Moh kasik habis bab Chiang Rai ni teruss selagi takleh travel obersi.
Segitiga Emas (สามเหลี่ยม ทองคำ Saam Liam Thong Kham) berada di wilayah Chiang Rai, di utara Thailand. Nama Inggeris yang berasal dari pertemuan Laos, Myanmar dan Thailand di sini, tetapi bagi penduduk tempatan itu Sop Ruak, kerana di sinilah Mekong bertemu dengan Sungai Ruak.
Secara historical Segitiga Emas telah menjadi kawasan yang terkenal dengan penanaman candu, dan lanskapnya berbukit, dibahagi dengan Sungai Ruak yang mengalir ke Sungai Mekong (Mae Khong). Sungai-sungai ini membentuk sempadan semula jadi antara tiga negara Laos (di sebelah timur Mekong), Myanmar (di sebelah utara Ruak), dan Thailand (di sebelah barat Mae Khong).
Pada masa lalu, Segitiga Emas adalah sumber perdagangan dadah terbesar di dunia kerana lokasinya yang istimewa terletak di banyak negara. Walau bagaimanapun, ia kini dijaga dengan baik dan menjadi tarikan pelancongan yang popular.
Segitiga Emas adalah kawasan di bagian utara Asia Tenggara yang meliputi Burma, utara Laos dan bagian utara Thailand. Disebut 'emas' kerana kekayaan kawasan ini berasal dari emas hitam atau opium. Kawasan ini merupakan pengeluar candu serta heroin yang paling utama di Asia Tenggara. Dahulu selama ratusan tahun komoditi utama yang diperdagangkan di Segitiga emas adalah teh, giok dan jati. Ubat bius diperkenalkan oleh penjajah Inggeris menggunakan pokok poppi yang menghasilkan opium untuk pasaran Cina, keuntungan yang mengkayakan syarikat British East India Company dan pemerintah Inggeris waktu itu.
Kawasan Segitiga Emas seluas 950.000 km 2 di antara pertemuan Sungai Ruak dan sungai Mekong. Daerah terpencil bergunung-gunung dan hutan lebat ini didiami oleh suku Shan, Tai Lu dan Hmong, Akha, Lisu, Yao, dan suku-suku lain yang lebih kecil.
Kekuatan politik/tentera di daerah yang menjadi bahagian Laos dan Thailand dikuasai oleh gerila yang bertahan dari perdagangan bahan ubat terlarang. Hal ini masih berlaku di timur laut Myanmar. Setelah perang saudara di Cina, unit tentara Republik (Kuomintang) bergerak ke utara Thailand, berebut wilayah dengan Tentara Pemerintah Shan di bawah komando Khun Sa. Akibat konflik perebutan kuasa ni dan kempen kerajaan/perjanjian antarabangsa/ permodenan ekonomi maka GT ni makin lama beralih kebergantungannya daripada pokok popi ke sektor tourism dan lain-lain.
Masa sampai GT ni macam best je nampak..sebab dgn sungai yang luas tu..suasana international sangat.
Tengok kat bawah sungai tu ada tourist yang naik bot cross border Laos/Myanmar lagi la mak tak rilek huhuh. Apakan daya..masa sampai GT ni pun dah kul 4-5 ptg camtu. Mana sempat nak cross bagai. Sebab GT ni antara last spot dalam package.
2 sungai 3 negara- sungai yang menemukan dan memisahkan Thai ditengah, Myanmar di kiri Dan Laos di kanan |
landmark dia |
ni lah peta pengeluaran utama heroin bagi kegunaan dadah sintetik |
statue buddha banyak |
ada dataran tepi sungai |
ada bot tourist |
tak sempat oii nak naik bot pergi jejak 2 negara ni-laos dan myanmar..seberang sungai tu dah Laos. Sedihhh oii tengok depa cross border tu naik bottt..nak ikutttttt |
tempat tourist mesti ada orang jual benda cenggini |
sana sini ada patung buddha |
comel kan |
dia bg jarak dari Chiang rai 69 km je |
Datang sini kalau banyak masa boleh naik bot pergi jejak negara berdekatan macam Laos dan Myanmar. Ada pasar kat situ dan boleh merasa rentas sungai.
Dari kawasan Dataran Golden Triangle ni boleh juga jalan kaki ke muzium candu.
Kalau macam Mak dtg Golden Triangle dan tak ke seberang jejak Laos/Myanmar..rasa ralat la sebab masa suntuk...better la amik package yg include naik bot ke negara jiran..kau boleh skip je Ladang Teh atau Blue Temple.
Bagi aku la kalau dtg Chiang Rai- fokus kpd cross Maesai border ke Myanmar..dan naik bot ke Laos Myanmar bila ke sini. Baru puas ati. Sb tu kdg bila kita yg backpack buat customized itenary lg berbaloi.
Menarik ni. Boleh pergi 3 negara sekali in one trip. Thanks share. Saya rindu nak baca entry travel musim pandemik ni. Huhu
ReplyDeleteAlolo kesian geng travel kan .mereput dah 2 tahun huhu
Delete