Muzium Candu/opium di Golden Triangle Thailand

 Ini adalah muzium milik peribadi yang terletak di 221 Mu 1, Tambon Wiang, 2 kilometer dari Segitiga Emas, dalam perjalanan ke Doi Sa-ngoa. Tiket masuk 50 baht (RM 6.50)

Ia menyingkap sejarah perdagangan dan penggunaan candu di Segitiga Emas, yang diperkenalkan oleh pendatang suku bukit dari selatan China.

Muzium ini juga memperlihatkan gaya hidup suku kaum etnik bukit selama 12 bulan, dengan kitaran penanaman popi- perdagangan candu di kawasan itu, perdagangan dadah di wilayah Segitiga Emas, dan Khun Sa (Zhang Qifu).

Isu konflik antara etnik di Segitiga Emas adalah highlight utama di muzium ini, di mana ia mempamerkan peralatan candu, laluan perdagangan dadah dari selatan China ke Thailand, simulasi dan budaya orang-orang suku etnik bukit yang merokok candu di dalam rumah yang menyerupai pondok dengan atap jerami atau jerami, serta bahaya dadah dan nyawa di Sungai Mekong.

Buka setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam dengan yuran masuk 50 Baht. Untuk maklumat lebih lanjut, Tel: 0 5378 4060, Faks: 0 5378 4062, www. houseofopium


berbaloi la pi...cantik terjaga

kecik tapi cantik

landskap kawasan opium..merupakan pengeluar candu terbesar dunia sebelum diambil alih oleh Aghanistan. Menggunakan keldai sebagai pengangkutan candu pada era kegemilangannya sebagai pusat pengeluar candu terbesar dunia


etnik-etnik yang terlibat dalam zaman emas candu..menanam, menuai dan menjual opium bagi kegunaan dadah sintetik


ni cara betul hisap candu- kena baring gituh dan sedut penuh nikmat.
Memang candu ni bagi kesan yang mendalam kepada penduduk sekitar GT ni- pembunuhan, peperangan, persaingan merebut kuasa dicetuskan candu

ni pokok candu

antara yang dipamerkan- budaya etnik bukit

Suku kaum Akha ada 3 kumpulan sub.

tandas dalam ni cantik dan bersih

peralatan menghisap candu

suku kaum Lahu

kat pintu keluar ada jual sobenir

bendera Thailand-request by anak dara kita


depa ni pun pakai rantai leher untuk keselamatan dari dibaham harimau. Dah dok kat kawasan hutan gunung memanglah ancaman tu tinggi

ok dah jom balik. Letih dah sehari ikut tour.


No comments:

Post a Comment