Jomlah sambung trip Chiang Rai akhir tahun 2019. Kasi update bagi setel kali ni yeah sempena takleh travel obersi dah 2 tahun.
Ok hari ni hari kedua di Chiang Rai. Ikut Day Tour full day arini.
Hotel ni ada sediakan light breakfast, snack semua tu. Nak ambil boleh tapau naik van sikit macam pisang ke.
|
boleh la nak amik pisang sebiji dua buat alas perut |
|
ada roti, jem, biskut kpi teh semua. Tapi tak ambil pun sebab takut was-was. So pisang la yg selamat. |
Kemudian tunggu depan guest house van tour pun sampai dengan 5 orang tourist Peurto Rico.
Kami dok belakang la dah last pick-up kan.
|
van dok tunggu..sampai je terus naik..masa kena ikut depa bukan ikut kita ya..baru berhemah camtu |
Destinasi pertama selepas naikvan tour ialah ke White Temple atau Wat Rong Khun yang terkenal tu.
Dekat je kuil ni dari pusat bandar Chiang Rai. Kuil ni cantik, kawasan luas dan lapang.
Tiket masuk adalah 100 baht (RM 13) seorang.
Jom tengok sepintas lalu info kuil nih.
Wat Rong Khun atau lebih dikenali
sebagai Kuil Putih, adalah pameran seni milik peribadi dalam gaya sebuah kuil
Buddha di Provinsi Chiang Rai, Thailand. Ia dimiliki oleh Chalermchai
Kositpipat, yang merancang, membina, dan membukanya kepada pengunjung pada
tahun 1997.
Setelah selesai, perkarangan kuil
putih mempunyai sembilan bangunan, termasuk ruang berdoa, balai peninggalan,
dewan meditasi, galeri seni, dan tempat tinggal para sami.
Ia mempunyai:
-Jambatan "kitaran kelahiran
semula": bangunan utama di kuil putih, diakses dengan menyeberangi
jambatan di atas sebuah tasik kecil. Di hadapan jambatan terdapat ratusan
tangan yang melambangkan keinginan yang tidak terkawal. Jambatan menyatakan
bahawa jalan menuju kebahagiaan adalah dengan melepaskan godaan, ketamakan, dan
keinginan. Di sebelah tasik terdapat dua patung makhluk Kinnaree, separuh
manusia, separuh burung yang sangat elegan dari mitologi Buddha.
-Pintu Syurga: Setelah melintasi
jambatan, pelawat tiba di "pintu syurga", yang dijaga oleh dua
makhluk yang mewakili Kematian dan Rahu, yang menentukan nasib orang mati. Di
hadapan ubosot terdapat beberapa gambar Buddha yang bertafakur.
-Ubosot: Bangunan utamanya,
ubosot adalah bangunan serba putih dengan serpihan kaca cermin yang tertanam di
bahagian luar bangunan. Ubosot merangkumi elemen reka bentuk dari seni bina
klasik Thailand seperti bumbung tiga tingkat dan penggunaan ular Naga yang
banyak. "Di dalam kuil, dekorasi bertukar dari putih suci
menjadi berapi dan mengelirukan. Mural menggambarkan api oren yang berpusing
dan wajah syaitan, diselingi dengan berhala Barat seperti Michael Jackson, Neo
dari The Matrix, Freddy Krueger, dan Terminator siri T-800 . Gambar perang
nuklear, serangan pengganas seperti serangan World Trade Center, dan penukul
pam minyak menterjemahkan kerosakan yang dialami manusia di bumi. Kehadiran
Harry Potter, Superman, dan Hello Kitty agak mengelirukan mesej, tetapi
keseluruhannya moral jelas: orang jahat. "
-Bangunan emas: "Struktur
yang menonjol kerana warnanya adalah bangunan bilik rehat. Struktur lain yang
dihiasi dengan sangat indah, bangunan emas ini mewakili badan, sedangkan ubosot
putih mewakili fikiran. Emas melambangkan bagaimana orang fokus pada keinginan
duniawi dan wang. Bangunan putih mewakili idea untuk membuat pahala dan memusatkan
perhatian pada minda, bukannya benda dan harta benda. "
|
langit biru berlatar kuil putih suci |
|
tiketnya 100 baht atau 12 hengget camtu. |
|
beratur bayar nak masuk |
|
ada unsur air sekeliling kuil ni |
|
ni lah jambatan cycle of rebirth..ngeri jgk tgk patung garang camni
|
|
wajah-wajah ciptaan manusia |
|
penuh ukiran
|
belakang Wat
|
berpinau mata dgn cahaya matahari tu |
|
kat sini jugak ada tandas emas..yg glamer tuh. aku tak masuk dalam sgt just tgk-tgk camtu je |
|
luar tandas |
|
dalam tandas cuma tak masuk wc |
|
di kawasan kuil putih ni ada kuil lain-lain yang kecik-kecik |
|
ni antara building yang ada dlm kawasan ni |
|
ni kuil emas betul..bukan emas putih |
oklah itu je lah lawatan ke kuil putih ni..dlm 1 jam jugak kat kuil ni. overall memang kena lawat kuil ni kalau ke Chiang Rai.
No comments:
Post a Comment