Jangan larut dalam kegilaan Covid-19

 Assalamualaikum semua.

Setelah sekian lama tak hapdet blog. Ngadap tiktok, insta dgn fb jer sepanjang kerja dari rumah dan pejabat berselang-seli ni. Apa khabar semua dengan segala macam haru-biru keadaan semasa??

Biar covid-19 je yang gila..Kita jgn ikut gila dgn feeling depress tgk angka kes hari-hari.

Perasaan jgn larut dgn semua masalah kat media sosial..baca boleh overthinking jangan. Bagi ada barrier sekeliling pemikiran Kita.

 Yang mana diuji dan diduga waktu pandemic ni kehilangan tersayang, sakit, hilang kerja harap semua terus kuat dan dipayungi dengan rahmat dan kasih sayangNYA. 

Jadi apakah update terbahru setelah mengharungi 7 bulan tahun 2021??

1. Mak dah dapat full dos vaksin. Jangan tanya jenama apa nanti kena maki berjemaah.

2 .Sykur sesyukur syukurnya tiada ahli keluarga/sedara yang sakit/masuk hospital/ICU sebab Covid-19 ni dan tiada yang melarat sebab PKP. Semua masih diberikan kesihatan yang baik.

3. Raya Aidilfitri dan Aidiladha macam biasa tak boleh balik kampung walau satu negeri. (daerah lain). Tapi tetaplah merasa raya durian gituh. Meriahkn diri sendiri dgn setting table cantik-cantik.

4. My dear daughter dah dapat result SPM 10 jun 2021 dan alhamdulillah target tercapai. Dan telah ditawarkan ke Institut Pendidikan Guru (TESL) pada September ni. Tahniah akak semoga berjaya dunia akhirat. 

5. Kerja masih WHF/WFO dan sesekali pergi kerja bersiap macam nak pi dinner punya excited lama tak kuar rumah.

6. Masih IF dan maintain hingga kini. Tetap selalu dapat pujian ratu/macam retis dan segak sokmo haha perasaan.. inspirasi untuk diri di usia kertu ni.

7. Masih bersenam 30 minit sekurang-kurangnya sekali sehari untuk imbangkan mental dan fizikal. Briskwalk  tengok pokok, langit biru dan tasik rumput-rumput hijau semua tu sangat elok keep you on the ground. Sebelum ni pernah kena PKPD stress terok rasa bila takleh bersenam dan briskwalk kat taman. Baru tau nikmat jalan tepi rumah pun sangat penting okay.


Dapat vaksin full dah..first dos rasa jgk demam, lenguh, selera tmbh dan ngantuk..dos kedua tak rasa apa dah


abaikan awek yang perasan tu..nak cucuk vaksin kemain dressing semua pastu jenuh nk kena senting lengan baju haha

juadah simple Raya Haji

musim buah

rendang ayam

juadah Raya Aidilfitri

masa ni rajin msk..ketupat,Nasi impit, rendang,masak lodeh

makan dengan kakak kita je


nah sebakul durian kenduri..mkn smpai mak kau hijau

bila malas beli je pulut

hadiah utk budak capai target SPM


hadiah birthday girl yg lahir bln Jun


kena briskwalk selalu untuk kesihatan

diet tetap jaga

menu Intermittent fasting kita

sekali sekala order scone Cameron Highland


Yang penting dalam apapun situasi kitalah yang kontrol. Pemikiran tu sangat penting. Buatlah small things tapi bagi kita happy. Anything.


Yang ada family perlu ditanggung..yg ada beban perlu digalas..semoga terus diberi ketabahan


4 comments:

  1. Nampak meriah menu rayanya.
    Tahniah dah dapat vaksin

    ReplyDelete
  2. No 2. Alhamdulillah sama. masih terjaga dan dilindungi semuanya
    No 4. Tahniah kakak! Semog terus maju jaya dan DiberkatiNya selalu
    No 7. Alhamdulillah. chiayok2 hehe

    ReplyDelete