Trip tahun 2019 ke oversea adalah ke Chiang Rai yang terletak nun jauh di utara Thailand.
Oleh kerana flight aku adalah awal pagi esok jam 8.30 pagi dari Hatyai airport ke
Mae Fah Luang-Chiang Rai International Airport (9.30 pagi Malaysia) maka aku kena pergi malam ni jugaklah, takutlah kalau tak sempat esok.
Aku masih bekerja, ada pulak program dengan student malam tu, jadinya pukul 10 malam baru sampai ke border Bukit Kayu Hitam.
So jika drive ni, tak perlu turun bagi je passport kat kaunter drive in imigresen Malaysia dan lepas tu terus drive ke The Zone Duty Free untuk drop penumpang. Bila sampai situ jalan kaki je dalam 5 minit untuk masuk ke sempadan Sadao dan terus ke pejabat pemeriksaan imigresen diorg bagi urusan cop pasport. Sampai je dia bagi arrival kad, isi siap letak hotel mana nak stay dll pastu smooth je masuk ke Danok.
|
so kalau naik grab/ada org hantarkan nk ke sempadan..lalu je kat kaunter drive thru imigresen ni..bagi pasport dan tunggu kejap,setel. Boleh drop di the Zone dan jalan sikit masuk checkpoint Thai pulak. |
|
aku tukar RM700 dapat 5 ribu bath je..sadis duhet kita teruk jatuh..aku tukar kat Danok terus sng..rate lebih kurang dan kedai kat area Changlun pun tukar duit dari Danok jugak |
|
dari The Zone jalan masuk ke Sadao |
|
keta peronda polis Thai |
|
sampai dekat pejabat nk cop pasport tengok la muka-muka yg polis Thai wanted ni..kalau siang penuh kerusi ni |
|
ok jom masuk cop pasport..ikut lane foreigner |
|
sesak klu weekend depan pejabat ni |
|
lepas cop jom masuk thailand |
|
jumpa yg ni dulu |
|
lepas cop pasport ikut exit belok ke kanan jumpa dah kedai kat Sadao ni..aku tukar duit kat sini |
|
ni dah Thai area..ada kedai simkad dan tukaq duit |
Lepas dah masuk Sadao maka carik transpot nak pergi airport Hatyai terus. Malam ni cmna nak jumpa,try tengok Grab,rega dalam RM100 jugak.
Aku travel berdua jadi kami dah poolkan duit 3000 bath sorg. Masa pikir kalau tido Danok pastu esok baru pergi airport kos jugak hotel tu. Van share tu takde dah operasi memalam buta nih. Jadinya sembang dengan budak-budak jual makanan kat situ, dia ada kawan yang nak caj
700 bath (Rm96). Pikir punya pikir ok lah amik kereta sapu terus kat airport yang jaraknya dalam sejam.
|
70 km jugak nak ke airport dari Sadao imigresen checkpoint |
Sebenarnya bila aku book flight ni bulan Mac 2019 dari Hatyai ke Chiang Rai, ia adalah direct flight. Tapi last minit direct flight ni kena suspended dan pilihan yang ada dapat refund atau pilih flight transit ke Bangkok. So tentulah pilih yang transit kan.
Lagi satu masalah bila aku try buat web self check-in tak boleh, try banyak kali tak boleh. Bila chat dgn AA punya operator tu rupanya kami kena check-in di airport, satu-satu flight pulak tu, means 4 kali kena check-in di kaunter AA sana.
Mungkin sebab ambil flight dari obersi yang kita bukan warganegara yang kena camtu?
Atau sebab tempahan aku ni asalnya direct tapi jadi transit?
Entahlah tapi apapun kena hadap jugak. Smooth jugak akhirnya.
Sebenarnya lega jugak takyah pi klia2..sebab kos lagi banyak dari amik flight kat Hatyai ni.
Jadi lepas ni jadi pandai sikit la ye, amik flight dari Hatyai.
|
ni direct flight asal |
|
Flight ni lepas kena reshedule ..kena transit punya lama...takpelah positip..pikir boleh cuci mata kat bangkok la |
Selepas lebih kurang sejam dalam perjalanan, sampai di airport. Dalam pukul 10.30 malam thailand gitu..nak masuk airport terus kena scan barang dan semua sekali. Tunjuk flight itenary dengan pasport.
|
ok first time sampai hatyai airport..besaq jugak..lagi besaq dari Alor Setar airport |
|
selesa lepak sini |
|
gambaq Raja ni mestilah ada dimana-mana |
|
selesa rupanya tido dalam airport ni..kerusi takde pemegang tu boleh buat katil. |
No comments:
Post a Comment