Keindahan Tasik Hoan Kiem Hanoi dan kisah pokok willow

pokok willow di tepi tasik

daun willow yang membujur dan menunduk ikut graviti

Hanoi sering dinobatkan antara most romantic city in South East Asia. Salah satu sebabnya adalah kerana Tasik Hoan Kiem yang merupakan jantung kota sesak ini. Tasik ini sering menjadi pilihan pasangan pengantin mengabadikan detik terindah serta tempat memadu asmara. Tidak hairan lah kerana sememangnya tasik ini cantik dengan deretan pokok weeping willow, pokok bunga lili berwarna-warni, jambatan merah ditengah tasik serta bangunan bergayakan Perancis mengelilinginya.

Aku memang dah lama terpesona dengan tasik ni sejak baca blog Rush Murad (Tepak Sireh blog) kat Hanoi..gambar tasik Hoan Kiem yang dia ambil memang cantik dan nampak hidup. Gambar pokok willow yang seolah melambai-lambai kau ke sana. (sayangnya blog tu dah tak boleh akses dah kt google).
Memang aku impikan nak ke Hanoi sejak baca blog dia tahun 2010 tu kalau tak silap.

Pokok willow atau weeping willow ak.a pokok janda merana ni banyak di tanam ditebing tasik Hoan Kiem yang mana daun panjangnya itu tunduk menyapu permukaan air tasik.
Lagenda menyebut dahan pokok willow ini dulu menyapu mahkota Alexander The Great ketika beliau memudiki Sungai Euphrates di Babylon (Iraq kini) dengan bot.
Peramal Babylon mengaitkan kejadian ini dengan meramalkan kematian awal Alexander the Great.

Pohon ni ditanam di kawasan perkuburan, sering dikaitkan dengan suasana berkabung, muram durja dan kedukaan. Dah nama pun weeping kan.
Pokok willow ni pelbagai jenis, willow di Kashmir lain rupanya (dijadikan kayu kriket) dan weeping willow ni adalah jenis hybrid.

Kata orang lagi ketika usia 20-an kita adalah seperti pokok oak, kuat dan teguh, dominan, segalanya begitu penting serta inginkan pengesahan dari orang lain. Namun oak mudah patah apabila timbunan salji menimpa dahannya.
 Pada usia 40-an/30-an kita adalah pokok willow yang menunduk agar ranting tidak patah ditimpa salji dan lebih rasional tentang kehidupan. Meneruskan kelangsungan hidup dan menghargai sekeliling yang tercipta.

Yang kelihatan begitu penting di usia 20-an mungkin tidak begitu menarik pada usia 30-an.

Bagaimanapun janganlah buat spekulasi mengatakan bahawa penulis blog berusia 30-an..tidak sama sekali kerana beliau tetap sweet seventeen.

Itu kisah pokok janda merana..yang tetap hidup biarpun menunduk.

pokok yang cantikkan tasik ni

luas tasik Hoan Kiem ni


Ramai warga Hanoi yang bersenam dan bertaichi serta dog walking di tepi tàsik ni. Tempat bersosial ,tempat berniaga dan landmark utama. Bangunan-bangunan penting seperti pejabat pos, bank, syarikat airlines dekat kawasan ni.

'' Tasik Hoan Kiem (Vietnam: Hồ Hoàn Kiếm, Hán tự: 湖 還 劍, yang bermaksud "Lake of the Sword Returned" atau "Lake of the Sword Restored"), juga dikenali sebagai Hồ Gươm (Lake Sword) pusat sejarah Hanoi, ibukota Vietnam. Tasik ini salah satu tempat utama yang indah di bandar dan berfungsi sebagai pusat tumpuan untuk kehidupan masyarakatnya.

Tasik Hoan Kiem adalah tasik yang terkenal yang terletak di tengah-tengah Hanoi. Sesetengah orang mengatakan bahawa Tasik Hoan Kiem dianggap sebagai sejambak bunga, yang memainkan peranan penting dalam menjadikan landskap bandar lebih cantik dan lapang.
Tasik ini mempunyai keluasan 12 hektar dengan panjang utara - selatan 700m dan lebar timur - barat 200m. Tasik Hoan Kiem dikelilingi oleh jalan-jalan di Hanoi Old Quarters termasuk jalan Le Thai To dan Jalan Dinh Tien Hoang di timur, dan jalan Hang Khay di selatan.

