Pertama kali dapat duit dari iklan Google Adsense guna Western Union

Assalamualaikum uolls,

Entry ni berkenaan janaan iklan dari google adsense.
Blog ni dah nak dekat 10 tahun dan pageview dah pun 2.4 juta. Oklah jugak kan utk blogger pemalas cam ni, setahun tak sampai 50 post. Dan sehari purata 1 ribu lebih page view dan bertambah masa cuti sekolah.
Cumanya Mak ni tak pernah ada kesedaran nak jana duit dengan blog.

Sebenarnya blog post yang paling banyak view bukan tempat kau pergi jauh travel ke London atau Panama. Tempat tu nampak gah tapi berapa ramai yang cari info pasal tu? Yang paling banyak view adalah post cikai yang kau nampak biasa, contohnya di blog aku- post harga cekelat langkawi 2019, harga bilik Pantai Merdeka chalet dan ole-ole Hatyai.

Yang biasa-biasa punya post tu paling banyak orang carik.  Jadinya pos pasal chalet yang kat ceruk kampung lagi laku dari pos pasal ko pergi Istanbul.
Blog pun janganlah guna tema yang susah nak dibaca. Aku kadang stress bila nak baca blog yang kaler gelap, tulisan plak tak jelas dan semak nau.
Kalau blog cantik pun tap kau sorang je boleh baca ape cerrr...

Tulis blog ni sekadar memori/rujukan/hobi.
Takde terfikir nak buat duit sangat atau bagi masa utk blog 24 jam. Sebab blog ni pun macam hobi je, catatan travel kita, luahan perasan atau masakan simple sebab kita pun ada kerja tetap, makan gaji dan tulis ikut idea/kerajinan.
Dan Mak takdelah nk pulun sgt guna .com,beli domain atau beria nak jana duit melalui blog.
Bukan lah macam orang yang memang full time blogger.
Mengadap blog 24 jam, kemaskini blog sentiasa dan cari makan dari blog.
Itu pemikiranku yang dulu masa malas nak buat iklan.

Tapi bila dok baca blogger lain yang buat duit dengan iklan..hmm syok jugak walau dapat tu tak banyak mana.
Untuk suka-suka dan kotlah boleh dapat sekupang dua, jadi mak try lah mohon untuk letak iklan kat blog.
Bukan kena bayar pun dan free je. Syarat nak apply pun banyak jugak (tu yg jd mls kdg tu) , kena try banyak kali jika first time tak berjaya. Tapi try je, lama-lama lulus jugak.

Aku first time apply google adsense ni memang tak approved. Setahun lepas tu baru lulus. Apply 2016, tak lepas. Pastu tahun 2017 baru lulus. Then 2019 dapat duit 100 usd.
Kesabaran itu perlu dik non.
 (kena apply dari adsense, adalah syarat-syarat dia boleh rujuk sini https://www.nothingtosomethings.com/2016/09/cara-mendaftar-google-adsense.html
atau https://www.nothingtosomethings.com/2019/01/cara-cepat-dapat-kelulusan-google.html
Lepas dah dapat lulus tu Google akan hantar pengesahan akaun kita (surat).
Then setting sesiap kita nak bayaran kaedah macamana.

Mak pilih guna Western Union sebab dok baca dalam blog lain senang cara ni, guna akaun bank macam leceh je.
Boleh rujuk sini http://nasoha.com/tutorial-keluarkan-duit-dari-google-adsense-melalui-western-union/
Jadi ikut je apa yang dia suruh dan dalam setahun dua jugak iklan ni berjalan dalam blog Mak.
Akhirnya pada bulan dec lepas jumlah income dah lebih dari 100 usd. Ahlamdulilllah rezeki tak dijangka.

Jadi google hantar email/notification bagitau yang diorg dah issue payment pada kita.
Payment ni bila dah cukup 100 usd akan di issue pada minggu ketiga bulan tersebut. Macam mak payment isu pada 21 hb disember.

email dari google inform diorg dah issuekan payment pada 21 hb dec




so payment mak dapat 101.83 usd bila convert dapat RM414.10 tolak komisen Hasani Money Changer



Cara aku keluarkan duit ni aku pergi Hasani Money Changer Jitra Kedah. Jika ada agen Western Union dia akan tampal di kaunter tu dia agen WU.
Boleh semak sini untuk cari agen Western Union terdekat anda https://www.westernunion.com/my/en/find-locations.html
Bila dah pergi, isi borang yang Hasani bagi (yang penting no MTCN, nama/alamat ikut IC dan tulis duit tu dari Google Singapore)

aku amik duit kt Hasani money changer je..pantas dan mudah..imej google



ni payment slip lepas amik duit di Hasani Money changer (agen WU)..dapat RM 414.10 bersamaan 101.83 usd

dalam blog bahagian payment ada semua detail MTCN dan butiran ID kita ikut yang kita isi. Ikut alamat IC lagi senang. Payment dari mana tu ikut alamat Google macam aku Google Asia pacific Singapore jadi paymentnya dari singapore.
Bila dah isi borang di Hasani tu dia akan tanya pekerjaan kita, jawab je blogger.
Borang kt Hasani ni lagi simple dari kat bank dan memang pantas urusannya, tak formal macam bank.


tada..dah dapat duit RM400, sapa nak bagi kan..boleh pi bercuti ni dan tido hotel 2 malam
Barulah semangat kan nak tulis blog bila dah dapat income walau tak banyak macam Ben Ashaari tu. Jadilah kan dari tak dapat apa. Jadi rajin-rahjin la update blog ye lepas dapat income.

16 comments:

  1. salam.... hi mak. ogenkidesuka. wahhh bestnya dah ada adsense. nak buat tp menulis pun setahun sekali je. acaner ni mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi nhhas..rajin-rajinkanlah diri post selalu yer

      Delete
  2. woww..hebatlah Mak...PV dah cecah 2.4 juta pastu PV sehari ribu ribu..mmg hebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg sendu jgk JM..kita pn tak rajin nk update walau x semls jm..jgn marah

      Delete
  3. byk tu Mak 100USD...siapa nak kasi..ehh..berminat jgkla nak apply...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..blog jm nnti lg byk boleh jana..blog rerupis kan

      Delete
  4. tingginya pageview, teringin nak jadi mcm mak

    ReplyDelete
  5. alahai. bestnya. kita ni bila la nak rajin ni. suka tengok orang dapat duit buat belog. tapi diri sendiri malas. aduiiii. hukhukhuk

    ReplyDelete
  6. Terbaik mak...perkongsian yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  7. Hi, saya dari www.rashidsalim.com

    Post ini sangat menginspirasikan.... terima kasih....

    ReplyDelete