Lapar

Post berkaitan makanan. Yang tengah diet jangan tengok.
Bila keluar dengan BFF ginilah jadilah, dah la semua spesis gorilla. Takde jenis nak diet.. kalo tak boleh la aku makan lebih, cehhh.
Kes makan kau makan udang terlebih sekor pun bertumbuk tau.


mula-mula tom yam capur sampai..masing-masing dah telan air liur

dah ada tangan gatal yang sibuk nak korek-korek udang sotong...iskkk
okey..telur dadar yang besar dan kembang dah sampai..

daging masak merah pun tiba sekali jugak..nampak best kan..semua dah tambah kebulur

yang ke-4 ulam sampai..eh yang ni pun diorg tenung tak kelip mata..hadoiii

jadi jom makan buah mangga siam dulu..perut memasing dah mengganas tengok lauk terhidang elok

tangan memasing dah naik atas meja..grrrr ngauman dah mula berbunyi

lepas tu plak demi nak hilangkan perut bunyi pakat dok teguk air.. sampai nak habis dah air  pun


nasi dan mangkuk tom yam dah sampai..adoiiii kena tunggu kangkung plak

arghhh..takleh jadi nihhh..jom belasah je lah dulu..kangkung belakang kira

sesi cedokan tom yam bermula

akhirnya kangkung pun sampai..dah tak pedulik masa ni
tangan dah bersimpang siur macam nak gaduh

tengok tu punya lahap...ketang-ketung bunyi sudu berlaga..then wallah setel!!!!

Cuma pinggan licin tu tak sempat nak amik gambo dan tak sampai hati.
 Staf yang cuci pinggan tu pun rasa begitu gembira bila basuh pinggan iolls sebab dengan bawang halia sekali di telan.
Cuma batang serai dalam tom yam je tak telan.
Kalau yang tu pun kena telan maka sesuailah dihantar ke Sudan.

Lokasi : Utara tanahair
Jumlah makan 5 orang  campur 2 bijik mangga : RM60
Menu : Nasi putih, daging masak merah, telur dadar, tom yam campur, kangkung goreng belacan, ulam-ulaman dan sambal belacan serta air teh o ais dll yang murah.
Peserta : Dinosour, gorilla, naga, buaya dan badak
Tujuan post: cuci mata dan ubat perut tengah mengamuk

Passport Malaysia di kedudukan ke- 4 Asia dan ke-12 dunia pada 2018

jom keliling dunia! (imej google)

Berita gembira untuk semua para pengembara Malaysia!
Nampaknya kedudukan pasport negara meningkat untuk travel tanpa visa ( visa-free) pada tahun ini.
Terbaharu, Morocco (Maghribi) sudah boleh diakses tanpa visa ya. Ini salah satu negara impian aku selain Algeria dan Tunisia. Dengan budayanya, eksotiknya  dan bangunan batu-bata macam zaman purba memang unik sangat.
Dan update jugak untuk Korea Utara, sekatan perjalanan telah berkuatkuasa pada September 2017 sejak kes Kim Jong Nam tu. Kalau tak mesti pasport kita lagi powerr.

Yey, jom kita travel!!!
(sambil lompat bintang sejuta kali..tapi terus pengsan dengan air mata bila pikir tabung travel yang sendu ituuuu).


Jadi pemegang passport Malaysia harap lebih berhati-hati kerana dilaporkan passport kita menjadi rebutan pencurik! Jangan tak tau purata 233 passport Malaysia dicuri sehari ya pada tahun lepas dan.. ingat harga passport kita dipasaran boleh mencecah sehingga RM250 ribu okay. (banyak diguna sex worker dari Thai & China)

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengarah Imigresen sendiri. Semak  Kenyataan KP Imigresen

-News dari The Star 6 hari yang lalu:

PETALING JAYA: Pasport Malaysia adalah yang keempat paling berpengaruh di Asia, mengekalkan kedudukannya selama dua tahun berturut-turut.

Dalam kedudukan yang diterbitkan oleh The Henley Passport Index, pemegang pasport Malaysia boleh melakukan perjalanan ke 166 negara tanpa visa. (last year 164 saja)

Dalam kedudukan yang diterbitkan oleh Indeks Pasport Arton Capital pada April tahun lepas, Malaysia menduduki tempat sebagai pasport keempat yang paling berkuasa di dunia dengan skor bebas 156 secara keseluruhan. Malaysia diikat dengan Jepun dalam indeks itu.

Mengikut laman webnya, Henley Passport Index mengeluarkan ranking mengikut jumlah negara pemegangnya boleh melakukan perjalanan menggunakan visa atau tanpa tanpa visa.

Indeks Pasport Henley & Partners adalah kedudukan global bagi negara mengikut kebebasan perjalanan yang dimiliki oleh warga negara mereka. Dengan kerjasama Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), dan berdasarkan data rasmi dari pangkalan data global mereka, Henley & Partners telah menganalisis peraturan visa semua negara dan wilayah di dunia sejak tahun 2006. 

