|
Pintu masuk..lalu jambatan gantung |
Langkawi cable car merupakan yang tercuram di dunia. Terletak di Pantai Kok dalam Oriental village.
Aku amik tiket dewasa satu Rm20 dan kanak-kanak Rm15. Tunjuk myKad yer. Sesak jugak dekat sini..pengunjung ramai. Spend masa 2 jam hanya untuk beratur. tiket skycab aku amik sekali dengan skydome..ada visual ke apakah sebelum beratur masukke kereta kabel. Tapi sebab nak cepat, aku cakap kt staf tu aku nak skip skydome. Boleh jer.
Mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan
pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama
gunung
batu kapur zaman geologi
Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di
Switzerland.
Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod
Malaysian Book of Records.
Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6
tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi toksah berkain batik bagai.
Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan
tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan
puncak di hentian pertama.
Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan
kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Pengunjung
akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus
dan kelainan jenis pokok dari setiap ketinggian.
Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan
Lautan Hindi dan
Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan
Thailand juga jelas kelihatan dari sini.
[6]
Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian
gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak
terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas
menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di
ufuk
Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.
|
di kaki Gunung Mat Chincang |
|
Oriental village |
|
Kaunter tiket |
|
Promoter tiket pakej |
|
Harga nya |
|
panjang barisan |
|
Dah boleh naik yey.. |
|
ngeri tau |
|
subhanallah..dari point pertama |
|
ni beratur untuk ke point ke puncak.. |
|
Add caption |
|
skybridge ditutup untuk kerja maintenance |
|
menara paling tinggi di puncak |
Gondola x berhenti ek mak? Abislah kalu kain batik tersepit... Mesti Ah Kak terkejar2... Ha Ha Ha...
ReplyDeleteKihkih Mak terpikior tah-tah Ah Kak tak reti pakai kain batik haha
Delete