Hai assalamualaikum semua. Apa khabar hangpa? Selamat Tahun Baru 2024.
Jap nak tanya, mak takde ke recap apa ke tahun 2023 ritu?? (ceh macam la ada orang nak tau).
Ok, utk itu takyah rekap la matt. Yang manis simpan sebagai kenangan dan yang pahit jadikan pengajaran. Untuk tahun seterusnya apapun yang datang kita jalan terus. Hadap je.
Hidup mana ada semua manis-manis je. Mak je yang sokmo manis.
Walau pun takde recap semua tu tapi untuk tahun baru kena jugak ada visi misi ya matt.
Supaya otak ko ada target nak set. Takde terumbang ambing tanpa kemudi. Keep you on track.
So jom tune otak nak buat apa tahun ni, mak tentulah nak sihat, kurus cantik, solehah dan hidup tenang-tenang je nok.
Bak kata Andrea Hirata, berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia.
|
moh kiter..hadap je semua yang datang..langgarrr |
|
tenang itu mahal
|
|
yang rasa remeh-temeh tu anggap mcm angin bertiup sekali lalu..tak berbaloi nak sakitkan kepala |
|
on this day..23.1.23..dah nak dekat setahun dh..how time flies |
Oklah jom masuk bab jalan-jalan end of 2023 ke Bukit Tau Perlis. Yang dah jadik tempat viral tiktok tu.
''Pelancong ke Perlis kini berpeluang menikmati kopi di dalam gua terletak di Bukit Tau, Padang Lati Padang Besar dan menjadi antara tarikan baharu buat orang ramai yang berkunjung ke negeri ini.
Terdapat beberapa jenis kopi ditawarkan kepada pengunjung di sini harga bermula dari harga serendah RM5 hingga RM8. Menariknya, selain dapat menikmati kopi dengan suasana dingin di dalam gua berkenaan.''
Mak pi masa akhir tahun 2023 ritu. Tempat ni ingatkan bukit besar dia besar rupanya kecik je. Cantik lak gua ni dengan view sekeliling dia. Bersih. Nature dia unik dan sesuai buat tempat lepak.
Dalam ni ada 2 gerai kopi, satu yang jual minuman je dan lagi satu serve kopi serta ada menu ada roti bakar.
Cuma masa mak pi tu dah petang, food dah abis. Satu gerai tu pun dah tutup.
So layan view je lah dan masuk gua amik feel. Cuma indah sikit khabar dari rupa la tempat ni. Takde banyak pilihan dan aktiviti sangat selain melepak layan kopi selain ATV.
mcm seram pulak nk duduk dalm gua tu...dekat bt caves pun ad jugak kedai dalam gua..x pergi pun lagi
ReplyDelete