jom keliling dunia! (imej google) |
Berita gembira untuk semua para pengembara Malaysia!
Nampaknya kedudukan pasport negara meningkat untuk travel tanpa visa ( visa-free) pada tahun ini.
Terbaharu, Morocco (Maghribi) sudah boleh diakses tanpa visa ya. Ini salah satu negara impian aku selain Algeria dan Tunisia. Dengan budayanya, eksotiknya dan bangunan batu-bata macam zaman purba memang unik sangat.
Dan update jugak untuk Korea Utara, sekatan perjalanan telah berkuatkuasa pada September 2017 sejak kes Kim Jong Nam tu. Kalau tak mesti pasport kita lagi powerr.
Yey, jom kita travel!!!
(sambil lompat bintang sejuta kali..tapi terus pengsan dengan air mata bila pikir tabung travel yang sendu ituuuu).
-News dari The Star 6 hari yang lalu:
Jadi pemegang passport Malaysia harap lebih berhati-hati kerana dilaporkan passport kita menjadi rebutan pencurik! Jangan tak tau purata 233 passport Malaysia dicuri sehari ya pada tahun lepas dan.. ingat harga passport kita dipasaran boleh mencecah sehingga RM250 ribu okay. (banyak diguna sex worker dari Thai & China)
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengarah Imigresen sendiri. Semak Kenyataan KP Imigresen
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengarah Imigresen sendiri. Semak Kenyataan KP Imigresen
PETALING JAYA: Pasport Malaysia adalah yang
keempat paling berpengaruh di Asia, mengekalkan kedudukannya selama dua tahun
berturut-turut.
Dalam kedudukan yang diterbitkan oleh The
Henley Passport Index, pemegang pasport Malaysia boleh melakukan perjalanan ke
166 negara tanpa visa. (last year 164 saja)
Dalam kedudukan yang diterbitkan oleh
Indeks Pasport Arton Capital pada April tahun lepas, Malaysia menduduki tempat
sebagai pasport keempat yang paling berkuasa di dunia dengan skor bebas 156
secara keseluruhan. Malaysia diikat dengan Jepun dalam indeks itu.
Mengikut laman webnya, Henley Passport
Index mengeluarkan ranking mengikut jumlah negara pemegangnya boleh
melakukan perjalanan menggunakan visa atau tanpa tanpa visa.
Indeks Pasport Henley & Partners adalah kedudukan global bagi negara mengikut kebebasan perjalanan yang dimiliki oleh warga negara mereka. Dengan kerjasama Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), dan berdasarkan data rasmi dari pangkalan data global mereka, Henley & Partners telah menganalisis peraturan visa semua negara dan wilayah di dunia sejak tahun 2006.
Malaysia, yang diletakkan di belakang
Singapura, Jepun dan Korea Selatan di Asia, juga menduduki ranking ke-12
keseluruhan di dunia daripada 199 negara.
Negara kita diletakkan ke-13 di dunia pada
tahun 2017.
Jerman meraih tempat teratas di Indeks
dengan akses tanpa visa ke 177 negara manakala Singapura menduduki tempat kedua
di dunia, dengan warganya dapat melakukan perjalanan ke 176 negara tanpa visa.
Di tempat ketiga bersama, negara-negara
Eropah mendominasi senarai itu dengan satu negara Asia di tengah-tengahnya.
Denmark, Finland, Perancis, Itali dan Jepun diletakkan secara keseluruhan
ketiga, dengan pemegang pasport mereka boleh melakukan perjalanan ke 175 negara
tanpa visa.
Korea Selatan diletakkan kelima di dunia
dengan penduduknya menikmati akses tanpa visa ke 173 negara.
Di rantau Asean, Singapura dan Malaysia
masing-masing ditempatkan di kedudukan pertama dan kedua, jauh lebih tinggi
daripada jirannya Brunei yang ditempatkan di 22 di dunia, diikuti oleh Thailand
(64), Indonesia (72), Filipina (72) Kemboja (86), Vietnam (88), Laos (88) dan
Myanmar (92).
Pasport paling lemah/kurang berpengaruh di dunia jatuh kepada ke negara-negara perang seperti Syria (102), Iraq (103) dan
Afghanistan (104).
Rujukan : Baca lebih lanjut di The Star Online dan SINI
Hot jugak passport kita kan...yabg x hot currency je. Haha
ReplyDeleteHaha..betul sgt tu Sal
DeletePerghhh... kalu camtu SS kena gantung passport kat leher mcm gantung loket berlian laaa ek mak? Ha ha ha... kalu passport ilang dengan leher sekali melayang... keh keh keh
ReplyDeleteAda ke orang berani nak curik pasport akhak kacak ni??
DeleteSatu lagi berita baik bila arab saudi benarkan jemaah pompuan malaysia umor 25 thn ke atas kerjakan haji dan umrah tanpa mahram... hopes ada seruan!
ReplyDeleteEh ye eh..thanks bagitau. Mak pun hrp ada seruan jgk nih..aamiin
DeleteKorea Utara kalau x de sekatan pun x nak!!!!
ReplyDeleteAmboi..awal dah reject ye
DeleteItew x suka presiden dia
DeleteMorroco! Tunggu aku datang hihhi..
ReplyDeleteJom JM...tp kena tunggu tabung penuh dulu haha
DeletePassport Malaysia ni dari segi keselamatan masih LEMAH!!! ni terfikir macam mana SAJAT boleh pergi SPAIN
ReplyDeleteMasa tu dia pakai elok hehe
Deletesyukur kerana Malaysia di tangga ke -4 not bad..166 negara boleh masuk tanpa visa..Alahai..kalau VISA di mansuhkan untuk ke China baru lah HEAVEN!
ReplyDeleteIskk isk...JM menambah garam tau kt luka mak nih..Kalo boleh ke China dgn visa free tu mak org pertama book tiket ke Beijing (jilat ludah balik)
DeleteEkeekek jgn majuk ye Mak
Deletewahhh dah 166 negara tanpa visa.. syokk la kaki travel..hehhe
ReplyDeleteKalau tiap tahun improve mcm ni kita pun senang hehe
Deleteperhhh mak ... sama lah kita moroco spain balkan semua tu masuk dalam list kita. tapi ntah lah bilanya nak sampai ye mak.
ReplyDeletesemoga kita sampai lah satu hari nanti dengan izin kasih sayang dari NYA.
#Balkan
ReplyDelete