Pergi mana cuti sekolah?


Just a short holiday. Backpackstyle. Public transport commute.
The holiday highlight- eat all you can.
Gain 3 kg after get home and feels like 56 years nanny.
But..no regret..life is short. Never count your calories.
Count your blessing. Ayat penyedap hati.

Gunung Ledang

roadside @ Ujung Pasir

D13 durian..creamy and sweet
Klebang seller

Segamat Bus Station


backpack style

small town famous for durian
Segamat Bus Station

warung Soto Wageh @ Kg Jawa Segamat

the soto

the crowd..hard to find empty table
A good food with a great company

typical breakfast during gathering

kok yam..type of food consist of flour, coconut milk and beancurd

Eat it like laksam

Dataran Pahlawan
follow trail to Melaka

St. Paul Hill


got it???

after Segamat head to Melaka

Raja Cendol Taming Sari @ Bandar Hilir Melaka

the handsome staff
RM7 perbowl

comes with dim sum set at different price

the outlet
Majeedia Haj Briani @ Ujong Pasir Melaka..

beef selection
sangat sedap..boleh pilih ayam merah, ayam goreng..kambing or daging

the humble stall at Ujung Pasir, just before the Portuguese Settlement junction
asam pedas is a must..this dish at Bochik restaurant at Semabok. Too sour for me. I prefer Hajjah Mona Asam Pedas.

order like jaws??

Keria Hj Daud @ Klebang

the Keria is nice as its rumour for

ole-ole dari Melaka
eat all you can holiday motto
red velvet taste better @Dataran Pahlawan Secret Recipe

and chocolate Indulgence too

Free seat Air Asia Yang Dah Tak Berapa Nak Free

Eh korang, dah book ke flight tiket sempena free seat Air Asia nih?? Yang akan berakhir Ahad ni?
Berapa juta seat dah korang book?? (jeling SS dan JM)

imej google

Aku merasakan free seat AA sekarang ni dah tak berapa nak free macam dulu lagi. Sekarang cer kau book, tetap ada fares jugak..dulu 0 tau fares tu...cuma dicaj service lain. Untung tiket zaman 2012-2014.
Abis tu hapa je kejadahnya letak free seats?? free seats tapi mahal serupa tu jugak. tak payah nk argue dengan aku pasal ni..ko tgk promo kemain ke bali rm40 konon..try book tgk dapat berapa? kalau below rm100 meh potong kuku jari aku ni. Tak ada dah free seats macam dulu yang memang murah macam harga nasi kandar lauk sotong tu.. yang ko kempunan nak makan lepas jejak kaki di klia2.

Aku ni ke yang tak reti nak guna kekdah rahsia cara book tiket dengan murah??
Sebab dok tengok tiket pergi Osaka dalam free seat tu pun paling murah RM700++.
Pergi Kathmandu lagi laaaaa dah Rm 1k. Pergi Hong Kong dapat dalam RM400++.
Itu baru seat belum adds on ye tuan puan.
Destinasi impian haruslah mahal macam Kathmandu tu..pasal ke China jangan tanya nanti aku tumbuk kau 40 kali. Atau India sebab aku malas dah nak bervisa ke India lagi.

Pergi negara free-visa sudah. Jadi nya nak pergi mana kok tahun ini??
 Setiap tahun kalau tak pergi oversi rasa macam tahun  tu tahun paling tak produktif.
Jadi book la jugak walau setakat ke Laos pun. Myanmar jangan tanya, tak payah nak memajukan tourism diorang okey dengan kerajaan kuku besi macam tu.

Dan yang paling sedih nak pergi Tehran tapi tak sempat sebab AA dah resume route pulak.
Itulah sebelum ni taknak pergi..anak exam la, kucing nak beranak kali ke-50 la macam-macam alasan last-last gigit lidah.

Tapi ada ke AA nak kisah, katanya kalau mahal pun orang Malaysia tetap suka pergi oversea.
Tu jelah aku nak membebel..geram jugak sebab free seat kali ni rasa mahal sangat..ada ke pergi Alor Setar- KL return RM 120 paling murah?? sebelum ni boleh dapat Rm60 je tau. Cehhh...bertabahlah nak pergi travel pun.

sekian luahan backpacker veteran yang sengkek lagi kedekot.


Hari ke-4 Dari Hanoi ke Halong Bay

Dari Hanoi ke Halong bay dalam 3-4 jam berjarak 181 km
suasana pagi hari

pukul 6 pagi dah cerah benderang..subuh masuk pukul 5 pagi di Hanoi


Hari ini merupakan hari ke-4 di Hanoi. Semalam lepas check-in hotel, staf hotel offer pakej ke Halong Bay. Dia kata jika setuju kena bagitau sebelum pukul 12 mlm. Yang buat aku tak berapa berkenan nak amik pakej ni sebab harganya yang mahal iaitu 700k vd (Rm 125 seorang, naik kapal dan termasuk makan.
Air sila bawak sendiri ye kalau nak jimat). Lagipun tujuan aku ke Hanoi ni bukan nak ke Halong Bay sangat, tapi nak ke Sapa dan menikmati cuaca sejuk.