Nama tasik itu diterjemahkan sebagai "Lake of the Sword Returned." 
Ia berdasarkan legenda seekor penyu yang mencuri atau lebih tepat, merebut kembali pedang dari Maharaja Le Loi. Kisah itu mengatakan bahawa maharaja telah diberikan pedang ajaib oleh Tuhan Penyu Emas (Kim Qui) untuk menghancurkan Dinasti Ming Cina. Selepas berjaya memusnahkan penceroboh, maharaja menunggang di Danau Hoan Kiem apabila seekor penyu gergasi bangkit dan merampas pedang darinya dan menghilang ke kedalaman, tidak dapat ditemui lagi. Ia dijelaskan sebagai Tuhan Penyu Emas yang menuntut kembali pedang ajaib.

Di tengah-tengah tasik adalah sebuah menara dikenali sebagai Turtle Tower.

Ada orang yg siap baju bulu-bulu sebab sejuk waktu pagi

jam femes tepi tasik..tengok jam tu pukul berapa?? dah cerah benderang pukul 6 pagi disini macam pukul 8 pagi kita




calla lili  dan hiruk-pikuk pagi hari di Hanoi
suka sangat dgn tasik ni

jalan masuk kuil Ngoc son 

jalan ke jambatan merah tu

peta temple dan jambatan Huc


ada yang memancing

eh!!! dapat ikan laaa..boleh masak asam pedas niiii

kipas tu jangan bagi jatuh!!

Add caption

diorg ni dari tadi dok bardating

acara menongggeng berjemaah

semua bersweater di bulan february nih..suhu belas-belas

kiri kanan kiri depan eh..salah laaaa
berlatar bangunan senibina gaya Perancis

mengayuh basikal sepanjang tasik
bar dan kafe tepi tasik

ehh..tadi aku bawak seruling ni 20 batang..mana pulak dia pergi?? tak cukup ni

bahagianya dapat bernafas lagi pagi ni depan tasik

Basikal merah menunggu tuannya

agak-agak berapa juta kita dapat ye kalo jual tepi jalan ni??

apalah malang nasib aku..dari tadi cari syiling tak jumpa..terjun tasik ni laaa cenggini..

pantulan


pokok willow atau pokok janda merana..byk khasiat pokok ni dlm perubatan
yang merah tu jambatan Huc
sejuk nyaman pepagi ni

menyenggara pokok lili merah
okey, skrg kau sandar sambil peluk pokok tu ketat-ketat..1,2.3!!



menyelusuri bangunan bergayakan Perancis
aktiviti membaja pagi hari

kau tau tak semalam bini aku ngamuk pasal kita asik dtg sini usha awek jogging??



Aku cadangkan jika kau orang yang suka ketenangan dan lanskap, boleh spend masa lama tepi tasik ni.
Boleh berhenti seketika dan biarkan dunia dengan sejuta operanya sebentar.

Got it SINI

20 comments:

  1. Ehhh... dah lama x baca blog si tepak sereh tu... ada lagi ek... ha ha ha

    ReplyDelete
  2. Woww..lawa la view tepi tasik ni..waktu petang duduk atas kerusi merah bawah pokok weeping tu main wasap dengan SS...ahakss...berangan

    ReplyDelete
  3. oohh..baru nak tanya..rupanya penulis baru baru berusia 30-an..muda nya....heheheh

    ReplyDelete
  4. pokok janda merana? patutlah menunduk mencari air

    ReplyDelete
  5. kenapa pintu ke jambatan merah tu di tutup..tak bukak untuk public ke

    ReplyDelete
  6. Mak dok skodeng orang ber dating eh..haippp

    ReplyDelete
  7. Gigihnya mak pusing... SS x larat... buat tawaf kedai jek... ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin sb nk amik gambo..SS tak penat lg ye soping dr kt china tuhhhh😑😑

      Delete
  8. usha awek jongging? tgk tadi semua awek-awek tua dok senaman..regangan urat ahahahh

    ReplyDelete
  9. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete