Dari Hanoi ke Halong bay dalam 3-4 jam berjarak 181 km |
suasana pagi hari |
pukul 6 pagi dah cerah benderang..subuh masuk pukul 5 pagi di Hanoi |
Hari ini merupakan hari ke-4 di Hanoi. Semalam lepas check-in hotel, staf hotel offer pakej ke Halong Bay. Dia kata jika setuju kena bagitau sebelum pukul 12 mlm. Yang buat aku tak berapa berkenan nak amik pakej ni sebab harganya yang mahal iaitu 700k vd (Rm 125 seorang, naik kapal dan termasuk makan.
Air sila bawak sendiri ye kalau nak jimat). Lagipun tujuan aku ke Hanoi ni bukan nak ke Halong Bay sangat, tapi nak ke Sapa dan menikmati cuaca sejuk.
Bagaimanapun setelah berbincang dan memikirkan duit baki masih ada kami setuju ambil tour tu.
Tour ke Halong Bay ni akan pick-up kita pukul 8 pagi dan akan drop kat hotel pukul 7 malam. 12 jam lebih kurang untuk spend masa. Jadi jika sesapa yang nak pergi Halong Bay maka kenalah ingat ya bahawa peruntukkan satu hari untuk Halong Bay. Jangan nak pergi hari last seperti flight malam dan gamble. Kita taktau jika van rosak ke eksiden ke. Atau trafik jam hingga tak boleh nak catch flight di airport.
Sebelum tour pick-up aku kat hotel, aku bangun awal dan meronda tasik Hoan Kiem dulu yang beberapa langkah je dari hotel ni. Itu je masa yang ada memandangkan tour ni akan selesai malam dan kemudiannya esok pagi dah balik ke tanahair. Disini pukul 5 pagi pun dah cerah macam pukul 7 pagi. Pukul 6 pagi dah macam pukul 8.
Lepas meronda tasik, kami tunggu depan hotel, tourist van pun datang dan guide dia buat kelam-kabut suh kita cepat naik bla bla bla. Jangan dok terhegeh lagi baru nak pergi toilet ke apa.So jika van datang terus lompat masuk.
Tour guide aku ni lelaki Vietnam dalam umur 3o-an, pagi lagi dah berleter suruh cepat. Dah tu dalam van dia dok marah budak jepun yang nak join tour tapi bila dia cari tak jumpa kat hotel. Apalagi memang bingit la telinga semua orang dalam van tu.
Kebanyakan dalam van tu mat/minah saleh, couple Spain, ada jugak warga Indonesia muslim pompuan dan kami.
Dah tu dalam telefon dok marah dan jerit kat budak jepun tu, lepas marah dia macam nak minta orang support dia dan cakap tindakan dia tu betoi.
Minah saleh belakang tu aku pulak macam beruk dok tepuk tangan sokong. WTF???
Ingat tamadun sangatlah diorang nih, tapi macam budak sekolah rendah perangai.
Selepas van merata pusing Old Quater tu, akhirnya jumpa budak jepun tu, bila dia masuk je dalam van terus kena marah. Guide tu cakap semua orang susah disebabkan dia, menangis weii budak tu kena marah depan semua orang. Kesian aku tengok dia dok minta maaf banyak kali, dengan bahasa inggeris yang caca merba tu.
Aku malas nak layan, buat tak dengar dan semua tenaga positip aku hilang ke laut tau.
Aku buat muka la kat tour guide tu dan malas nak layan dia.
Sebab tu aku malas sebenarnya nak ikut tour. Sebab masalah orang kita pun akan kena tempias.
Jika Halong ni boleh pergi sendiri dan aku ada masa lebih, memang aku pergi sendiri. Backpack sendiri jugak lagi best, ko sendiri pilih macamana yang sesuai.
Tapi takpelah, itu pengalaman untuk aku pagi-pagi buta nih.
gini la rupa tour van tu..memuatkan dalam 12 orang orang lebih kurang..tu la geng minah saleh yang perangai macam beruk tu |
Akhirnya selepas bermacam drama, van pun bergerak menuju ke Teluk Halong yang terletak di Quang Ninh province.
Kemudian tour guide tu akan tanya jika uolls nak amik pakej tambahan iaitu kayak atau bamboo bot.
Kena tambahan USD 5-20 kalau tak silap. Nama je bamboo bot tapi perahu kayu bukan rakit buluh tu ya.
Dengan kayak bermakna kita berkayak sendiri di teluk tu, jika pilih bot buluh pula kita dibawa oleh pendayung disekitar teluk untuk melihat gua dan terowong bwh formasi batu diteluk. Setiap bot buluh boleh membawa kira-kira 4 penumpang.
Jika kau tak amik apa-apa pakej tambahan tu maka kau boleh stay atas bot atau turun ambil gambar kat jeti terapung tu. Cuma boring la menunggu semua orang balik dari berkayak/naik bot.
menyeberangi sungai/laut/tasik |
suasana sepanjang jalan |
tengok helmet yang nipis tu |
van akan berhenti kat sini..boleh ke toilet,soping dll |
toilet bersih |
kedai tempat singgah |
dah sampai marina |
Tuan Chau Marina |
dalam nya |
harga |
Bila van dah sampai, kita akan turun ikut tour guide dan masuk ke dalam jeti tu. Dia akan bawa kita ke terminal dan beri tiket serta bagitau tiket tu jangan buang sebab akan digunakan lagi bila check-out masa turun kapal ke jeti.
Bila semua dah masuk marina dan nampak kapal berlabuh menunggu penumpang, mood semua orang pun bertukar excited dan happy. Aku tengok muka tour guide aku pun ceria dah, hilang dah kot marah dia. Kami pun berbaris masuk kapal. Sapa depan untung la, boleh pilih meja yang mana. Yang lambat sikit kena lah duduk kat mana yang masih kosong.
tiketnya |
dalam marina..ramai yang beli topi ni |
hotel tepi ni |
berlabuh menunggu penumpang |
ingat nombor kapal untuk memudahkan |
wow! cantiknya pix. Suka kita tengok awaknya. Tapi.. kita terasa tension giler, bila baca bab budak jepun kena marah tu.. kesiannya.
ReplyDeletetq singgah ya..itu pagi2 dah bg mood rosak
DeleteParking dulu sini... Dah sihat nanti SS mai lagi... love u mak!
ReplyDeletebak mai tiket parking dulu hehe
DeleteTak suka jalan kalo awal2 dah marah 2 tau.. Cian budak Jepun tu tau... Mana tau dia ada emergency
ReplyDeletenasib dpt guide garang..bdk tu slh tempat tunggu hehe
DeleteNampak macam dekat Tepi Sungai Melaka pulak..hahaha
ReplyDeletemelaka jgk la yg mummy nk sebut hehe
DeleteMak aihh helmet nipis bebenor.. baik takyah pakai helmet kann..
ReplyDeletedepa kira janji adaaa
DeleteDrama jepun!! Org hanoi ni agak kasar compare to org hcm..muka ala komunis tu sbb x menyabo nk marah jek
ReplyDeletesombong pun ya jm..klu belek brg kedai diorg pun jenis tak lyn
DeleteMgkin dak jepun tu salah faham pegi tggu tempat lain sbb biasa org jepun ni puntual
ReplyDeletehaa betul jm..dia salah location..jenuh van pusing carik dia
DeleteAhaa betul kalau flight ko mlm jgn dok mengada siang tu pegi halong..mmg cari nahas la.. ada kes dlm bas kami hari tu..kelam kabut sbb nk catch tren ke danang pas blk dari halong bay..adeh!
ReplyDeletebiar kena tinggal pakwe jgn tertinggal ketapi / flight hehe
Deletegigih cari entri ni nak tau napa tour guide tu marah2.
ReplyDeleteish ish ish ... mana boleh marah customer depan orang macam tu.
ntah budak tu salah tempat ke kan.... aish sy yg baca pula rasa geram.
spoil mood kot orang bercuti...
hmmm tak jadi lah nk pergi macam ni ...