Bagaimanapun setelah berbincang dan memikirkan duit baki masih ada kami setuju ambil tour tu.
Tour ke Halong Bay ni akan pick-up kita pukul 8 pagi dan akan drop kat hotel pukul 7 malam. 12 jam lebih kurang untuk spend masa. Jadi jika sesapa yang nak pergi Halong Bay maka kenalah ingat ya bahawa peruntukkan satu hari untuk Halong Bay. Jangan nak pergi hari last seperti flight malam dan gamble. Kita taktau jika van rosak ke eksiden ke. Atau trafik jam hingga tak boleh nak catch flight di airport.

Sebelum tour pick-up aku kat hotel, aku bangun awal dan meronda tasik Hoan Kiem dulu yang beberapa langkah je dari hotel ni. Itu je masa yang ada memandangkan tour ni akan selesai malam dan kemudiannya esok pagi dah balik ke tanahair. Disini pukul 5 pagi pun dah cerah macam pukul 7 pagi. Pukul 6 pagi dah macam pukul 8.

Lepas meronda tasik, kami tunggu depan hotel, tourist van pun datang dan guide dia buat kelam-kabut suh kita cepat naik bla bla bla. Jangan dok terhegeh lagi baru nak pergi toilet ke apa.So jika van datang terus lompat masuk.

 Tour guide aku ni lelaki Vietnam dalam umur 3o-an, pagi lagi dah berleter suruh cepat. Dah tu dalam van dia dok marah budak jepun yang nak join tour tapi bila dia cari tak jumpa kat hotel. Apalagi memang bingit la telinga semua orang dalam van tu.
 Kebanyakan dalam van tu mat/minah saleh, couple Spain, ada jugak warga Indonesia muslim pompuan dan kami.
Dah tu dalam telefon dok marah dan jerit kat budak jepun tu, lepas marah dia macam nak minta orang support dia dan cakap tindakan dia tu betoi.
Minah saleh belakang tu aku pulak macam beruk dok tepuk tangan sokong. WTF???
Ingat tamadun sangatlah diorang nih, tapi macam budak sekolah rendah perangai.

Selepas van merata pusing Old Quater tu, akhirnya jumpa budak jepun tu, bila dia masuk je dalam van terus kena marah. Guide tu cakap semua orang susah disebabkan dia, menangis weii budak tu kena marah depan semua orang. Kesian aku tengok dia dok minta maaf banyak kali, dengan bahasa inggeris yang caca merba tu.

Aku malas nak layan, buat tak dengar dan semua tenaga positip aku hilang ke laut tau.
Aku buat muka la kat tour guide tu dan malas nak layan dia.

Sebab tu aku malas sebenarnya nak ikut tour. Sebab masalah orang kita pun akan kena tempias.
Jika Halong ni boleh pergi sendiri dan aku ada masa lebih, memang aku pergi sendiri. Backpack sendiri jugak lagi best, ko sendiri pilih macamana yang sesuai.
Tapi takpelah, itu pengalaman untuk aku pagi-pagi buta nih.

gini la rupa tour van tu..memuatkan dalam 12 orang orang lebih kurang..tu la geng minah saleh yang perangai macam beruk tu

Akhirnya selepas bermacam drama, van pun bergerak menuju ke Teluk Halong  yang terletak di Quang Ninh province.
Kemudian tour guide tu akan tanya jika uolls nak amik pakej tambahan iaitu kayak atau bamboo bot.
Kena tambahan USD 5-20 kalau tak silap. Nama je bamboo bot tapi perahu kayu bukan rakit buluh tu ya.

Dengan kayak bermakna kita berkayak sendiri di teluk tu, jika pilih bot buluh pula kita dibawa oleh pendayung disekitar teluk untuk melihat gua dan terowong bwh formasi batu diteluk.  Setiap bot buluh boleh membawa kira-kira 4 penumpang.

Jika kau tak amik apa-apa pakej tambahan tu maka kau boleh stay atas bot atau turun ambil gambar kat jeti terapung tu. Cuma boring la menunggu semua orang balik dari berkayak/naik bot.

menyeberangi sungai/laut/tasik
suasana sepanjang jalan

tengok helmet yang nipis tu
van akan berhenti kat sini..boleh ke toilet,soping dll

toilet bersih 
kedai tempat singgah


dah sampai marina

Tuan Chau Marina

dalam nya

harga

Bila van dah sampai, kita akan turun ikut tour guide dan masuk ke dalam jeti tu. Dia akan bawa kita ke terminal dan beri tiket serta bagitau tiket tu jangan buang sebab akan digunakan lagi bila check-out masa turun kapal ke jeti.

Bila semua dah masuk marina dan nampak kapal berlabuh menunggu penumpang, mood semua orang pun bertukar excited dan happy. Aku tengok muka tour guide aku pun ceria dah, hilang dah kot marah dia. Kami pun berbaris masuk kapal. Sapa depan untung la, boleh pilih meja yang mana. Yang lambat sikit kena lah duduk kat mana yang masih kosong.

tiketnya


dalam marina..ramai yang beli topi ni


hotel tepi ni
berlabuh menunggu penumpang


ingat nombor kapal untuk memudahkan
Silah naik ya dan bermesra alam dengan geng semeja. Takut nanti ko kebuluran pulak kalo malu-malu.