Salam Rejab 1444H dan salam 2023.
Tu dia bulan February dah baru nak salam tahun baru. Naya.
So tercapaikah target last year?? Hows 2022 treating you??
Apapun tahun ni Mak buat keputusan paling drastik yang mengubah seluruh kehidupan. Kerana hidup perlukan perubahan. Dan semakin lama kita sedar hidup tak boleh statik. Perlu anjakan. kalo tak terasa kosong dan bosan. Jadi ambilllah cabaran sedia untuk hadapinya. Let go dan move on walaupun sukar.
Hanya satu pesanan pada diri ini:
1. Jangan mengharap pada manusia, manusia selalu mengecewakan kita. Letak pengharapan hanya pada Allah. Hidup ni singkat.
2. Keluarga, suami/isteri, sahabat itu hanya pinjaman, boleh diambil bila-bila masa dengan pelbagai cara. Zahirkan kasih sayang itu sepatutnya.
3. Doa yang diucapkan setiap hari akan dimakbulkan Allah jua. Mak dah mengalaminya. Sama ada cepat atau lambat ibarat mengayuh basikal.
4. Hargai orang sekeliling dan elakkan ucap perkataan yang tak elok atau marah. Kerana mungkin kita terpaksa mohon maaf selepas itu. Diam ubat segala-galanya.
5. Biarlah semua berjalan seperti apa adanya. Redha, redha dan redha. Doa minta diberi ketenangan hati, di damaikan jiwa dan percaya naluri.
|
moga yg manis-manis utk 2023 |
|
seaadanya.. |
|
yang sederhana |
|
anak dara kita |
|
Walimatulurus 23.1.23 bersamaan 1 Rejab 1444 hijriah (isnin) |
|
bismillah cinta |
|
zaman single dah tamat hokey |
|
''you complete half of my deen''-tiberrrr |
|
girls@family |
|
love is all around |
|
pillar of life |
|
sederhana itu bahagia |
|
alhamdulillah |
|
kenduri krismas 2022 |
|
Lupakan semuanya biar secinta apapun kamu pada masa lalu..hadap hari seterusnya berbekal pengalaman lepas..terima kasih semuanya 2002-2010..(2000-2013) ku lepaskan kau pergi bagi menyambut penghuni baru |
Assalamualaikum!!!! MAK!! lama JM tak jalan jalan di blog rupanya DAH ADA NEW STORY NEW BEGINNIG....Tahniah!!! syukur dah ada teman baru..ye teruskan kehidupan yg baru lupakan kisah lama..JM doakan MAK bahagia bersama suami dan anak-anak...Anak2 DARA pun dah besar..alhamdulillah...JM rindu nak skodeng blog mcm dulu2..blog JM pun dah sendu..kwn2 blog pun dah bertahun dorang x update..sejak PKP semua modd ke laut dah
ReplyDeleteshare la nama TIKTOK..leh JM skodeng hehehe
ReplyDelete