.
Walaupun pemujanya meletakkan namanya begitu sayup tinggi mencecah awan, namun sepanjang pentadbirannya, Mahathir sama seperti manusia yang lain tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Namun kesilapan tersebut ditebusnya dengan banyak kaedah bagi menambahbaik keadaan dalam negara ini.
Daripada orang Melayu bertangga gaji puratanya RM180 sebulan, hanya dalam tempoh 1981-1984, tangga gaji RM450 sudah mula dikecapi. Dan pada penghujung pentadbirannya, kebanyakan orang Melayu sudah terlupa tentang menjala ikan, bersembang dengan rokok daun dan tembakau cap kerengga, berjalan kaki keluar ke pekan, malah kebanyakan orang Melayu yang dahulunya totok jumud, semakin terbuka dan berasakan pemimpin-pemimpin negara tidak lebih bijak daripada mereka sendiri.
Hasil dan dasar pentadbirannya jugalah yang membuatkan anak-anak muda Melayu mempunyai lebih banyak masa lapang untuk merungut dan melihat keburukan orang lain tanpa menilai pencapaian diri hasil daripada pelbagai peluang yang diwujudkan. Hasil dan dasar pentadbirannya jugalah membuatkan kebanyakan anak muda Melayu yang tidak pernah hidup dalam kesusahan seperti ibu bapa dan datuk nenek mereka sebelum 1984, menganggap mereka sekarang tertekan dan dizalimi.
Katalah apa pun, yang pasti dunia mengiktirafnya. Walau seburuk manapun kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang pentadbirannya, Malaysia tidak akan berada pada takah sekarang kalau dia mendengar bantahan, rungutan atau momokan daripada Lim Kit Siang dan konco-konconya. Malah Malaysia tidak akan berdiri di atas kaki sendiri jikalau dia terus lemah dengan penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew di seberang tambak sana dan tidak mewujudkan kemandirian seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas, KLIA dan sebagainya selain giat membawa masuk pelabur dari luar untuk meningkatkan tangga gaji dan status sosial rakyat Malaysia.
Dan sekarang, rata-rata rakyat Malaysia tidak lagi bercakap tentang gaji RM300 atau berpusu-pusu ke seberang tambak untuk membeli limau oren atau laici dalam tin lagi.
Permusuhannya dengan Zionis ketara menerusi serangan demi serangan yang dilakukan oleh Zionis dan konco-konco mereka kepada Mahathir. Dan Mahathir tidak menggunakan kelancangannya semata-mata tetapi sebaliknya memberikan 'bantuan sewajarnya' sehinggakan Allahyarham Yasser Arafat, Allahyarham Alija Izetbegovic, Haris Silajdzic dan beberapa orang tokoh pemimpin dari negara Islam yang bergolak, datang ke negara ini untuk berterima kasih kepada Malaysia.
Palestin, Bosnia, Kosovo, Chechnya, Selatan Thailand, Selatan Filipina bahkan Afghanistan dan Farrah Aidid Ethiopia mempunyai thumb-print Mahathir. Kebanyakan anggota-anggota PENGAMAN PBB dari Malaysia seringkali menceritakan perkara berkenaan, terutama sekali selepas kargo yang dibawa menggunakan sebuah kapal yang didaftarkan di Greece, dijarah oleh tentera Israel beberapa tahun dahulu kerana disyaki membawa bantuan senjata dan peluru untuk Gaza dan Tebing Barat.
Tetapi si tua yang menyambut harijadinya yang ke-89 hari ini (secara rasmi), tidak pernah mendabik dada tentang hal tersebut biarpun dia terus diberikan pelbagai cop dan status.
Ramai juga yang masih ingat kisah dia berjalan kaki dari Seri Perdana lama ke Parlimen yang kemudian cuba ditiru oleh Ahli-Ahli Parlimen yang bersikap mengampu dan membodek. Ramai juga yang masih ingat bagaimana dia menutup mulut Lim Kit Siang dengan membawa Lim Kit Siang menyaksikan pelancaran Satelit pertama Malaysia. Ramai yang masih ingat, dia berjalan kaki seorang diri atau ditemani oleh pengawal yang tidak kelihatan di jalan raya sekitar Kuala Lumpur. Dan ramai juga yang masih ingat tentang 'kegemarannya' meninjau projek-projek besar seperti PLUS, LRT Putra dan STAR, kenaikan harga dan barangan di pasaran secara peribadi tanpa banyak publisiti.
Kita tidak menyamakan Mahathir dengan Umar Abdul Aziz. Taraf kedua-duanya jauh berbeza. Tetapi sebaik-baik pemerintahan Umar Abdul Aziz, kebaikannya yang berganda-ganda itu akhirnya dibalas dengan pembunuhan khalifah Bani Umaiyyah itu.
Walau apa pun yang pernah dilakukan oleh Mahathir sama ada disukai atau tidak disukai oleh rakyat negara ini, sememangnya dia adalah seorang NEGARAWAN.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-89, TUN!!!

No comments:
Post a Comment