Malaysia, yang diletakkan di belakang Singapura, Jepun dan Korea Selatan di Asia, juga menduduki ranking ke-12 keseluruhan di dunia daripada 199 negara.

Negara kita diletakkan ke-13 di dunia pada tahun 2017.

Jerman meraih tempat teratas di Indeks dengan akses tanpa visa ke 177 negara manakala Singapura menduduki tempat kedua di dunia, dengan warganya dapat melakukan perjalanan ke 176 negara tanpa visa.

Di tempat ketiga bersama, negara-negara Eropah mendominasi senarai itu dengan satu negara Asia di tengah-tengahnya. Denmark, Finland, Perancis, Itali dan Jepun diletakkan secara keseluruhan ketiga, dengan pemegang pasport mereka boleh melakukan perjalanan ke 175 negara tanpa visa.

Korea Selatan diletakkan kelima di dunia dengan penduduknya menikmati akses tanpa visa ke 173 negara.

Di rantau Asean, Singapura dan Malaysia masing-masing ditempatkan di kedudukan pertama dan kedua, jauh lebih tinggi daripada jirannya Brunei yang ditempatkan di 22 di dunia, diikuti oleh Thailand (64), Indonesia (72), Filipina (72) Kemboja (86), Vietnam (88), Laos (88) dan Myanmar (92).

Pasport paling lemah/kurang berpengaruh di dunia jatuh kepada ke negara-negara perang seperti Syria (102), Iraq (103) dan Afghanistan (104).

Rujukan : Baca lebih lanjut di The Star Online dan SINI





Delta Cenang Resort Langkawi

jom langkawi


Pantai Cenang

 Chalet yang terletak betul-betul di tepi Pantai Cenang dan paling hujung sekali serta dekat dengan signboard "Langkawi Permata Kedah' ini mempunyai pelbagai jenis penginapan. Ada yang jenis chalet, ada yang jenis family suite apartment. Delta ni terkenal dengan chalet dia yang berbumbung bentuk segitiga tu.

Dari Kuah ke sini kena caj RM60 satu van., ok la kan. Jika nak amik tour dari sini ke Kuah, driver tunggu di Idaman Suri, HIG dan pekan Kuah dekat Bayview tu di caj RM160 satu van yang boleh muat 4-5 family.

'' Gambaran keseluruhan:
Delta Motel And Restaurant adalah tempat bertaraf 2 bintang yang terletak 10 km dari Summer Palace Langkawi. Hartanah ini menawarkan perkhidmatan yang mesra dan kemudahan rekreasi termasuk Jakuzi dan sauna.
Tempat ini berjarak 12 km dari Taman Buaya Buaya. Delta Motel And Restaurant dihubungkan dengan bahagian-bahagian lain Langkawi kerana hentian bas terletak berhampiran.
Lapangan Terbang Antarabangsa Langakawi terletak dalam jarak 10 minit pemanduan dari Delta Motel And Restaurant.

Bilik-bilik:
Delta Motel And Restaurant mempunyai 45 bilik tamu dengan bar mini, kawalan suhu, internet tanpa wayar, peti keselamatan dan balkoni.''


naik van ni dari Kuah

Delta ni jalan kaki beberapa minit je dari Underwater world langkawi dekat McD tu

parking

ini receptionnya

lobi


daftar dan bayar bilik kat sini


ada byk jenis penginapan

ini jenis chalet



lawa jgk chalet dia

dalam bilik


bersih dan selesa



shower dan toilet bersih

bathroom dan toilet

ada jgk yg jenis apartment tu

tepi pantai je chaletnya..dekat dengan signboard langkawi permata kedah tu

breakfast disediakan
makan sedap kat sini

buffet best dan lazat makan sambil dengar bunyi ombak




dessert


Bagi aku chalet ni selesa, besih dan paling penting memang betul-betul tepi pantai Cenang.
Bangun pagi terus terjun ke pantai. Berendan sejam dua terus pergi kafe breakfast.
Masa aku pi ni rate bilik dalam RM150 semalam termasuk untuk 2 orang breakfast.
Better book awal, cepat sangat full time weekend.
 Alamat: Delta Chenang Resort Kampung Tanjung Mali, Pantai Cenang 07000 Langkawi Kedah, 07000 Langkawi, Kedah
Untuk memudahkan book, whatsapp ke nombor Delta Cenang ni- 011 12455682. Memang wasap rasmi business dia.
Aku pun buat urusan dalam wasap je. Dan just transfer duit untuk 50% deposit. (aku book banyak bilik).
list hotel di tepi pantai cenang

meriah pantai Cenang ni..
cuci mata okay



dekat dgn famous signage ni

betul-betul tepi pantai Cenang
boleh layan sunset kat pantai